"Haih, Ya Darren ... Pergi lah balik , reen pun nak balik"kata Reen

Darren menghela nafas lega . Bersyukur dia apabila Reen sudah tidak berkasar.

"Jom aku hantar kau dekat kereta"kata Darren Lalu dia menarik lengan Reen

*

*

*

"Jahit apa?"soal Ethan sambil memandang Kay dengan pandangan bersahaja.

Kay pula hanya diam , tidak mahu membalas soalan dari Ethan itu . Walaupun sebenarnya dia agak goyang sedikit dengan pandangan Ethan.

"Please Kay , jangan buat aku ulang soalan"kata ethan mendalam .

Kay masih tidak membalas , dia masih berdiam diri. Ethan mengetap rahangnya. Geram apabila soalannya tidak di balas.

Ethan menarik tangan Kay ke arah motorbikenya .

"Eh lepaslah Ethan"kata Kay

Baru sahaja Ethan ingin membuka mulut ,tiba tiba Kay ditarik ke balakang oleh seseorang.

Ethan memandang Que tajam . Tangannya di genggam , ditahan dirinya daripada rasa ingin memukul wajah Que yang memegang gadisnya.

"Dia taknak , tak payah paksa"kata Que . Kay memgerutkan dahi . Di tarik tangannya daripada genggaman Que .

"Kau tak payah masuk campur"kata Ethan sinis

Que membalas senyuman sinis ."ikut suka hati akulah nak masuk campur ke tak, Kay pun bukan kau punya"balas Que

"Dear~~~"Ethan memandang Kay , di tarik lembut Kay ke arahnya. Kay hanya menurut. Wajah Ethan yang sedikit tinggi darinya di pandang.

"Kau dengan aku ada hubungan ke?"soal Ethan lembut . Terkebil kebil Kay dibuatnya .

"A-ada"balas Kay . Terus Ethan mengalihkan pandangannya ke arah Que semula .

"Paham?"soal Ethan sinis. Que mengetap gigi kuat .

"Aku tak percaya"balas Que lalu dia menarik Kay semula . Di bawa Kay menjauh dari Ethan .

Kay menarik tangannya semula , terkejut dengan tindakan Que yang gila itu.

"Budak bodoh "Kata Ethan lalu menghadiahkan satu pukulan di muka Que .

"Itu padahnya ganggu aku dengan girl aku"kata Ethan kasar .

Eriq yang baru tiba itu hanya mendiamkan diri , tadi Reen dengan Darren , sekarang Kay dengan Ethan , susah betul jadi single ni.

"Sh*t"carut Que.

"Yow Ethann"Syah mengangkat tangannya ke arah Ethan . Ethan hanya memandang sepi.

"Kau pergi settle mamat tu , menyemak je"kata Ethan dingin lalu dia meninggalkan syah dan pergi bersama Kayla

"Kau Eriq kan, Ambil kunci motor aku , pastikan motor aku parking elok dekat vip parking tu"kata Ethan memdatar lalu dia menarik Kay ke arah kereta.

Pintu keretanya di buka. Mujurlah dia meninggalkan keretanya di sekolah semalam . Nak naik kereta Kay pula sudah hancur.

Setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta , Ethan mula memandu keluar dari perkarangan rumah

"Nak pergi mana? Aku nak balik lah Que"ujar Kay , dia gagahkan diri untuk membuka mulut walaupun pinggangnya sekarang mungkin sudah berdarah.

"Shit , kau rindu sangat ke dekat Que Kay? Aku memang dah tak ada dalam hati kau ke?"soal Ethan

"B-bukan la Ethan, aku tersasul"balas Kay

Ethan kembali fokus kepada pemanduannya semula.

"Ethan..."panggilannya tidak di jawab .

"Ethan sakit.."Kata Kay

Ethan pusing memandang Kay . Wajah gadis itu jelas sedang menahan sakit . Tiba tiba Kayla menunjukkan tapak tangannya yang berlumuran darah .

"love , apa ni? Kau kena apa?"soal Ethan cemas .

"Pinggang.... "Kata Kay lemah. Tangannya memegang pinggang belah kanan .

Tanpa membuang masa, Ethan terus pecut ke Hospital . Tidak kesah Kay tak membalas soalannya . Yang penting sekarang ialah keselamatan Kay.





*

*

*

Kay menyandarkan badannya di katil. Bangun sahaja dia sudah berada di dalam wad vip itu. Turut di sapa oleh ahli The Rose yang sedang tidur di atas sofa dan katil yang disediakan.

"Mana Ethan?"soal Kay apabila Reen berjalan ke arahnya dengan membawa beberapa buah- buahan.

Reen memandang sahaja, selepas dia duduk di atas hujung katil barulah dia membuka mulut.

"Dia.... Dia dah tahu kau kena tikam dengan orang suruhan pablo tu"kata Reen

Kay membuntangkan mata .

"Erm sekarang mungkin budak tu tengah kena pukul maybe......"balas Reen

"Macam mana dia tahu budak tu yang tikam aku, kau bagitahu ke Reen?"soal Kay

"Eriq lah , bukan aku"kata Reen

"Cuba kau call boyfriend kau tu , aku takut diorang kena tangkap pergi balai je"ujar Kay .

"Kalau dia angkat , sekejap"Reen mengeluarkan telefon miliknya lalu nombor telefon Darren di dail.

Setelah beberapa saat akhirnya talian itu disambung.

'Hello tesoro , rindu aku ke ?'soal Darren di hujung talian.

'Hmm boleh la . Darren dekat mana?'soal Reen

'Dekat luar lah, dengan The boys'balas Darren

'Buat apa?'soal Reen lagi . Darren hanya diam .

'Pukul orang'balas Darren bersahaja. Dan seterusnya bunyi suara lelaki menangis kedengaran .

'Cakap dekat Ethan , kay lari dari hospital'kata Reen lalu dia mematikan panggilan.

"Eh bila masa aku lari hospital. Kau tipu kenapa?"soal Kay

Reen hanya membuat bodoh. Dalam beberapa minit nanti datanglah si Ethan tu . Tunggu je la Kay.









Tbc

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now