"Hoamm...! Ais nak tidur...,"

Maka, dalam masa 30 saat, Boboiboy telah dikerumuni oleh anak-anaknya yang duduk dan juga baring di atas katilnya berdekatan dengan dirinya.

Dengan bunyi dengusan dari anak sulungnya.

Jikalau orang lain, pasti sudah rimas dan menolak remaja-remaja itu jatuh dari katil.

Tetapi bagi Boboiboy, waktu-waktu begini ialah satu momen yang berharga dan sentiasa berjaya membuatkannya tersenyum.

"Korang ni macam budak-budaklah," Komen anak bongsunya. Dirinya sendiri tidak berperangai manja seperti abang-abangnya itu.

Mendengarkan itu, Boboiboy tertawa. Geli hati mendengarkan kata-kata anak bongsunya yang sepatutnya menjadi yang paling manja kerana menjadi yang terakhir lahir. Tetapi mungkin bagi anak bongsunya itu, susah untuk dia jadi begitu kalau jarak antara mereka bertujuh hanyalah beberapa minit.

Ya, anak-anaknya dilahirkan sebagai kembar tujuh. Ramai, kan?

Jikalau menjaga seorang bayi pun sudah memenatkan, tiga pula mampu memengsankan, bayangkanlah Boboiboy yang waktu itu baru berumur 22 tahun perlu menjaga tujuh orang bayi sendiri tanpa gerangan isteri di sisi.

Akhirnya kerana terlalu penat, dia meminta pertolongan ayahnya dan mereka semua berpindah masuk ke dalam rumah yang menjadi tempat Boboiboy membesar.

Selama 5 tahun, kehidupan mereka berjalan lancar dan gembira.

Ketujuh-tujuh anaknya membesar dengan elok. Gembira dan sentiasa ingin tahu.

Sehinggalah satu malam, ketika mereka semua penghuni rumah itu sedang tidur, seseorang memecah masuk ke dalam rumah mereka dan tanpa belas kasihan membunuh Amato.

Boboiboy telah menjumpai sosok ayahnya yang terbaring dengan nyawa-nyawa ikan, dengan darah yang bergenang di bawah badannya.

Ketika itu, dia hanya berniat untuk turun dan membasahkan tekak. Bukannya menyaksikan pemergian ayahnya.

Boboiboy tak berlengah untuk memeluk sosok tubuh yang telah membesarkannya dulu, erat.

Sambil air matanya mengalir turun tanpa esakan.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Amato sempat memberitahu anaknya sesuatu.

"B-boboiboy anak ayah... M-maafkan ayah kerana k-kamu terpaksa lihat a-ayah pergi macam n-ni... Uhuk! T-tapi anakku, k-kamu perlu tahu s-sesuatu... Selama ini... A-ayah bukannya sekadar CEO b-biasa... Syarikat ayah juga, b-bukanlah syarikat yang b-biasa...,"

Boboiboy yang tidak faham ketika itu bingung.

Amato tersenyum lemah sambil sebelah tangannya naik untuk mengusap sebelah pipi anaknya. Satu-satunya anaknya.

"S-selama ni, ayah bekerja sebagai p-perisik, Boboiboy... H-hidup ayah sentiasa diburu oleh m-musuh... Sebab itulah a-ayah hantar kamu ke rumah a-atuk kamu... Uhuk! Uhuk! S-syarikat ayah juga, ialah s-satu agensi perisik...,"

Kerana masih terkejut, Boboiboy menggelengkan kepalanya mendengarkan kata-kata ayahnya yang seolah-olah tidak masuk akal.

Tetapi tangan ayahnya yang menyejuk menghentikan gelengan kepalanya. Sepasang matanya bertemu dengan sepasang mata ayah yang tercinta.

"A-ayah minta maaf, B-boboiboy... Sebab tak jadi a-ayah yang baik untuk k-kamu... Sebab tinggalkan kamu s-sendiri selama bertahun-tahun... Uhuk! D-dan untuk bebankan kamu d-dengan perkara ini... Tapi ayah h-harap sangat, yang kamu a-akan sambung legasi ayah... S-sebab ayah tahu, a-anak ayah ni kuat... Sama s-seperti ibu kamu...,"

Boboiboy Oneshots(I will try my best, no promises no requests)🙂Where stories live. Discover now