EPISOD 15

164 23 25
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

Setelah menarik dan menghembuskan nafas beberapa kali, Faris sudah bersedia.

"Aku....aku....aku suka-"

"Hai abang! Hai kakak!" Hanif menyapa Faris dan Aisyah dengan semangat.

Faris tertunduk malu. Nasib baik dia tak meluahkan apa-apa lagi. Kalau tidak, mahu malu dia dengan Hanif nanti.

"Eh Hanif, buat apa dekat perpustakaan ni?" Tanya Aisyah sambil mempelawa Hanif untuk duduk bersebelahan dengannya.

"Ada study sikit kak, esok ada ujian." Balas Hanif sambil menyesuaikan kedudukannya di atas kerusi.

"Erm...Aisyah, aku pergi tandas kejap. Hanif, abang pergi kejap eh." Faris segera bangkit dan meninggalkan Hanif dan Aisyah.

"Kenapa dengan abang Ris tu kak?" Tanya Hanif dengan wajah yang polos membuatkan Aisyah sedikit cair.

"Entah dekat dia tu. Tadi macam ada benda nak cakap. Lepastu diam."

"Oh....akak! Tadi abang Fiq ada suruh Hanif cakap benda ni dekat kakak." Kata Hanif teruja sambil melihat Aisyah.

"Hmm? Benda apa?" Tanya Aisyah pelik.

"Macam ni kak, sebenarnya.....abang Ris tu.....sukakan kakak!"

Terkedu Aisyah dibuatnya.

"B-betul ke ni Hanif? Jangan buat cerita bukan-bukan tau!"

"Lah buat apa Hanif nak tipu? Abang Fiq sendiri cakap. Dia cakap abang Ris memang sukakan akak. Cuma dia malu nak luahkan perasaan dia." Kata-kata Hanif itu membuatkan Aisyah tertunduk malu.

"Ok lah, Hanif dah cakap apa yang abang Fiq suruh. Hanif pergi dulu!"

"Eh nak pergi mana? Bukan ke Hanif cakap ada study?"

"Hanif bukan nak keluar perpustakaan, Hanif nak duduk dekat tempat lain. Abang Fiq cakap lepas je bagitau kakak pasal benda ni, dia suruh duduk jauh sikit dari kakak biar kakak dengan abang luangkan masa sama-sama." Kata Hanif dengan nada yang sangat jujur. Comel betul.

"Satu lagi abang Fiq cakap, jangan lebih-lebih eh! Tuhan nampak! Duduk biasa je." Tambah Hanif menyampaikan amaran daripada Rafiq.

"Tu abang Ris dah datang! Hanif pergi dulu. Tata!" Hanif melambaikan tangan sebelum dia duduk di meja lain yang berada sedikit jauh dari meja Aisyah dan Faris.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now