"Sesungguhnya aku hanya takut pada Tuhan yang satu, Allah SWT dan bukan pada kau, makhluk terlaknat!"

Saka itu mengamuk besar. Dicengkam tubuh Amri lalu dihentak-hentak ke batang pokok. Dihunjam segala kemarahan pada manusia yang tampak kerdil baginya.

Pandangan Amri sudah berbalam-balam. Menanti masa untuk hilang dari dunia.

Tak semena-mena Amri rasa tubuh terasa ringan. Hilang sudah cengkaman yang tadi menikam sendi tubuh.

Celik mata, kawasan sudah berubah. Hilang sudah kawasan hutan yang tadinya sekadar ilusi.

"Amri!" Terkoncoh-koncoh Nabil menghampiri. Mata terbelahak melihat empat orang yang tadi masuk ke dalam rumah tersadai bagaikan orang tenat.

Alunan surah yassin bergema jelas. Di hadapan berdiri Sulaiman yang mengetuai. Di belakang, penuh orang-orang kampung yang membantu.

Amri lemah dalam pelukan Nabil. Dia cuba bangkit namun perit.

"Apa jadi, Bil?"

"Abi Sulaiman datang untuk bantu kita. Zack yang uruskan semua penerbangan mereka. Zack contact aku untuk tahu location."

"Mana Zack tahu?" Amri gagahkan tubuh untuk bangkit.

"Cikgu Syuhada kritikal. Kena tahan wad dulu sebab tubuh dia susut." Jelas Nabil tanpa sedar membocorkan rahsia.

"Apa? Kritikal?" Terus bersemangat tubuh Amri. Dia duduk betul-betul.

"Er... Tu tak penting. Kita kena tolong abi dulu. Selesaikan hal dekat sini. Tentang cikgu tu, Zack ada. Kau jangan risau. Aizat belum keluar lagi ni walaupun kawasan dah dikepung."

Amri melilaukan pandangan. Baru tersedar langit sedikit cerah berbanding sebelum dia masuk ke dalam rumah.

"Pukul berapa?"

"Lima pagi."

"What? Tak sampai satu jam pun aku dekat dalam."

"Kau orang dekat dalam lebih lima jam, Am. Kau semua dah terjerumus dalam permainan dia. Dia dah perangkap kau."

Bungkam.

Nabil payah Amri bangkit. Izuan dan Putera tak terlepas juga untuk alihkan tubuh Amran, Ameer dan Afiq yang terkulai.

"Aizat tak keluar ke?"

"Belum."

Mata Amri menyoroti Sulaiman yang berdiri dengan di tangan kiri ada balang garam.

"Abi tengah panggil dia keluar. Dia akan rasa terbakar dan keluar."

Seperti kata Nabil, bergema kuat jeritan yang bunyinya boleh menggemparkan seluruh kawasan itu. Bahkan jeritan itu mematikan alunan suci yassin dari beberapa bibir orang kampung di situ.

"Teruskan!" Arah Sulaiman tegas.

Dalam ketakutan, diteruskan jua. Ada antara mereka yang berlari pergi, tidak sanggup berhadapan dengan satu situasi yang tidak mampu dijangka.

Melihat ramai yang lari, menimbulkan rasa gerun dalam diri baki manusia di situ.

"Takut hanya pada Allah!"

Digertak atas nama Tuhan, kaki terasa lemah. Iman cuba dipertahankan dari goyah.

"Keluar Aizat Uqaish!"

Dibaling lagi garam. Bibir menuturkan surah Al-Nas berulang kali

"Jangan ganggu aku!!" Suara garau yang kasar itu menggaum.

"Keluar!!" Turut sama meningkat oktaf suara. Angin yang mula menampar kuat sedikit pun tidak menggertak Sulaiman. Masih utuh di situ walaupun ramai orang kampung pergi menyelamatkan diri. Meninggalkan beberapa sahaja di situ.

Dedicated To Wife ✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin