S.E.B.I.C.M.6️⃣3️⃣

Start from the beginning
                                    

"Sorry." Mohonnya ringkas.

"Sudah. Mari balik, dah tengah hari ni." Kata Tengku Hamdan.

Mereka yang lain hanya menurut dan berlalu pergi meninggalkan tanah perkuburan arwah Laura yang masih merah.

Bunyi deruan enjin kereta mereka telah menandakan masing - masing telah pulang ke rumah sementara mereka. Setelah memastikan tiada sesiapa yang tinggal, dia berjalan mendekati kubur arwah.

Semakin lama, semakin banyak air mata yang jatuh. Semakin lama, semakin meninggi rasa menyesal. Semakin lama, semakin dia merindui wanita itu.

Bangku batu kecil yang telah disediakan untuk duduk, dijadikan tempat untuknya melabuhkan punggung. Yasin kecil yang bersaiz sebesar tapak tangannya, dikeluarkan dari poket seluar.

Dia mengalunkan surah Yasin dalam keadaan menangis. Mata yang membengkak, jelas - jelas menunjukkan bahawa lelaki itu tidak berhenti dari menangis.

Selesai membaca Yasin, diusapnya batu nisan yang terukir nama wanita pujaannya sebelum dia mendekatkan bibirnya lalu mencium perlahan batu nisan isterinya.

"Sayang." Desisnya perlahan. Tersedu - sedan dia menangis.

Kepala yang berbalut akibat luka semalam, membuatkan kepalanya sedikit berdenyut akibat berjemuran dibawah cahaya matahari. Namun, dia hanya mengendahkannya. Langsung tidak dihiraukan denyutan yang makin menyengat di kepala.

"Nanti, kalau sayang mati, sayang nak jadi bidadari syurga abang!"

Setelah itu, suara gelak tawa milik Laura memenuhi ruang minda miliknya.

"Kita jumpa dekat syurga nanti ye, sayang? Jangan lupa bawa anak abang sekali." Semakin lebat air matanya mengalir.

"Abang minta maaf." Rintihnya.

"Maafkan abang. Maafkan baba." Rintihnya lagi.

"Tenang la dekat sana, abang akan sentiasa doakan sayang." Senyuman hambar cuba diukir sebaik mungkin.

"I love you, bidadari syurga Raja Amir Zafran." Ucapnya. Sekali lagi bibirnya mendarat di situ.

Dengan hati yang memberat, dia melangkah pergi dari situ. Terhuyung - hayang ia berjalan kerana badan yang tidak seimbang tetapi cuba untuk diseimbangkan.

Setelah berjaya sampai di tepi kereta, dia dapat melihat bayangan Laura yang sedang melambai kearahnya dari seberang jalan. Wanita itu tersenyum bersama jubah dan selendang cotton putih.

Dia mengecilkan mata untuk memastikan apa yang dilihat. Setelah beberapa minit memastikan hal itu, perlahan - lahan senyumannya terukir di bibir.

"Sayang!" Jeritnya memanggil Laura.

Kaki telah membuka langkah seribu untuk mengejar bayang itu, namun akhirnya kaki itu berhenti betul - betul ditengah jalan apabila telinga menangkap bunyi hon lori yang laju dari arah kanan.

BAM

------------

Ilmu bru nk shre!! Hikmah kalau kita bca ayat kursi selepas solat.

- 1. Kita akan dijaga Allah SWT dari berbagai godaan setan, kejahatan manusia, binatang buas yang bersifat negatif bagi diri kita (berbahaya), perlindungan untuk keluarga dan harta benda.

- 2. Membukakan pintu hikmah dan rezeki.
Dalam kitab “Asraaul Mufidah”, barang siapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak 18 kali setiap harinya, maka Allah akan membukakan dadanya untuk pintu hikmah, dimudahkan rezekinya, dinaikkan derajatnya oleh Allah di akhirat dan di dunia.

Dan orang yang membacanya sebanyak 18 kali juga akan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya dan dirinya juga akan dijaga dengan izin Allah dari segala bencana yang akan menimpanya hari itu.

- 3. Dihilangkan kefakirannya.
Seperti dalam sabda Rasulullah, “barang siapa yang pulang ke rumahnya dan membaca Ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

- 4. Mendapat perlindungan saat melakukan perjalanan.
Bagi orang yang membaca Ayat Kursi saat perjalanan ataupun saat ingin memulai perjalanan, maka Allah akan memudahkan perjalanannya dan akan dilindungi selama perjalanannya.

- 5. Dimudahkan segala urusannya.
Syeikh Al-Bunni menerangkan bahwa barang siapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak huruf pada ayat tersebut yaitu 170 huruf, maka Allah akan memberikan pertolongan padanya, mempermudah segala hajat yang ia punya, melapangkan fikirannya sehingga lebih mudah berfikir, diluaskan rezekinya, dihilangkan duka darinya, dan diberikan apa yang ia minta.

- 6. Dilindungi oleh 2 malaikat.
Barang siapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur maka Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk menjaganya selama ia tidur sampai pagi.

- Jom sama ii amlkn ayt kursi lps solat!

----------

ENJOY YOUR READS !! ✨❤️

KORG TK VOTE, AK TK UPDATE CHPTER ESK. hehe... ✨❤️

SEE YOU NEXT CHAPTER !! ✨❤️

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now