Bab 27 (prekuel?)

Start from the beginning
                                    

Azazel mengalirkan elektrocas ke badannya. Tuan Zachary mengerang kesakitan. Zander bergegas mendapatkan ayahnya separa terbaring atas lantai.

"Ayah! Ayah okey?" Zander membantu ayahnya duduk. Menggepal penumbuk. Rasa nak lunyai kepala jantan tu cukup-cukup.

"Zander... Tolong Puan Mawwar. Jangan bagi Azazel sentuh sikit pun dekat isteri Tuan Asnawi. Anak dia dua-dua sini."

"Ha?? Termasuk Ammara?" soal Zander lagi untuk kepastian. Tuan Zachary tidak bohong. Memang benar adik Nawwar turut serta.

Zander bangkit meninggalkan Tuan Zachary yang masih terduduk di lantai. Pantau dari jauh. Bukan boleh percaya Azazel bab perjanjian. Mulut sembang kata nak aktifkan sumpahan dalam badan Nawwar, padahal ada rancangan lain.

Di pihak Puan Mawwar, wanita itu merengus kasar. Pedang diacu kepada Azazel, sebagai pelindung diri. Pawana sejuk menampar wajahnya yang penuh kotoran. Skarf kainnya kelihatan berterbangan.

"Kau rupanya dalang semua ini! Kau bunuh nyawa tak bersalah dekat pulau Afwah!" lantang Puan Mawwar bersuara. Sedikit tidak berganjak ke belakang malah mara beberapa langkah ke hadapan. Jiwa pahlawan menguasai dirinya.

"I'm the master of revenge. What do you expect, huh?" Tawa besar Azazel. Bandar suci? Mengarut.

"Hm... Anak laki kau dekat sini rupanya. Mudah kerja aku," sinis Azazel berbicara. Menepuk tangan perlahan. Berkalih memandang Nawwar memeluk Ammara dari jauh.

"Kau jangan buat dekat sini! Adik dia ada..."

"Kau fikir aku kisah adik dia ada ke tak ada? Aku nak perjanjian suami kau ditepati!" Tak sempat Puan Mawwar buka langkah satu libasan thread manipulation terkena pada dadanya.

"Ibu!!" jerit Nawwar ketakutan. Puan Mawwar melutut ke tanah sambil memegang dadanya.

"Ammara, duduk sini. Abang nak serang penjahat tu." Lengan Nawwar ditarik kuat oleh Ammara, tidak mahu dia masuk campur.

"Abang... Adik takut..." adu Ammara. Masih berkeras tak mahu Nawwar ambil risiko.

He can sense the fear in her eyes.

"Percayalah, abang okey je. Ha tengok, abang kuat tau. Hiyargh! Huh!" Terus Nawwar posing ala-ala ahli angkat berat dekat gym. Otot bisep tak berapa nak ada. Gelak sakan Ammara mengejek dia.

"Duduk sini je. Tak pun pergi dekat ibu, jaga dia. Please," rayu Nawwar seraya menyelit juntaian rambut yang hampir menutup wajahnya.

Ammara sekadar mengeluh. Nawwar membawa keluar pedang miliknya. Dalam sesaat, dia teleportasi dan terus menyerang Azazel tanpa rasa takut. Api membara pada bilah pedangnya.

"Nawwar!! Come back here!!" Seruan Puan Mawwar tidak diendahkan Nawwar. Dadanya terasa sesak. Bagai dihempap batu padanya. Bahunya ditunjal seseorang lalu kepalanya berpaling ke sebelah kiri.

"Ibu... Abang sendiri nak lawan dia..." cebik Ammara. Pipi anak perempuanya diusap lembut. Benar kata Tuan Zachary, Ammara tidak seharusnya ikut misi ini.

"Ammara... Ibu nak adik duduk sini. Ibu nak halang Nawwar daripada serang Azazel." Skarf ungu dilipat lalu diberikan pada anak perempuannya.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now