Part 39

1K 109 10
                                    






      "Kau dah lapar sangat ke?"soal Kay kepada Eriq

"Ya . Dari pagi tak makan . Aku tak sempat breakfast"balas Eriq

Kay memandang barisan di hadapan . masih panjang lagi untuk si Eriq membeli makanan .

"Pergi je lintas ke depan tu"balas Kay .

"Tak nak lah , aku budak baik . Pelajar contoh. Nanti takada orang nak undi aku jadi Kp" balas Eriq

"Ouh itu je la sebab kau buat baik"balas Kay . Eriq tergelak kecil .

"Bang beli la cepat , kitorang lapar dah ni"kata si Junior . Makcik kantin sudah menyediakan makanan namun The Boy masih belum membeli .

Mereka masih statik di hadapan. Ethan pula bersandar sambil memandang belakang . Lebih tepat kearah Kayla .

Wawa , Reen dan Rai sudah duduk di meja . manakala Kay dan Moon sedang beratur untuk membeli makanan . Patutlah barisan dari tadi tidak bergerak .

Kay menghela nafas berat. Si Ethan itu saje je tidak mahu membeli makanan.

Dari tadi Kay cuba mengabaikan pandangan Ethan kepadanya. Dia membuka langkah ke hadapan

"Ethan."panggil Kay

Ethan mengangkat keningnya apabila Kayla sudah berdiri di hadapan dirinya.

"Kalau kau taknak beli makanan kau tak payah buat roblox dekat sini"kata Kay

Namun Ethan hanya beriak biasa sahaja.

"Ethan ..... Budak lain nak makan. Kau tak kesian ke dekat diorang"kata Kayla

"Wangi la , kau tukar perfume lagi ke baby?"soal Ethan . Pelajar lain sudah terkedu mendengar butir bicara Ethan .

"Ya"balas Kay malas . Ethan mengarahkan rakannya yang lain untuk membeli makanan dahulu .

"Tapi aku suka yang sebelum ni , esok kau pakai yang sebelum ni okay? Nanti aku beli banyak banyak kau pakai okay baby"kata Ethan

"Suka hati kau la ethan , sekarang suruh kawan kawan kau ketepi supaya budak budak lain boleh beli makanan"kata Kay

"Boleh tapi ada syarat"balas Ethan dengan senyuman sinis

Kay mengangkat sebelah keningnya " apa?"balas kay

"Teman aku makan"kata Ethan . Kay menarik nafas panjang.Makan je la seorang , nak kena teman pulak .

Ethan memandang ke arah Kay yang masih. Berfikir .

"Cepat la sayangku , jangan sampai aku tukar fikirannn"kata Ethan

"Fine. Aku teman kau makan"kata Kayla lagi. Geram .

"Good girl. Lets go baby"Ethan tersenyum sinis lalu menarik Kay untuk duduk bersamanya .

"Bawa makanan aku"kata Ethan kepada The boy .

"Ye memang aku kuli"kata Syah

Pelajar lain hanya melihat. The boy dan The Diva tidak lepas dari melihat mereka.

"Siapa budak tu?"soal Ethan sambil bermain dengan rambut Kayla

"Budak mana?"kayla mengerutkan dahi.

Ethan menarik kerusi Kayla ke arahnya . "budak tadi dear..."kata Ethan

"Ouh Eriq. Junior"balas Kayla

"Junior ....hmm kalini di maafkan "ujar Ethan . Matanya tidak lepas dari memandang wajah cantik Kay .

"Kau tengok muka Que , muka cemburu tambah tak puas hati"kata Rai yang berada di meja bersama Reen . Wawa telah pergi untuk membeli makanan .

"Biasa lah diorang kan selalu tak puas hati dengan kita . Ada je yang tak kena . Nanti dalam kelas adalah tu diorang sindir sindir"kata Reen

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now