S.E.B.I.C.M.6️⃣0️⃣

Start from the beginning
                                    

Zafran menyeringai kesakitan tetapi suaranya tidak dikeluarkan kerana menghormati pesakit lain yang ditahan di hospital. Dia hanya mampu memejamkan mata untuk menahan sakit.

Dia mengerang kesakitan sebelum dia kembali bersuara.

"Kenapa aku pukul dia?" Lalu dia tergelak sinis.

"Normal la suami pukul isteri bila isteri dia curang." Katanya selamba tanpa tahu wajah Erdiel merah menahan marah.

Sebaik sahaja perkataan sebegitu terpancul dari mulutnya, Erdiel memusingkan Zafran 180° lalu menghadiahkan sebuah tumbukan padu pada wajah lelaki itu.

BUK

Zafran tersungkur keatas lantai.

"Normal? Normal kau kata?!" Zafran yang tidak sempat berdiri dengan betul terus disambarnya lalu dihadiahkan penumbuk diwajah Zafran sebanyak yang mungkin.

"Lagi normal kalau aku pecahkan muka kau jadi debu!" Sambungnya lagi.

Sedang seronok melampiaskan marah kepada Zafran, muncul pula susuk tubuh Dato' Afzan, Datin Zahara, Tengku Laila dan Tengku Hamdan.

Melihat anak lelakinya yang dipukul hampir separuh mati membuatkan dia terus bergegas ke sana. Tubuh sasa Erdiel terus ditolak lalu menarik tubuh sasa anaknya, Zafran.

"Apa masalah doktor?! Kenapa pukul anak saya?!" Marah Datin Zahara seraya memeluk anaknya.

Doktor? Iya, Doktor Erdiel Istifan. Merangkap kawan baik kepada Doktor Izzue Ishaq.

Erdiel yang terbaring jatuh akibat ditolak, mula bangun perlahan. Dada sedikit berombak kerana lelah melepaskan marah. Nafas ditarik dan dihembuskan perlahan untuk menenangkan diri.

"Datin boleh tanya anak Datin, kenapa saya pukul dia." Balas Erdiel. Matanya mencerlung tajam kepada Zafran.

"Laura curang dengan Zaf, mama!" Kenyataan yang terpancul dari bibir Zafran membuatkan semua yang berada di situ terkedu.

Termasuklah tiga pasangan suami isteri yang baru saja tiba disitu. Bella pantas menerpa kearah Zafran lalu menghadiahkan sebuah tumbukan pada pipi Zafran.

BUK

Pantas Fariqi pergi mendapatkan isterinya. Bella ditarik supaya menjauhi Zafran. Bimbang isterinya mengamuk lagi. Dah la perut tengah memboyot.

"Kau nak menuduh pasal kawan aku, pastikan kau ada bukti, Zafran! Jangan cakap ikut sedap mulut!" Katanya berbaur amaran.

"Eh, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri la!" Tengking Zafran lalu menapak mendekati Bella.

Namun langkahnya terhenti apabila dihalang Ben. Mata lelaki itu mencerlung tajam ke dalam mata Zafran. Cukup untuk membuat dia sedikit gerun.

"Apa kau nampak?" Soal Erdiel tenang.

"Aku nampak kau keluar dari wad Laura. Bila aku masuk dalam wad tu, aku nampak Laura tengah bathrobe. Aku tanya ada sesiapa datang, dia geleng. Tu maknanya korang memang ada hubungan sulit la kan? Kalau tak, takkan dia nak sorokkan dari aku? Sedangkan aku ni suami dia." Jelasnya.

Bella dan Lourist berpandangan sesama sendiri. Terbantut niat Lourist saat ingin menuturkan kata apabila matanya bertentangan dengan Erdiel. Seperti faham akan isyarat mata tersebut, dia kembali mendiamkan diri.

"Lagi? Apa kau nampak?" Soal Erdiel lagi.

"Hari Laura discharge dari hospital, aku call dia berkali - kali untuk tanya dia dekat mana, tapi bila aku sampai tempat yang dia ada, aku nampak dia naik kereta dengan kau. Mesti seronokkan dapat hantar scandal balik lepas discharge dari hospital?" Sinisnya.

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now