2- tteok-bokki

61 8 0
                                    

Habis sahaja sekolah , laju Jihyun mengemas peralatannya . Dia mahu meninggalkan Jay .

Namun Jay sudah tahu dengan melihat perangai Jihyun . Lepas sahaja cikgu keluar.

Jihyun sudah siap mengemas dia menggalas beg dan sempat menjelirkan lidah kearah Jay . Laju dia lari meninggalkan lelaki itu .

" YAH ! AHN JIHYUN ! "

Pelik Jake melihat kelakuan dua orang sahabat itu .

" Dah kenapa tu ? " Tanya sunghoon datang dekat kearah Jake dan Rona .

" Comel diaorang berdua " Rona tersenyum menggeleng melihat perangai Jihyun dan Jay . Sejak sekolah rendah mereka begitu . Dia sudah tahu perangai mereka .

Jake menggigit bibir . Kebiasaannya apabila dia marah .

" Jom makan tteok-bokki , diaorang mesti nak kesana punya . " Sunghoon memeluk bahu Rona .

" Jake , kau pergi tunggu Hera , dia kena denda tak siap kerja sekolah " sambung sunghoon .

Lelaki itu hanya diam dan terus pergi ke kelas Hera .

Gadis itu atas bawah memandang Jake . Dia senyum kekok mengawal baldi yang di atas kepalanya .

Jake menyilang tangannya .

Dia sudah penat menjaga Hera yang sudah 18 tapi berperangai seperti 8 tahun .

Macam mana dia boleh lupa buat kerja sekolah , seingat dia Hera telefon di semalam ajak jalan jalan seluruh taman . Apabila dia tanya kerja dah siap ke belum , dengan semangat Hera jawab sudah .

Nak kata kasihan dekat Hera memang salah dia tak buat kerja . Dia hanya mengeluh perlahan .

Hera mendengar keluhan Jake dia mencebik .

" Pergi je la tinggalkan aku "

Jake ketawa kecil

" Nak buat aku rasa kasihan ke ? " Hera menarik nafas mendengar ayat Jake . Menahan rasa sedih apabila orang yang dia suka menuduh dia begitu .

" Aishh kalau kau benci kat aku pergi bla " Hampir sahaja Hera mahu mencarut . Dengan tangan nya yang lenguh memegang baldi berisi air di atas kepala dah penat .

Sampai lelaki yang dia suka pun rasa menyampah nak lihat .

" Lama lagi ke ? Cikgu Kang kata berapa jam "

" 15 minit . " Hera menjeling Jake tajam apabila melihat lelaki itu tak ambil kisah .

Hera mengeluh

Lelaki itu lama memandang Hera . Tiada ekspresi , hanya biasa . Gadis itu agak takut , dah kenapa renung lama lama .

Jake perlahan menyuruh Hera turunkan baldi itu . Gila perempuan itu tak nak turunkan , dia nak , tapi kalau dia buat centu makin teruk kena esok .

" Kau turunkan , aku bagi kau apa yang kau nak selama seminggu "

Hera tersenyum sinis sebelum dia letak baldi perlahan supaya cikgu Kang tak perasan . Lepas sahaja dia letak baldi itu perlahan .

Jake memegang pergelangannya dan pantas lari mengambil beg Hera dan keluar sekolah .

Agak tersentak gadis itu , tak tipu , dia berasa gembira dan malu .

Sampai sahaja di kedai tteok-bokki yang berdekatan .

" JAKE ! HERA ! SINI " panggil Rona .

Mereka berdua perlahan mengambil nafas . Hera tertawa apabila muka keletihan Jake sangat buruk baginya .

५ Heather - JaSuKeWhere stories live. Discover now