S.E.B.I.C.M.6️⃣3️⃣

Start from the beginning
                                    

Al - Fatihah dibacakan untuk Laura dan bacaan itu diketuai oleh Tengku Hamdan. Setelah itu, mereka beredar dari situ untuk menguruskan pengebumian anaknya.

-----------

Tanah Perkuburan Islam.

Apabila segala prosedur hospital telah diikuti oleh Tengku Hamdan dan Tengku Laila selesai semalam, mereka terus membuat keputusan untuk mengebumikan arwah Laura pada pagi ini.

Jam masa telah menunjukkan waktu telah menginjak ke pukul 10 pagi. Kawasan perkuburan Laura hanya dipenuhi oleh ahli keluarganya, ahli keluarga mertuanya, adik - beradik angkatnya dan juga kawan - kawannya termasuk beberapa orang lain. Kecuali Zafran.

Setelah selesai bacaan talkin diadakan, mereka yang tidak mempunyai kaitan dengan si mati, terus pergi meninggalkan kawasan itu. Yang ada hanya la mereka yang mempunyai ikatan kuat bersama arwah Laura.

"Laila." Panggil Datin Zahara.

"Hmm?" Sahutnya.

"Aku minta maaf bagi pihak anak aku." Terus berjuraian air matanya. Satu - satunya menantu perempuan bersama cucunya telah meninggal dunia disebabkan oleh tindakan anaknya sendiri.

Tengku Laila hanya mengeluh perlahan. Nak menangis, dah tak ada guna. Dia sebenarnya sedikit bersyukur bahawa Laura telah pergi. Sekurang - kurangnya, anaknya itu tidak akan merasakan lelah untuk hidup di dunia yang semetara ini.

"Tak apa la. Benda dah jadi, Zahara. Dah tertulis di Luh Mahfuz anak aku akan meninggal dalam keadaan macam ni. Aku tak salahkan kau dan Zafran. Dah ni memang suratan takdir, nak buat macam mana, kan?"

Kenyataan yang terpancul dari dua ulas bibir itu mengejutkan semua yang ada disitu kecuali Tengku Hamdan dan para arwah di tanah perkuburan tersebut.

Kalau mayat - mayat dalam kubur tu terkejut, agak - agak apa jadi erk? Haha..

Semua memandangnya dengan tidak percaya.

"Jangan pandang aku macam tu boleh tak? Ngeri pulak aku rasa." Tengku Laila menggosok bahunya di kiri dan kanan perlahan - lahan seraya tersenyum hambar.

Tanpa dipinta, Datin Zahara terus memeluk tubuh Tengku Laila. Kuat tangisan wanita itu bergema dibahu kawannya. Tengku Laila pula membalas pelukan tersebut seraya menggosok perlahan belakang Datin Zahara bagi menenangkan wanita itu.

Tak, sekarang ni, anak siapa yang mati ni? Datin Zahara ke Tengku Laila?

Tengku Hamdan tersenyum melihat telatah dua sahabat itu sebelum berpaling kearah Dato' Afzan yang telah sedia memandang kearahnya.

"Apa?" Soal Tengku Hamdan dengan sebelah keningnya terangkat.

"Aku nak peluk juga, boleh?" Soalnya dengan tangan yang telah diangkat ke udara dan terhala ke tubuh Tengku Hamdan.

Tengku Hamdan tidak mengiyakan, dia hanya berjalan mendekati Dato' Afzan, lalu memeluk kemas tubuh lelaki itu.

Gatal! Orang berpeluk, nak berpeluk jugak!

Dapat dia rasakan Dato' Afzan menangis dibahunya, namun mereka berdua hanya senyap. Tidak seperti Datin Zahara yang telah merengek seperti anak kecil sambil menangis ketika memeluk Tengku Laila.

"Sudah - sudah la tu, mama papa." Zamri bersuara setelah sekian lama memerhatikan drama itu.

"Entah la, mama dengan papa ni. Dah tua pun, nak menangis lagi." Sampuk Zamirul.

PAP

"Argh!!" Dia menjerit kesakitan apabila dihempuk oleh Bella.

"Mak bapak kau tu. Sedar diri sikit." Tegurnya. Zamirul hanya tersengih sambil menggosok belakang kepalanya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now