SCHOOL 17 BAB 14

20 2 20
                                    

Pandangannya dilemparkan ke arah padang bola itu dan sesekali dia menghela nafas berat.

Isya memandang wajah sahabat karibnya yang sedari tadi tak henti-henti memandang ke arah padang bola yang dipenuhi abang-abang handsome.

"Kau ada suka sape² ke? Pandang tak lepas tu." Tanya Isya menyentak lamunan Bella.

"Rahsia."

"Rahsia pulok..Dahlah kau paksa aku teman kau dekat sini pastu nak berahsia bagai. Dahlah panas terbakarlah kulit aku, nanti kalau hantaran aku kurang aku salahkan kau." Bebel Isya sambil membelek wajahnya dicermin takut-takut kulitnya terbakar.

"Ish yelah-yelah..Aku sebenarnya ajak kau datang sini sebab nak tengok Faris tapi dia takde pulak." Terang Bella dengan wajah yang murung.

"Lahh kau tak tau ke? Dia tersadai dekat hospital 3 hari lepas dah. Tapi dia tak cedera parah pun cuma Sara je yang tak sedar-sedar lagi sampai sekarang."

"Btw kau suka Faris ke? Kenapa tak cakap kalau tak boleh aku tolong kau."

"Saje lagipun aku cuma mampu tengok dia dari jauh je." Sekali lagi Bella mengeluh berat.

"Dah kenapa pulok?"

"Fariskan boyfriend Sara malas aku kacau bf orang."

"Adoi kau ni dorang baru pangkat bf gf jelah belum suami isteri lagi so kau masih ada peluang."

"Haa apa kata balik sekolah ni kau pergi lawat Faris dekat hospital and make sure kau pakai baju seksi meksi baru Faris tergoda bila tengok kau. Soal Sara kau tak payah risaulah dia takkan kacau kau sebab diakan tengah tak sedar tu. Entah-entah nak arwah dah tu." Kata Isya sambil ketawa kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling mereka.

Mendengar kata-kata Isya yang seakan menghasutnya memberikan Bella sedikit semangat untuk merampas Faris dari Sara.

"OMG thank you for supporting me bestie, I will make sure Faris Putra will be mine." Mereka berpelukan dan ketawa dengan kuat tanpa menghiraukan orang sekeliling mereka yang mula memandang tajam kearah mereka berdua.



Dian menyusun tupperware berisi makanan buatannya dihadapan Ayyan. Aroma masakan Dian sedikit menganggu focus Ayyan yang sibuk menonton anime di laptop miliknya.

"Woww kamu ke yang masak ni Diana? Nampak sedaplah kari ikan tu. Untunglah suami Diana nanti dapat isteri pandai masak cantik pulak tu. Kann abang." Puji Puan Mariam sambil menghidu Kari buatan Dian.

"Itulah, kamu single lagi ke? Kalau single lagi nanti habis sekolah pakcik masuk minang kamu untuk Ayyan nak tak?"

"Abahhh!!" Pekik Ayyan dengan wajah yang memerah sedangkan Dian pula sudah pun tersipu malu akibat dipuji.

"Heheh malu la tuwww." Ejek ibunya. Seketika ruangan itu dipenuhi gelak tawa mereka.

"Dahlah ibu dengan abah nak pergi ambil ubat dan nak settle kan bill hospital kamu."

"Akhirnya anak ibu dah boleh keluar hospital." Puan Mariam tersenyum bahagia dan mengucup lembut dahi anaknya itu. Terlihat jelas kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Encik saiful menggeleng perlahan sambil menarik anak dan isterinya kedalam pelukan hangat miliknya.

Dian yang sedari tadi menjadi penonton setia drama mereka anak beranak sedikit cemburu. Dia cemburu kerana dia tak pernah merasa berada dipelukan seperti itu.

Tiba-tiba ada cecair panas yang mula keluar dari matanya, dengan cepat Dian membalikkan badannya membelakangi Ayyan dan keluarganya.

"Okeylah kami pergi dulu. Diana kamu tolong tengok-tengokkan Ayyan ye." Puan Mariam mengelus lembut kepala Dian sebelum berlalu pergi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SCHOOL 17Where stories live. Discover now