SCHOOL 17 BAB 11

8 2 6
                                    

SAMBUNGAN...

"Kau nak apa dengan aku Firash?" Tanya ayyan kepada ketua mereka yang mengenakan hoodie itu.

"Kau jangan pura-pura taktau, kau dah curi sesuatu yang berharga dari aku." Balas Firash dengan wajah yang marah.

"Curi? Aku curi apa dari kau?"

"DIANA QISTINA! KAU RAMPAS DIA! DIA HAK AKU!" Tengking Firash sambil mencengkam kuat kolar baju ayyan.

"Hahh!?"

"Aku nampak kau berduaan dengan dia dekat taman waktu rehat tadi, BERANI KAU SENTUH DIA." Firash merenung tepat kedalam mata ayyan tetapi itu tidak membuatkan ayyan takut.

"Kau jealous? Korang bukan ada hubungan pun. Oh ya bukan ke Dian pernah reject kau dulu? Hahaha kesian kau orang dah taknak pun masih nak kejar lagi. BERIA." Ayyan tersenyum sinis.

TIBA-TIBA..BUKK!!

Ayyan mengerang kesakitan apabila perutnya ditumbuk oleh Firash. Tak cukup dengan itu Firash juga menumbuk wajah ayyan berkali-kali sehingga darah mula mengalir.

"HAHA PADAN MUKA KAU..PUAS HATI AKU." Firash menatap wajah ayyan yang berdarah dengan perasaan puas.

"Aku akan pastikan kau menyesal sebab kau sentuh sesuatu yang sepatutnya jadi milik aku. Cepat tanggalkan baju dia." Arah Firash kepada gengnya kemudian dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya untuk merakam ayyan tanpa pakaian.

Baru sahaja mereka hendak membuka baju ayyan tiba-tiba ada seketul batu bata meluru  laju kearah mereka dan mengenai kepala salah seorang dari mereka.

"B*BI MANA YANG LEMPAR BATU NI!" Tengkingnya sambil memegang kepalanya yang mula berdarah.

"Keras ehh kepala kau dah kena hentam dengan batu bata pun tak mampos lagi. Kalau aku tau baik aku baling pisau je kat kepala kau."

Semua mata tertuju ke arah suara itu dan alangkah terkejutnya mereka rupanya orang yang melempar batu itu ialah Dian.

"Ehh sayang you buat apa kat sini?" Soal Firash panik.

"Sayang? Eww jijiks." Dian tidak menghiraukan Firash yang cuba meraihnya dia lantas meluru laju ke arah ayyan dan melepaskan ikatannya.

"Aku dah cakap jangan pergi. DEGIL." Kata Dian sambil memapah ayyan dan hendak membawanya pergi namun langkahnya dihalang.

"Sayang please don't go." Mohon Firash sambil meraih tangan Dian.

"LEPASKAN TANGAN AKU KALAU KAU NAK SELAMAT!" Dian merenung tajam anak mata firash.

"NO!" Tegas Firash.

"Ok, jangan cakap aku tak bagi amaran." Dian membaringkan ayyan diatas tanah kemudian 'DUSH' Satu tendangan hinggap tepat dibahagian sulit Firash.

"Anggaplah tu kifarah sebab kau dah banyak rosakkan anak dara orang." Kata Dian sambil tersenyum sinis.

Firash meraung kesakitan diatas tanah, dia dapat merasakan ada cairan merah pekat yang mengalir. Geng Firash mula mengelilingi Dian dan membalas pukulannya tetapi tiada satu pun pukulan mereka yang mengenai Dian.

"Now it's my turn baby."

Dalam masa beberapa minit kesemua geng king cobra sudah pun tersungkur ditanah akibat pukulan Dian.

Sebaik sahaja selesai membelasah geng king cobra Dian lantas mendapatkan ayyan yang masih terbaring lemah ditanah.

"Th..thanks." Ucap ayyan kepada dian sebelum pandangannya menjadi gelap dan akhirnya pingsan akibat kehilangan banyak darah.

SCHOOL 17Where stories live. Discover now