🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~Sambungan....
"Papa! Apa ni! Kenapa papa biarkan dia tinggal dekat rumah ni?" Tanya Khalif kesal dengan tindakan ayahnya yang hanya membiarkan Rafiq tinggal di rumah itu.
"Papa tak boleh nak buat apa, rumah ni pun milik mama juga. Dia ada hak...." Kata Encik Fawwaz.
"Habis tu, takkan lah kita nak biar dia tinggal dekat rumah ni? Fiq tak suka lah papa!" Rungut Khalif. Memang dia tak suka betul dengan Rafiq tu.
Bagi dia, Rafiq dah merampas segala kebahagiaan yang dia ada. Bahkan adik dia, Khalisha pun sayangkan Rafiq lebih dari Khalif.
Memang lagi bertambah bengang lah dia.
Tetapi kenyataannya, dia disukai semua orang disebabkan oleh keikhlasan hati dia sendiri.
"Ha! Papa ada idea....dia selalu disayangi betul? Apa kata, kita buat dia....dibenci oleh semua orang.." cadang Encik Fawwaz dengan senyum sinis.
"Eh, macam mana tu papa? Macam menarik je!" Kata Khalif teruja dengan rancangan ayahnya itu.
"Macam ni...." Encik Fawwaz membisikkan sesuatu di telinga Khalif.
"Wah! Bernas betul tu! Tapi, tak apa ke? Kalau jadi apa-apa yang buruk, habislah."
"Jangan kamu risaulah Khalif. Kalau jadi apa-apa, mesti budak tu akan dipersalahkan!" Balas Encik Fawwaz dengan yakin dan angkuh.
"Hahaha! Khalif suka idea papa tu. Tapi kenapalah kita tak pernah terfikir nak buat macam ni dulu. Tak ada lah kita nak hidup dengan tikus tak guna tu."
"Heheh inilah yang dinamakan ilham di bulan puasa. Hahaha!" Kata Encik Fawwaz sambil tertawa sinis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Di rumah Tuan Zahran....
Tuan Zahran sedang duduk di meja kerjanya didalam bilik pejabat khas di rumahnya.
Dia kelihatannya sedang memikirkan sesuatu.
Dan pintu pejabat khasnya dibuka dan masuklah isterinya, Puan Karlisa.
"You, apa yang difikirkan tu? Macam mustahak sangat je."
"Hmm I tengah fikirkan pasal anak I." Jawab Tuan Zahran.
YOU ARE READING
DERITA UNTUK BAHAGIA
Random𝟏.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 Sebuah keluarga yang bahagia, bertukar menjadi berantakan kerana kehadirannya didalam keluarga itu. Anas Rafiq nama diberi, kelahirannya bukanlah satu kebahagiaan. Melainkan hanya kesedihan semata-mata. Dia selalu dis...