"The fu—"

"Kami periksa di dalam, keadaan rumah bersih. Cuma... terdapat sehelai nota yang ditinggalkan." Security guard itu menghulurkan kepada Ziyad sehelai nota berwarna biru cair.

'Stop playing around with my future wife, Ziyad Hayder. You will facing with your death if you do so :)'

"Daniel.." Gumam Ziyad perlahan. Ziyad memandang dua orang security guard di hadapannya itu, "kau dah make sure rumah tu selamat untuk aku dan anak aku bermalam?"

"Sudah tuan." Ziyad mengangguk. Kunci kereta di campak ke arah salah seorang security guard yang berdiri di hadapannya.

"Park kereta aku. Nak hantar kunci, ring the bell." Ziyad mendukung tubuh Eryan. Dia menuju ke lif. Dia menekan punat lif itu.

"Erm..." Eryan menggumam di dalam tidurnya. Pantas sahaja Ziyad menepuk dan mengusap belakang tubuh Eryan agar anaknya itu kembali lena diulit mimpi.

"Sleep well, son."

***

Ziyad menghembuskan asap rokok ke ruangan udara. Jarum jam sudah menunjukkan jam 5 pagi tapi dia masih tidak lena.

Fikirannya menerawang entah ke mana. Sekejap fikirkan ibu bapanya yang kini sedang menjalankan kuarantin di hospital kerana di sahkan positif Covid-19.

Kemudian, dia terfikir pula pada adik kembarnya, adik iparnya dan adik bongsunya. Baik-baik sahaja kah mereka di mansion mewah itu? Makan semua cukup atau tidak?

Begitulah hakikat menjadi anak sulung. Selalu memikirkan semua benda. Lagilah dia lelaki, dia seperti ketua keluarga untuk Zain dan Zayra.

Puntung rokok di cucuh ke ash tray. Dia masuk ke dalam bilik air lalu dia berkumur. Gigi di gosok lalu dia mengambil air wuduk. Bersedia untuk menunaikan solat subuh.

Selesai Ziyad berwuduk, dia duduk di meja kerjanya. Lampu di meja kerja itu dihidupkan lalu dia menarik sebuah buku.

"Sarah.."

Ziyad menarik laci. Sebuah kotak cincin dikeluarkan. Bagaimana penerimaan Sarah sebaik sahaja dia memberikan gadis itu sebentuk cincin yang berharga RM 80 000 itu?

Berbaloi tak?

Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaannya kepada Sarah bahawa dia sangat cinta dan sayangkan Sarah separuh mati.

Bermula dengan pergaduhan dan perkataan 'benci' namun dari pergaduhan bertukar kepada sayang dan perkataan 'benci' bertukar kepada 'cinta'

Klise, bukan?

***

"Yad." Ziyad berkerut dahi mendengar suara Zain. Kenapa lemah semacam? "Zain, kau kenapa?" Soal Ziyad.

"Mummy..."

"Kenapa dengan mummy?"

"She's death... oksigen dia dropped pagi tadi." Ziyad terkedu. Dia terduduk di atas katilnya semula. Cadar katil digenggam kuat.

Seketika dia meraup wajahnya. Mengharapkan bahawa ini semua hanyalah mimpi dan apabila dia bangun, ibunya masih ada.

"Doktor telefon aku. Mummy akan dikebumikan mengikut SOP yang telah di tetapkan. Kita tak boleh pergi. Tak boleh cium mummy." Ujar Zain lagi.

"Kau tipu.. kan?" Ziyad senyum hambar. Kelopak matanya terasa panas. Mungkin, bila-bila masa sahaja air mata jantannya akan membasahi pipinya.

"Aku... aku tak tipu." Zain menarik nafas dalam. Sedalam-dalamnya, "daddy pulak... dia dikejarkan ke ICU. Dia sekarang bernafas dengan bantuan mesin pernafasan."

Ya Allah... dugaan apakah ini?

"Kalau kau boleh curi-curi keluar, baliklah sini. Kita buat tahlil adik-beradik." Pinta Zain. Ziyad meraup rambutnya ke belakang.

"Ziyad, respon Ziyad. Jangan diam." Desak Zain. Risau jika Ziyad tidak boleh terima dengan berita yang sungguh mengejutkan itu.

Ziyad memutuskan panggilan.

Kemudian...

Pak!

Telefon pintarnya dicampak ke dinding. Pecah berkecai telefon itu di atas lantai. Air mata Ziyad bercucuran jatuh membasahi pipinya.

Ibunya sudah tiada...

Dia belum sempat hendak menjadikan Sarah isterinya. Arwah Puan Aisyah sangat-sangat berharap bahawa Ziyad dan Sarah akan mendirikan rumahtangga secepat yang mungkin.

Dia mahu melihat Ziyad bahagia dengan Sarah.

Dia yakin, Sarah mampu untuk membahagiakan Ziyad.

Namun kini, tidak sempat. Puan Aisyah sudah pergi berjumpa dengan Ilahi. Tidak sempat wanita itu untuk menerima Sarah sebagai menantu. Sebagai ahli keluarga mereka yang baru.

"Mummy..." Dia memanggil perlahan.

"Ziyad, jaga adik-adik Ziyad. Ziyad abang yang baik kan?"

Satu persatu memori indah dia bersama dengan ibunya kembali belayar.

"Mummy sayang Ziyad... siapa cakap mummy lebihkan Zain dan Zayra? Mummy sayang anak-anak mummy sama rata, sayang." Pujuk si ibu.

Rambut anaknya di usap perlahan. "Ziyad putera sulung mummy. You're my hero, Ziyad hero adik-adik Ziyad."

Ziyad yang baru berumur 10 tahun itu mengesat air matanya. "Ziyad sayang mummy."

"Manjanya abang ni.. nanti adik-adik tengok. Malulah."

"Eee! Ziyad cengeng! Manja betul! Kau lelaki la, Yad! Mengada nak menangis bagai!" Ejek Zain. Berdekah dia ketawa melihat abang kembarnya menangis di riba ibu mereka.

"Tuan Zain Hayder." Tegur Puan Aisyah. "Hahahah I'm sorry mummy tapi kelakarlah! Ziyad nangis? Dekat sekolah bukan main belasah anak orang sampai lunyai!"

"Mummy.."

To Be Continued.

Haluuu✌️

nah, tak sabar nak buat Ziyad menderita hikhik. Sooo mari vote sehingga 900 teman ii. Nanti eisha update lagi.

ouh hehe, ni last update before saya hiatus😪

ouh hehe, ni last update before saya hiatus😪

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ziyad HayderWhere stories live. Discover now