SCHOOL 17 BAB 8

14 2 6
                                    

Sara duduk termenung didekat air pancut ditaman sekolahnya. Dia cuba menenangkan fikirannya yang bercelaru memikirkan perubahan kekasih hatinya, dalam masa yang sama otaknya juga ligat memikirkan sahabatnya. Dia merasa seakan tidak mengenal mereka. Sikap mereka yang acuh tak acuh kepadanya perlahan menguriskan hatinya.

"ISH KAU NI SEMAKLAH! AKU NAK MAIN GAME PUN SUSAH."

"JANGAN CALL AKU UNTUK BENDA YANG TAK PENTING BOLEH TAK! AKU TAKDE MASA NAK DENGAR LUAHAN KAU TULAH!"

Kata-kata faris dan dian kembali bermain di fikirannya. Perlahan air matanya mengalir deras, sederas air pancut dihadapannya.

Sedang sara menangis tiba-tiba ada tangan menyentuh lembut bahunya, sara terhinjut kerana terkejut.

"Ke..kenapa nik?" Soal sara sambil mengesat air matanya.

"Are you okey?" Tanya Nik sambil melabuhkan punggung di sebelah sara.

"Okey kot." Balas sara sedikit awkward dengan keadaan mereka.

Gila tak awkward sebelum ni Nik tidak pernah menegurnya walaupun meja mereka bersebelahan. Mimpi apa agaknya budak ni sampai tiba-tiba menegurnya.

"Tell me!"

"About what?"

"About your problem." Sara tersentak mendengar kata-kata nik.

"Problem? Aku okey jelah mana ada problem." Balas sara sambil tersenyum hambar.

"You lied! Come on just tell me what's your problem." Nik memerhatikan setiap sudut wajah sara, dia tahu perempuan itu baru sahaja menangis kerana mata sara yang merah dan hidungnya yang beringus itu.

"Sometimes it's better to keep it silent."

"Wait pahal mamat ni nak speaking bagai? Muka aku nampak macam warga asing ke?" Monolog sara.

"Kau bukan orang Melayu ke?" Tanya sara.

"Melayu laa, kau nampak muka aku macam bangla jual karpet ke?" Nik mengerling sara yang sedang menahan tawanya.

"Taklah yang kau dok speaking bagai ni kenapa? Cakap melayu la kesian author kita ni nak kena pergi translate pulak." Sara ketawa kecil.

"Ouh ye aku lupa author kita ni bengap." Kata nik dan mereka pun bantai gelak berjemaah.

Author be like: Maaf gak bisa bahasa english😭

OKAY BACK TO THE STORY...

"Kau ada masalah dengan boyfriend kau ke?" Dia perasan wajah sara pucat sejak kebelakang ni. Dia sedikit risau akan keadaan crushnya itu.

"Lebih kurang gitu ahh."

"Taknak cerita?"

"Sejak kebelakangan perangai ni faris dengan dian lain. Aku taktau kenapa dorang layan aku macam nak taknak je sekarang." Riak wajah sara berubah keruh.

"Maybe dorang busy kot sebab tu dorang tak layan kau sangat."

"Takkan la sampai tak sempat reply chat aku? Aku rindu tau tak, lagi-lagi si dian tu. Sejak pegi kem tu langsung tak contact aku, dahlah aku bosan bila dia takde kat sekolah ni." Bebel sara.

"Hmm maybe dian ada masalah and nak bersendirian kejap. Faris pulak maybe ada masalah dengan teammate pubg dia, diakan igl (in game leader)."

"Abistu macam mana ni? Takkan nak biar je dorang." Sara menunggu jawapan nik dengan wajah penuh harapan.

Nik berfikir sejenak "Apa kata kau ajak dorang keluar makan, kotla boleh kurangkan sikit stress dorang."

Sara mendengar dengan teliti idea nik sambil tersenyum lebar. Dia mula memikirkan restaurant yang memiliki pemandangan yang cantik dan sesuai untuk mengurangkan stress mereka.

SCHOOL 17Where stories live. Discover now