11- remember

33 6 0
                                    

Pening kepala , Jake mengusap dahinya yang berpusing . Nak kata dia mabuk semalam , tak dek nye lah .

Sejahat dia tak kan buat camtu

Unless...

" Kau dah bangun ? " Hera yang kebetulan baru sahaja selesai mandi dia menuju ke ruang tamu mahu menonton tv . Tak sangka Jake sudah sedar .

Jake angguk perlahan .

Gadis itu melabuhkan punggung di sebelah nya . Jake tersenyum sinis .

" Yah "

" Hm "

Hera pusing memandang wajah Jake . Di wajah lelaki itu terukir senyuman mengusik . Hera menelan air liur , teringat peristiwa semalam .

Dia mengambil bantal sofa dan menekup wajah Jake . Geram dengan muka dia tunjukkan .

" Annoying lah muka camtu " cepat Hera bangun menuju ke dapur . Malas mahu layan perangai Jake .

Dalam masa yang sama dia takut dan malu kalau kalau lelaki itu boleh ingat pasal semalam .

" Hera , Mak cik nak keluar beli barang . Jaga rumah , jaga Jake "

Hera sumbat biskut sebelum angguk laju membalas Puan Sim .

Selepas sahaja Puan Sim memberi sedikit nasihat untuk menjaga rumah . Bukan nak beli barang je , memandang kan suaminya akan sertai makan malam bersama , dia mahu siapkan banyak benda dan masak banyak hidangan .

Gadis itu masih malu untuk bertentang mata dengan Jake , dia ragu ragu mahu keluar duduk bersama di ruang tamu .

Dia nak terperap dekat dalam bilik , tapi dia perlu juga kemas ruang tamu yang tak sempurna dan selesa dimatanya . Hera tunggu di dapur menyamah biskut sambil tunggu Jake masuk ke dalam bilik .

KLAK !

Dengar sahaja seperti pintu tertutup , Hera tersenyum nipis , lega Jake sudah masuk ke bilik . Dengan hati yang tenang dia keluar ke ruang tamu .

" Lama duduk dalam dapur "

Terkejut gadis itu dibuatnya , penyapu yang digenggam mahu sahaja memukul wajah Jake yang duduk silang kaki di ruang tamu . Hera mencarut dalam hati .

Habistu apa bunyi pintu tadi

Gadis itu menelan air liur . " Tadi bunyi pintu apa ? "

Jake memandang Hera , laju Gadis itu mengalih pandangan .

" Tadi Mama datang lupa bawa dompet "

Hera gigit bibir bawah dia , Haish nahaslah .

" Kau kenapa Hera ? "

Baru sahaja gadis itu mahu menyapu bawah meja ruang tamu dia terhenti dengan soalan Jake . Perlahan dia bangun tegakkan badan .

" Kenapa apa ? "

" Kenapa aku pandang kau alihkan pandangan kau ? "

Habislah nak jawab apa ni . Dia mahu sahaja lari keluar rumah ataupun masuk bilik dia . Dia tak nak bagitahu perkara semalam sebab dia terlampau malu .

" Aaaa.. that kiss ? " Mendengar perkataan kiss itu , Hera menelan air liur . Dia nak menangis , tolong sesiapa selamatkan dia . Dia tak tahu nak buat apa , dia menahan malu .

Pipi dia yang putih mula kelihatan pink pink .

Melihat nada Jake yang tenang juga wajah yang sinis memandang gadis itu . Dia mengeluh kemenangan . Entah kenapa seperti dia bangga dengan tindakan dia .

५ Heather - JaSuKeWhere stories live. Discover now