S.E.B.I.C.M.5️⃣7️⃣

Start from the beginning
                                    

'Atau... Neraka jahannam ciptaanmu, menjadi kediamanku?'

Lama dia dalam keadaan begitu, mengingati dan menyesali. Sebaik - baik manusia adalah manusia yang menyesali perbuatan lampaunya lalu bertaubat kepada Allah atas dosa yang dilakukan.

Sedar tak sedar, jam telah pun menunjukkan pukul 5.45 minit pagi. Berbaki lagi 15 minit untuk berkumandangnya azan subuh. Jadi dia membuat keputusan untuk membaca beberapa helaian Al - Quran.

Al - Quran yang digunakan adalah Al - Quran yang dijadikan sebagai hantaran pada majlis perkahwinannya beberapa bulan yang lalu.

Helaian demi helaian diselak setelah selesai dialunkan ayat suci Al - Quran tersebut sehingga azan subuh diperdengarkan di surau yang berdekatan.

Tok

Tok

Tok

Bunyi pintu bilik diketuk. Laura berpaling sekilas kemudian bangun menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, terserlah wajah Zafran.

Lelaki itu telah lengkap memakai baju melayu merah, berkain pelikat hitam dan kopiah diatas kepala.

Aik? Macam berjanji la pula nak pakai warna sama. Tapi warna baju Laura tidak dapat dilihat oleh Zafran kerana wanita itu memakai telekung.

"Jom, solat subuh sama - sama." Kata Zafran sebelum terus meluru masuk. Sejadah yang dibawa dihamparkan dihadapan sejadah Laura.

Laura yang melihat perubahan Zafran dari semalam, sedikit tersenyum. Mungkin ada peluang untuk aku berbincang secara baik dengannya? Omel Laura.

"Allahuakhbar."

Dan pada pagi itu, Laura menyempurnakan solat subuhnya dengan berimamkan Zafran. Selaku suaminya yang sah.

---------

Bunyi periuk dan sudip yang berlaga di bahagian dapur itu membuatkan Laura melangkah turun dari tanggan menuju ke dapur.

Setelah dia menjengah ke dapur, Zafran yang sedang mengenakan apron marvel Iron Man sedang berperang untuk menyediakan sarapan pagi.

Selalunya Laura yang masak tapi entah apa yang merasuk Zafran pagi ini dia pula yang sibuk menyediakan makanan.

Apa? Ingat mafia tak pandai masak ke? Macam aku, pandai masak. Masak air.

Perlahan - lahan dia mendekati Zafran. Lalu tubuh si suamu itu dipeluk dari belakang.

"Abang!" Sergah Laura. Zafran yang tidak bersedia itu terus kejung. Terus meletus ketawa Laura.

"Sayang! Terkejut abang tau!" Rengek Zafran seraya menjeling manja isterinya.

Dejá Vú ! Itu pernah berlaku antara mereka, tetapi yang berubah adalah karakter mereka.

"Masak apa?" Soal Laura. Saja, nak beramah mesra dengan Encik Abang Sayang dia.

Korang ada? Takde? Hmm, sama la kita.

"Masak nasi goreng je. Nak buat lebih - lebih tak pandai." Jawab Zafran.

Laura mengangguk faham kemudian teringatkan sesuatu. Mulut baru terbuka untuk bersuara. Namun, deringan telefon milik Zafran, mematikan niat sendiri.

Zafran merungkaikan pelukan Laura dan berlalu ke ruang tamu untuk menjawab panggilan. Laura hanya memerhati pemergian Zafran kemudian memandang nasi goreng di dalam kuali.

Dia mengeluh perlahan seraya bahu diangkat malas lalu mengambil keputusan untuk menghidangkan nasi goreng itu diatas meja. Setelah siap menghidang, dia menyediakan satu teko teh o panas dan berlalu ke sebuah kerusi untuk duduk.

Selang beberapa minit menunggu, kedengaran pintu rumah dibuka lalu ditutup. Tidak lama kemudian, deruan enjin kereta yang dihidupkan menyapa telinga.

Laura bergegas keluar untuk memanggil Zafran. Sebaik saja kaki melangkah ke ruang tamu, kereta si suami telah pergi meninggalkan perkarangan rumah.

"Nak ke mana?" Gumamnya dengan dahi berkerut hairan.

Sekilas dia memandang ke arah dapur. Nasi goreng yang dimasak oleh Zafran agak banyak. Takkan habis kalau dimakan olehnya seorang. Kemudian satu idea muncul di benaknya.

"Kalau bagi dekat jiran pun okay jugakan?" Soalnya seraya tersenyum.

Kaki terus melangkah maju ke dapur. Tangan terus mencapai bekas tupperware dan satu sudip khas untuk nasi. Ada lebih kurang 10 bekas tupperware yang disediakan. Satu persatu diambil lalu dimasukkan nasi ke dalam.

Selesai menyiapkan makanan, dia tersenyum puas kemudian berlalu ke bilik untuk bersiap menghantar makanan.

---------

So, mcm mne chapter hri ni? Stress? Senang? Sedih? Atau..?

Untuk hari ni, Iqa takde benda yang nak dikongsikan. Cuma nak ajak korang buat baik untuk diri sendiri. Apa kata, start pagi esok, bila korang sedar dari tidur, cuba letak tangan kanan di dada dan sedekahkan bacaan Al - Fatihah lepastu sambung dengan selawat atas nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. sebanyak 3 kali.

InsyaAllah, dengan begitu, hati akan lapang dan menjadi tenang.

Sedekah ni bukan dengan duit je tau. Sedekah juga boleh jadi dalam bentuk, senyuman, makanan, harta benda dan sebagainya. Tapi dengan niat yang betul la. Kalau kau bagi benda dekat orang lain bersama niat tertentu, tu bukan sedekah tapi rasuah.

Aku dah tau, yang korang senua dah tau, tapi saje je, nak ingatkan. Hehe.

ENJOY YOUR READS !!

SAMPAI HATI KORANG ENN !! BACA JE, TAK VOTE PON !! 😭 kalau yang dah vote tu, terima kasih.. 1 vote korang, 1 alam semesta Iqa tadahkan ☺️🥰

SEE YOU NEXT CHAPTER !!

Sekian..

C | SUAMIKU ENCIK BUNGA ISTERIKU CIK MAFIAWhere stories live. Discover now