Bang! Bang!

Dua das tembakan yang dilepaskan membuatkan Nawwar kaget. Terdapat susuk tubuh seorang lelaki dan seorang wanita berlari keluar dari lorong gelap. Pakaian mereka menggunakan ton warna putih kepada hitam. Sama, tiada warna cerah.

"Tak guna! Nyah kau dari sini!" Jerit lelaki berjambang itu bersama senjata api di tangannya.

"Eleh nak lawan tapi kecut! Sayonara!" balas jejaka bertopeng itu mengekori wanita di sebelahnya.

Suara laki itu... familiar.

Mereka berdua teleportasi dari satu bangunan ke bangunan yang lain. Asbab rasa curiga, Nawwar turut mengekori dua pasangan itu senyap dari belakang. Pasangan itu pergi kiri, dia juga pergi kiri. Pergi kanan, dia pergi kanan. Destinasi terakhir mereka atas bumbung terbuka bangunan terbiar yang terletak di pinggir jalan.

Macam rupa hotel atau kondominium.

Nawwar mengintai dari jauh dibalik dinding kecil separuh hancur. Telinga dipasang untuk mendengar perbualan antara dua pasangan itu.

"Kena hantar dia masuk kem tentera untuk belajar menembak. Tembak belah kanan peluru lari sebelah kiri," ejek lelaki itu sambil mengajuk semula gaya pelaku tadi.

"Kamu ni nasib tak mati. Kalau tak, hilang dah sorang ahli Qursetav dengan saya," ujar wanita itu. Dengar suara seperti dewasa orangnya.

"I'm strong okay? Don't be scared. We're going to find another way out from this dimension. Looks boring,"

Mereka bukan penduduk asal Orion? Patutlah nampak dari segi rupa berakal sikit berbanding zombi hidup tepi jalan. Tetapi, adakah mereka penduduk asal Qursetav? Jika benar sekalipun, mengapa tidak pulang ke dimensi asal?

Perasaan ingin tahu Nawwar semakin membuak-buak. Dia memancarkan plasma petir biru untuk menarik perhatian mereka. Zas! Terperanjat sampai melatah.

"Who's that!? Show yourself!!" lantang lelaki itu bersuara seraya membawa keluar katana miliknya.

Sekejap. Katana? Dia hampir mengenal pasti siapa gerangan bertopeng itu, tetapi takut pula tersilap orang. Nawwar beranikan diri muncul dibalik dinding tersebut. Sedikit pun tidak gentar tatkala dua senjata tajam diacu ke arahnya.

"Kill. Me." Nawwar mencabar salah seorang daripada mereka.

"Nawwar? Kau... masih hidup?" Lembut suara lelaki itu menegur dia. Senjatanya lesap serta merta. Tubuhnya dihampiri lelaki itu. Topeng muka ditanggalkan menampakkan rupa sebenar dia.

Bermata kelabu hitam dan berambut ikat satu di belakang. Mirip wajah Tuan Asnawi tetapi versi kena clorox.

"A-abang Naqib?" Nawwar terpaku. Cecair jernih penuh di tubir mata.

"Adik..." Lantas tubuh Nawwar dipeluknya erat. Pelukan hangat kian terasa tatkala tubuh mereka bertemu. Ya Allah, sesungguhnya aku rindukan dia setelah sekian lama terpisah dari dimensi Tzuvillida.

"Nawwar... Ya Allah aku rindu kau sangat! Kau dah besar rupanya..." Pipi Nawwar dielus perlahan. Sudah lama dia tidak manjakan darah daging sendiri. Terubat rindunya melihat wajah polos Nawwar depan mata.

"It looks like you guys are having an unexpected reunion over here." Wanita itu menghampiri mereka. Dia turut menanggalkan topeng yang dipakai bahagian mata saja. Rambut beralun kemas. Tampak anggun.

"Saya Hazelia. The Mistress of Love." Hazelia memperkenalkan dirinya secara ringkas. Mistress of love. Apa peranan Hazelia mengenai perasaan cinta?

"Tadi kenapa lelaki tu tembak abang?" soal Nawwar kerana sifat curiganya.

Naqib tertawa kecil memandang Hazelia. Panjang ceritanya. Nak bagitahu pun dua hari baru habis kut.

"Dia macam ni. Lelaki tu-"

Bang!

Tidak sempat Naqib berterus terang, sedas tembakan terkena pada dadanya. Nawwar dan Hazelia saling berpandangan. Mana datangnya tembakan mengejut itu?

"Abang! Abang!" Nawwar mengoncangkan tubuh Naqib yang mula lemah dalam dakapannya.

"Abang... Kita baru berjumpa... Jangan buat adik macam ni abang!!!"

Hanya deruan nafas Naqib yang tidak teratur menjadi tontonan Nawwar dan Hazelia.



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ
Kepada readers, saya dah release novel baru bertajuk "His Codename Cyrus" dekat work list. Baru prolog, tapi dalam prolog ada terselit sikit berkaitan Takdir I dalam tu. Boleh lah baca ye walaupun hiatus huhuhu.
.
Jangan risau, buku Takdir ada 3 series Insya Allah. HCC saja buat sebab Nawwar pun nak kawan baru jugak.

 HCC saja buat sebab Nawwar pun nak kawan baru jugak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now