"Pasal Hanif ke? Kenapa dengan dia." Puan Karlisa ingatkan pasal anaknya Hanif, adik tiri Rafiq.

"Eh tak, pasal Rafiq."

"Hmph...ha kenapa dengan budak menyusahkan tu?" Tanya Puan Karlisa acuh tak acuh.

"I ingat nak bawa dia duduk dekat rumah kita nanti." Kata Tuan Zahran.

"What?! You dah gila ke! You pun tahu kan selama ni I tak pernah sukakan budak tu. Kenapa You nak kena sibuk-sibuk ajak dia datang sini duduk sini!"

"I dah penat Lisa! I dah penat digelar sebagai lelaki yang tak bertanggungjawab. I seorang bapa tapi tanggungjawab tak pernah dilaksanakan.....tapi tak bermakna I kena berbaik dengan dia."

"Hmm, maksud You?" Tanya Puan Karlisa dengan raut wajah tidak faham.

"I cuma jaga dia dari segi makan pakai, minum dan tempat tinggal saja. Selama ni Mak Jah dan Pak Amir yang menguruskan Rafiq, biar kalini kita pula menggantikan tempat mereka." Jelas Tuan Zahran.

Puan Karlisa tersenyum sinis. Otaknya ligat berfikir tentang rancangan barunya.

'Peluang baik ni....bolehlah aku akan buat budak tu dibenci oleh semua orang termasuk mak dan ayah kandung dia sendiri....hehehe.' kata suara hati Puan Karlisa.

"Erm....I pun ada terfikirkan pasal tu juga. Selama ni kita hanya lepaskan tanggungjawab dekat Mak Jah dan Pak Amir je. Biarlah mereka berehat pula kalini." Sahut Puan Karlisa dengan senyum palsu.

Sangat penuh dengan kepalsuan....

"Baguslah kalau You pun rasa benda yang sama. Minggu depan lepas je dia balik dari rumah Marissa, I terus jemput dia. Macam mana?"

"I setuju..." Balas Puan Karlisa dengan senyuman sinis.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di kawasan taman permainan...

Rafiq, Faris dan Aisyah kini sedang keluar untuk meluangkan masa bersama.

Irfan tidak dapat menyertai mereka kerana ada kem motivasi yang perlu dia hadiri.

Faris dan Rafiq kini sedang duduk di kerusi batu yang tersedia di taman permainan sedangkan Aisyah sedang menemani budak-budak kecil bermain di taman permainan itu.

"Hei Ris, macam mana dengan apa yang kita bincangkan masa balik sekolah tu?" Tanya Rafiq sambil melihat wajah Faris.

"Hmm? Pasal apa? Aku rasa kita tak ada bincang apa-apa pun." Balas Faris selamba.

"Alah pasal kau dengan Aisyah- hmmp! Hmmp!" Mulut Rafiq ditekup dengan kuat oleh Faris.

Takut Aisyah terdengar lah tu!

"Apa kau tekup mulut aku ni! Dah lah bau ikan masin!"

"Janganlah cakap kuat-kuat! Nanti dia dengar, habislah aku." Kata Faris sambil memerhatikan Aisyah yang sepertinya leka bermain dengan budak-budak kecil itu.

"Ha! Baru kau nak ingat. Lain kali bila aku tanya terus jawab dengan jujur. Tak payah nak buat-buat lupalah, tak ingatlah. Alasan!" Balas Rafiq sambil memandang Faris dengan senyum mengejek.

DERITA UNTUK BAHAGIAWhere stories live. Discover now