"Kalau cik tak keberatan, boleh beri saya nombor telefon cik supaya senang saya nak ganti balik telefon cik." Katanya dengan sopan.

"Eh, tak apa lah, sikit je ni. Masih boleh guna lagi ni." Zahra enggan memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali. Dia juga tidak tahu sama ada lelaki ini orang baik atau bukan.

Dia cuba menghidupkan telefonnya untuk membuktikan telefonnya masih boleh diguna kepada lelaki itu. Namun hampa, hanya screen hitam yang terpapar. Liur ditelan tatkala dia perasan akan telefonnya yang tidak dapat dihidupkan semula.

"Kalau macam tu, cik bagi nombor telefon kawan cik. Telefon cik dah rosak tu." Zahra memandang lelaki itu dengan ragu-ragu.

"Tak payah lah encik. Saya masih ada duit nak beli baru. Tak apa lah, encik bukannya sengaja nak langgar saya kan. Saya minta diri dulu." Setelah dia mengambil makanan yang dipesan, dia melangkah keluar dari kedai itu dengan hati yang sedih. Sedih kerana telefon pemberian ayah telah rosak dan dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Zahra mendekati public phone yang disediakan. Dia menekan nombor Aish. Nasib baik lah dia ingat nombor telefon Aish. Kalau tidak, pasti dia buntu mahu meminta bantuan pada siapa lagi kerana keluarganya tinggal di kampung yang jauh dari bandar.

20 sen dimasukan ke tempat yang sepatutnya pada public phone itu. Lama dia tunggu akhirnya panggilan diangkat.

"Aish.."

"Siapa ni?" Soal Aish dengan penuh was-was risau tersalah nombor.

"Aku lah Zahra."

"Kenapa kau tak call guna phone je?" Jelas kedengaran suara pelik Aish.

"Phone aku rosak jatuh tadi."

"Lah... kau kat mana? Biar aku ambil."

"Aku ada kat perhentian bas ni. Depan mall yang kita selalu pergi tu. Jangan lambat eh, aku takut lah kat sini dah lah aku sorang je."

"Ok boss. Wait for me."

'Tet'.

Zahra melangkah melintas jalan raya untuk ke seberang. Tanpa melihat kanan, dia terus berjalan sehingga dia terdengar bunyi hon kereta. Kepala laju berpusing ke arah sumber bunyi hon itu. Dia terpempang. Matanya terbeliak sebaik sahaja dia melihat sebuah honda sport car bergerak laju ke arahnya.

Kereta diberhentikan sebaik sahaja jarak antara Zahra dan kereta itu sangat rapat. Pintu kereta dikuak dari dalam. Lelaki itu berjalan mendekati Zahra yang masih kaku dalam posisi yang sama. Pandangan Zahra terhias dengan wajah tampan lelaki yang sama. Bukankah lelaki ini lelaki yang dia jumpa di dalam pekan?

"Kau ni dah kenapa? Buta ka? Kau takkan tak nampak kereta aku ni? Memang kau ni banyak nyawa ke atau kau nak mati awal?!" Tengking lelaki itu.

"Maaf encik, tapi saya betul-betul tak perasan. Saya tak kisah kalau encik nak marah saya tapi, bahasa tu boleh sopan sikit tak?"

"Aku rasa ni dah yang paling sopan dah kalau untuk kau. Kau boleh tak lain kali tengok kiri kanan dulu sebelum nak lintas jalan raya?" Dia memandang Zahra serius. Kemudian kepala ditundukkan sedikit memandang jam pada tangan kanannya.

"Ni bukan salah saya sorang. Encik yang bawa kereta laju-laju buat apa? Kalau saya tak-." Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya, lelaki itu sudah mencela.

"Eh! Bising ah kau ni. Ke tepi sekarang aku nak cepat ni!" Katanya dengan tangan diangkat dan diposisikan ke hadapan wajah Zahra, menyuruhnya senyap sebelum dia melangkah memasuki keretanya semula.

Zahra mengetap giginya sebelum melangkah memberi lelaki itu jalan. Tangan digenggang membentuk penumbuk. Tadi, bukan main baik lagi bila dia terlanggar Zahra di dalam pekan. Sekarang bagai orang lain. Dia hanya melihat kereta itu dipandu laju.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now