—✴️—
Sudah hampir separuh hari kami 'bersidai' dalam bilik kesihatan. Kenapa bersidai? Ha...Ko tengok la luar sana. Tak, tak bukan makhluk hodoh yang melekat kat tingkap tu! Tengok atas sikit... Kan terik tu!
" Mak ai... Hangat mak! Awat tah pilih tempat ni? Membahang siak!" Kedengaran Riff mengeluh kuat sambil mengibas mukanya dengan kertas lipat.
" Nak kata ada kipas, kipas pun apa- gelombong El-Nino? Ah- yang aku tau angin panas macam kat rumah tok aku dah membahangnya !Syah la... Dia kata ada katil, boleh baring. Ni katil pun macam batu, keras tak sanggah! " Balas Furqa, mengelak dari terkena kipas pusing yang meniupkan angin panas.
Aswa pula tertidur dengan buku di kepalanya sambil peluh merintik dari lehernya. Syah hanya mengetap bibir.
" Ah, ya lah salah aku! Nak buat macam mana? Bilik ni ja la ada first-aid lama nak selamatkan kawan tu. Mau tidak dah lama aku lari pergi library, lagi sejuk. " Beritahu Syah, marah akibat suhu yang panas.
Bila sebutkan kisah tu, terus mereka terdiam. Dipandangnya si Aswa yang tidur.
" Hang tau dak kisah dia? "
" Tak, hang? "
Angkat bahu.
" Aku ingat dia tu budak lonely, tak tau lak dia ada orang crush. "
" Shh... Diam ahh nanti dia dengaq. "
Riff dan Furqa cepat-cepat tutup mulut. Syah hanya memerhatikan mereka. Dia pun tak tahu senior ' ketua pengawas ' tu orang macam mana. Tiada hak untuk buat pala tau.
" Weh nak buat apa ni, kalau sehari lagi aku kat sini. Jadi ayam panggang aku. " Syah akhirnya menukar topik.
Angkat bahu.
Tiba-tiba, seseorang menyampuk dari belakang. Nana dan Jasrina ke ruang menunggu bilik kesihatan. Mengibas-ngibas tudung mereka tanda panas.
" Weh panas. "
" Yes, we know. "
" ... Hampa kata ada geng lain kan kat makmal komputer? Boleh connect dak sekarang? " Jasrina memberikan idea.
" Wah... Kalau boleh duk dalam air cond pun Best jugak. "Nana membalas.
" Dak Nana, bukan kita naik atas sana. Depa yang kena turun. "
Mereka semua melihat Jasrina. Pelik. Dah aircond nak turun buat apa?
Jasrina mengeluh, melihat muka bingung mereka, sah tak faham apa-apa.
" You see... Aku tak kenai sesiapapun selain kami bertiga yang selamat. Well, ada Marsya. Tapi risiko nak cari dia tu tinggi and aku tak percaya dia hidup lagi ka dak. Ada jugak geng kelas kami tu, Syafiq... And the geng, which is safe because they betray us. "
" Tapi selain dari depa, aku tak perasan sesiapapun yang normal sejak keluaq kelas tu. Tapi, hampa kata ada lagi kan orang kat atas sana? Means ada lagi la yang maybe terselamat. " Terang Jasrina panjang lebar bersama gaya tangan membantu penjelasannya.
Mereka semua mengangguk-angguk faham. " Okay? So hang nak... Save them or what ? " Soal Syah bersama speaking dan gaya tangan meniru Jasrina.
" Well? Takkan nak depa terkurung kat sini? Bantuan? Aku rasa takkan sampai lah! Nak harapakan helikopter dari korea nak mendarat sini memang tak lah. " Merapu Jas tanpa sedar. " Abaikan yang last tu. "
" Maksud hang, kita nak cari yang hidup tu kan? Tapi macam mana? " Giliran Riff mensoal.
" Ada dua cara. Yang aku rasa gila tapi masuk akal and berkesan. "Ujar Jasrina, menunjukkan dua jemarinya.
" Satu, plan asal kami untuk tarik perhatian zombie ke arah speaker, so kami boleh keluaq. But... We can use that plan to call out all the human instead? " Mata Jasrina bersinar mengutarakan idea bernas yang jelas berbahaya itu.
Mereka menelam liur. Tarik perhatian manusia satu hal, tapi nak dapatkan P. A System tu... Mereka memandang sesama sendiri.
' Seluruh tempat dipenuhi zombie. '
" A-apa satu lagi idea? " Tanya Syah teragak-agak.
Jasrina mengeluh, dah Agak tiada siapa nak idea tu. Nampaknya Dania sorang yang gila nak volunteer kerja gila ni.
" Yang kedua, hang boleh ja contact orang atas, suruh depa send SOS kat mana-mana. Aku tau sekolah ni form 4 and form 5 phone mesti ada seludup masuk, so depa akan cepat-cepat tau maklumat terkini. "
Nana tiba-tiba bersuara. " Tapi... Kalau depa tak bawak phone macam mana? "
" Tu lah aku risau. " Itu saja kata Jasrina sebelum melabuhkan punggung di atas sofa lama itu.
" Yang kedua nampak selamat. Tapi yang kesian tu sisa dia lah. " Balas Syah.
" Hah, aku tau semua orang sama. Tak ada sorang pun berani wakilkan diri. You know, kalau Dania tak lompat keluaq dari tingkap, kami semua mesti terperangkap dalam kelas tu buntu tak tau nak buat apa. Budak-budak skema tu? Mana bawak fon. Dah sah mati kalau tak keluaq dari kelas tu. " Terang Jasrina panjang lebar. Meraup mukanya beberapa kali.
Mereka tercengang. Dia lompat keluar tingkap? Wth?
" Kita ambik ja dua-dua route, that way semua orang boleh tau and kita boleh panggil bantuan. " Satu suara serak menyampuk tiba-tiba.
Aswa mencelikkan mata. Tangan di mulut menutup nguapan.
Mata yang menusuknya menarik perhatian. " What? " tercengang akan mata yang tak berkelip tengok dirinya.
" Aku pelik macam mana jebon tu boleh single sampai laa. " Syah membisik di kalangan mereka. Terpegun dengan kecantikan muka baru bangun tidur si Aswa. Lainlah kalau dia tidur, dah macam mat lampir dah.
Oh mengapa dunia ini tidak adil.
" Setia kawanku, setia. " Furqa hanya menepuk-nepuk bahunya.
Jasrina pandang Aswa tak percaya. " Wait- hang nak pergi? For real?! " soalnya Agak teruja.
" Yeah yeah... Hang habaq ja plan nanti kami settlekan. Takkan lah kami lelaki nak kalah dengan perempuan terlebih berani tu? " Aswa tersenyum senget. Tak tahu sama ada dia tercabar atau tersakit hati buah hati tersiratnya buat perkara merbahaya.
" Ka-kami ? "
—✴️—
Disebabkan Line kat kampung saya Agak menjebon saya publish satu ni ja dulu okay?
YOU ARE READING
Cheat DAY [OG]
Mystery / Thriller(REPUBLISED) " Cheating will only give you nothing but death . " _•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_• Nama, tempat dan peristiwa tiada kena mengena dengan dunia realiti. Jalan cerita 60% my imaginasi, 20% kawan-kawan aku Dan 20% dar...
![Cheat DAY [OG]](https://img.wattpad.com/cover/301073177-64-k635024.jpg)