EPISOD 10

164 26 28
                                    

🥀Derita Untuk Bahagia🥀~~~~~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🥀Derita Untuk Bahagia🥀
~~~~~~~

Sambungan....

Rumah Tuan Fattah...

"Adoi! Sakit lah Pak Long! Boleh tak slow sikit." Rungut Irfan sambil meringis kesakitan kerana Tuan Fattah menuam mukanya yang lebam itu dengan sebekas ais yang dibalut dengan kain bersih.

"Haih kalau Pak Long tuan slow-slow, nak baik celah mana! Muka kamu ni dah teruk lebam ni. Ini kalau papa kamu tengok, habislah Pak Long kena soal siasat." Kata Tuan Fattah.

"Jahat betullah Fikri tu! Melampau! Nasib baiklah Pak Long datang tepat masa. Kalau tidak, entah-entah saya dah kena buang sekolah dan mati sebab kena belasah dengan si Fikri tu." Ucap Irfan lega kerana diselamatkan pada saat akhir.

"Berterima kasihlah pada papa kau Irfan. Kalau dia tak call Pak Long cerita pasal Rafiq, mungkin Pak Long tak tahu dan tak datang sini." Ujar Tuan Fattah dengan raut wajah tenang sambil merawat luka-luka yang ada di badan Irfan.

"Pak Long....terima kasih tau." Ucap Rafiq dengan senyuman manis membuatkan Tuan Fattah sebak.

"Alah! Semua ni benda kecil je. Tak ada hal lah! Tapi korang kena janji dengan Pak Long.....kalau budak tu atau orang lain ada buli korang berdua, make sure bagitau Pak Long atau mak ayah korang." Kata Tuan Fattah memberi peringatan.

"Baik Pak Long." Jawab kedua-dua mereka dengan pasrah.

"Hmm dah selesai." Tuan Fattah selesai membalut luka-luka kecil yang ada di badan Irfan.

"Mari Pak Long hantar korang balik. Nanti tercari-cari pula mama dan papa korang tu." Ajak Tuan Fattah.

"Erm....Fiq, kamu nak Pak Long hantar rumah mana? Mama, papa atau rumah utama?" Tanya Tuan Fattah dengan berhati-hati takut Rafiq berkecil hati.

Rumah yang Rafiq tinggal bersama dengan Mak Jah dan Pak Amir dipanggil sebagai rumah utama.

"Pak Long hantar dekat rumah mama eh. Minggu ni Fiq duduk dekat sana." Ujar Rafiq.

"Ok! Jom! Sambil balik tu Pak Long belanjalah korang apa-apa. Nak?" Tuan Fattah memberi tawaran yang bagus kepada mereka berdua.

Memang itulah sikap Pak Long mereka. Walaupun kadang-kadang ada juga tegas dan marahnya, dia suka sangat memanjakan anak-anak buah dan juga anak sendiri.

"Wah nak!" Sahut Irfan dan Rafiq bersamaan.

"Aip! Tapi jangan makanan eh. Korang puasa kan?" Tanya Tuan Fattah serius menimbulkan rasa cuak didalam hati mereka berdua.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now