—✳️—
" Cepat! Cepat masuk! "Jerit aku lantang. Beberapa pelajar memakai uniform sukan melompat masuk ke dalam kelas. Hanya segelintir sahaja yang terselamat dilihat bilangan pelajar dalam kelas itu kian berkurangan. Selebihnya tidak sempat diselamatkan.
Nafas dikumpul kembali sebelum bercakap dengam semput. " Wh-what happened ?? "Tanya Jasrina tercungap-cungap. Aku tahu kalau bab berlari ni mesti dia fail. Tengok muka dia dah tukar warna hijau tu pun dah tau. Ajaib dia terselamat.
Mestilah dia selamat, dia kawan aku.
Aku hanya menggelengkan kepala. Semuanya terjadi begitu pantas. Memori aku sesaat lepas masih lagi kabur. Aku melihat sekeliling kelas aku. Nafas lega dilepaskan bila ternampak wajah Marsya dan Nana di bahagian belakang kelas.
Jeritan demi jeritan memenuhi koridor. Aku hanya melihat dengan pandangan kosong. Minda aku sangat blank. Sesiapa tolong sedarkan aku dari mimpi ini. Kejut aku dan cakap semua ini hanya mimpi !
PANG!
Lamunan aku tersentak apabila melihat kenalan aku dari kelas sebelah menepuk-nepuk tingkap minta dibantu tetapi diserang oleh makhluk itu sebelum aku sempat buat apa-apa. Aku melihatnya meracau-racau kesakitan apabila makhluk menyerupai manusia itu menerkam bahagian perutnya. Menarik keluar segala usus perut.
Name tag pengawas ' Yana ' akhirnya dibasahi darah sendiri. Yana, seorang pelajar yang idola ya. Tak patut dia mati macam ni. Tapi tengok dia terus bangun dan berlari macam orang kelaparan, aku rasa dia tetap idola. Jadi Zombie pun nampak segak macam mana?
Cukuplah memuji.
Aku mengundurkan diri ke belakang, perlahan-lahan aku menyelak langsir bahagian kanan kelas. Yes, mindaku secara automatik teringat balik drama korean yang aku tengok cuti minggu lepas.
Peristiwa sekarang.
"All of us are dead. "
—✴️—
Y'all better vote all the chapter for me to go this far.
YOU ARE READING
Cheat DAY [OG]
Mystery / Thriller(REPUBLISED) " Cheating will only give you nothing but death . " _•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_•_• Nama, tempat dan peristiwa tiada kena mengena dengan dunia realiti. Jalan cerita 60% my imaginasi, 20% kawan-kawan aku Dan 20% dar...
![Cheat DAY [OG]](https://img.wattpad.com/cover/301073177-64-k635024.jpg)