10- frustated

40 6 0
                                    

Jake termenung memandang siling biliknya yang putih . Sabtu ahad ni , apa lah dia nak buat .

Sunghoon dengan Jihyun...

Rona dengan Jay

Masing masing dah ada awek

" Jake " Hera yang baru sahaja selesai mandi , dia masuk menceroboh bilik lelaki ini , tanpa ketuk pintu .

Kening Jake terjungkit tertanya tanya mengapa perempuan ini masuk biliknya tanpa ketuk pintu . Di bibir Hera terukir senyuman mengusik . Dia tahan untuk tidak gelak , lagi lagi dengan muka Jake yang macam tak tentu arah .

" Kau dah kenapa " dingin Jake tanya . Tak dek mood mahu melayan gadis ini .

" Ooooh macam tu eh kau . Tak dek lah , dari kau duduk terperap dalam bilik macam anak dara , jom lah keluar ambil udara segar dari udara habuk air cond . " Pantas Hera capai alat kawalan jauh penyaman udara yang berada di atas meja Jake dan tutup .

Tidak mampu untuk mencarut , Jake bangun dan jeling Hera tajam .

Terasa gadis itu , dia pegang dadanya yang ala ala sakit hati melihat kebencian Jake padanya . Bantal di sebelahnya selamat sampai ke wajah bangga Hera .

" Bla "

Hera hanya mendecit tak puas hati sebelum keluar dengan membalas balik balingan bantal dan lari pecut sepantasnya .

-

" Ada apa appa panggil Jake ni ? " Dengan berpakaian kemas juga sut elok , Jake tergesa gesa pergi ke pejabat ayahnya selepas mendengar ada perbincangan di antara anak dan ayah .

Tuan Sim berdehem kuat , dia memandang anaknya lama . Berkerut dahi Jake .

Takut mahu bersuara dia hanya sabar mendengar jawapan ayahnya .

" Sim Jake , Papa nak minta tolong kamu sesuatu . " Jake menelan air liur , ragu mahu menjawab permintaan ayahnya . Kadang kadang permintaan itu boleh jadi teruk , susah dah gerun . Tapi dia tahu setiap permintaan ayahnya ada motif .

" Apa dia ? "

Muka bengis Tuan Sim bertukar menjadi ceria . Dia tersenyum seperti baru sahaja nampak pelangi .

Mana tak pelik anaknya . Jake hanya diam dan tertanya dah kenapa .

" Bila nak kahwin ? "

Soalan Tuan Sim mampu membuatkan anak lelakinya ternganga luas , ada juga keluar efek terkejut di mulutnya . Bukan sahaja terkejut , dia berasa malu , tertekan juga marah .

Dah kenapa ayah dia sorang ni , sekolah pun belum habis dah tanya pasal tu .

" Papa- "

" Kalau Jake tak dek calon , papa boleh carikan " Bertambah berkerut dahi Jake .

" Papa- "

" Jake nak syarikat ni tak ? "

" Tapi pa- "

" Jake kena kahwin . "

Kecewa , Jake menarik nafas sedalam-dalamnya mahu tenangkan hati yang bercampur aduk perasaan nya .

Dia nak , dia mahu pegang syarikat ayahnya , itu adalah cita-citanya . Menjadi seorang CEO bawah syarikat ayah sendiri .

Tapi dengan syarat ni buatkan dia fikir panjang . Kahwin ? Pada usianya ?

" Papa kasi kamu dua bulan fikir . Kalau kamu betul nak pegang syarikat ni kahwin . Papa tak kisah , itu syaratnya . Kalau tak jumpa papa carikan calonnya . Yes , forced marriage . "

Jake terkelu , dia mahu sangat bantah dengan syarat ayahnya . Tapi itu hanya mampu buatkan keadaan lagi teruk .

Jake marah akan ayahnya . Dari dulu dia paksa buat itu ini . Tapi dia harus patuh , dia tak mahu kecewakan ayahnya . Kalau tidak syarikat ini akan di pegang oleh abangnya yang berada di Australia .

satu lagi ayat . dia mati

-

Dengan masih kecewa , Jake perlahan memulas pintu rumah . Tidak mahu mengetuk pintu , Puan Sim pelik dengan perangai anaknya .

" Dah balik ? "

Lelaki itu memandang maknya lama . Dia mahu menangis , kenapa ayahnya begitu kejam dengan dia .

Dia ada calon

Tapi betul ke orang yang dia nak tu terima hidup dengannya ?

" Eomma " Jake kearah maknya dan peluk lama . Erat pelukan itu .

Tidak bersuara , Puan Sim faham , dia mengusap belakang anaknya .

" Dah bal- " Hera yang mendengar bunyi pintu rumah berbunyi , dia laju keluar dari biliknya .

Melihat anak lelaki yang lemah dan ibu nya yang peluk anak lelaki itu. Dia terdiam , sebelum senyum nipis .

' it must be nice..  '

" Oh Hera " baru sahaja gadis itu mahu masuk ke dalam biliknya semula . Suara Puan Sim menyahut nama dia , perlahan dia pusing .

Tersenyum kekok

" Jaga Jake sekejap . Mak cik nak ambil selimut "

Lah laju betul dia terlelap .

Tak nak dikira tidak beradab , Hera laju kearah Jake yang badan terhuyung-hayang mahu berdiri . Dia memapah dan perlahan letak di atas sofa .

" Aigoo " perlahan Hera mengeluh . Boleh tahan berat juga .

Diam , Hera memandang wajah Jake yang nyenyak tidur . Bulu mata dia yang cantik di bentuk nampak cantik , Bibir dia yang kelihatan lembut di renung lama .

Makin lama makin dekat wajah Hera dengannya . Tanpa ragu ragu Hera menyelak rambut yang menutup dahinya .

' hensemnya.. '

" Will you marry me ? " Tersentak Hera , dia terduduk memandang Jake yang masih pejam mata .

Dia berkerut

Did he just proposed me ?

" Jihyun.. "

ah.. Jihyun

Hera masih termenung lama bibir Jake . Dia menelan air liur .

Jake yang separuh sedar mengeluarkan ketawa kecil dia perlahan mendekatkan bibir dia dengan Hera .

Laju dan singkat dia kucup .

Hera terkejut dengan tindakan lelaki yang separuh tidur separuh sedar . Dah kenapa , gila ke ni . Pipi dia membahang .

Gadis itu hanya berdehem perlahan dan bangun untuk masuk tidur . Puan Sim yang baru sahaja jumpa selimut untuk anaknya pelik melihat perangai Hera diam masuk ke dalam bilik sendiri .

Puan Sim mengeluh melihat telatah anak dara sorang ni .

५ Heather - JaSuKeWhere stories live. Discover now