AK 8

26 7 2
                                    

Sudah masuk bulan puasa. Ingatkan bulan penuh kesucian, tiadalah manusia yang bernafsu. Kemungkinan dah ikat nafsu tu bersama Encik Syaitan. Rupanya...

Aisya hanya memandang. Mencari idea untuk mengalih perhatian si dia tanpa membuatkan dia rasa terganggu. Berjaya seketika namun akhirnya, dia sendiri yang minta untuk melihat zakar si dia yang sedang tegang itu. Bukan kerana dia terangsang tapi dia mahu menghabiskan sesi melihat aksi itu dengan cepat. Kerana Aisya tahu, si dia suka mengambil masa yang lama untuk ejakulasi.

Sebaik saja si dia selesai, mereka berpamitan. Namun kemudian, ada saja yang mahu disembangkan. Akhirnya mengambil masa hampir 15 minit untuk tamatkan panggilan.

Aisya mengeluh.

Walaupun melalui panggilan video, dia tahu, itu tetap salah. Walaupun dia tidak menunjukkan auratnya. Masih tertutup. Tetapi perbuatannya itu dikira zina. Menghampiri zina. Walaupun dia tak melakukan onani seperti si dia. Tapi, dosa tetap berdosa.

Satu, dosa melihat aurat si dia. Kedua, dia meransang si dia. Sudah dikira mengajak ke maksiat. Ketiga, menghampiri zina.

Allahu... Dia baru mahu menginsafi dirinya. Menjadikan bulan suci ini sebagai permulaan hidup barunya dan mendekati Allah. Namun, Allah datangkan lagi ujian. Yang meragut keinsafan dalam dirinya. Dia benar-benar diuji dengan nafsunya sendiri.

Jadi? Salah nafsu atau syaitan bila dia sendiri tak mampu mengawal dirinya?

Ecah bangun. Mandi. Dia turut mandi wajib walaupun sebenarnya dia langsung tak keluarkan air ghairah. Kerana dia langsung tak ada rasa ghairah itu.

"Macam mana lah kalau kahwin. Suami minta nak jimak. Mau kena beli lubricant ni. Nak bagi berair. Biar senang masuk. Erm... Kata kalau kurus, boleh hilangkan PCOS. Ni, sama je. Ke ni faktor usia?" Tanya Aisya sebaik selesai menunaikan solat terawih sendirian.

"Ecah tak payah pakai lubricant. Ecah cuma perlu dirangsang dengan sentuhan." Satu suara datang dari katilnya.

Aisya segera mengambil telefon bimbitnya. Dia terus memandang skrin telefonnya yang ada si dia.

"Bukan tadi dah tutup ke?" Tanya Aisya.

"Ya. Tapi lepas tu, Aisya call. Saya angkat. Aisya tak ada. Saya agak Aisya tertekan. So, saya biarkan sajalah. Nak intai anak dara tu buat apa. Baik Ecah ni. Solat tak tinggal walaupun lepas layan saya." Balas si dia.

"Jap. Awak nampak apa?" Tanya Aisya.

"Tak nampak apa, sayang. Saya dengar Ecah mandi. So, saya biarkan sajalah. Kot nampak ke. Tapi, nampak siling saja. Tapi, saya biarkan sajalah. Saya pergi mandi. Solat. Tunggu Ecah selesai solat. Baru saya tegur." Katanya.

Aisya tarik nafas lega.

"Dah. Awak pergilah tidur." Arah Aisya.

"Meh sini. Nak kiss dahi Ecah." Kata si dia.

Aisya meletakkan kameranya didahi. Si dia mencium. Kemudian dibuat seperti mengusap kepala Aisya.

"Pergi lipat telekung tu. Kita tidur sama-sama. Saya tunggu." Arah si dia pula.

Aisya hanya menurut. Dia kemudian mengambil tualanya dan diletakkan dikepala. Lampu turut ditutup. Tinggal hanya lampu beranda diluar.

"Meh. Ecah baring atas dada saya. Saya peluk pinggang Ecah. Kiss ubun Ecah lagi sekali. Wangi rambut Ecah." Kata si dia.

Aisya senyum.

Dia suka keadaan tu. Dia suka bila dia membayangkan tidur dalam keadaan begitu. Rasa selamat. Rasa dimanjakan.

"Ecah usap-usap perut awak. Ecah kiss bibir awak. Pastu, Ecah baring balik." Balas Aisya.

Si dia ketawa.

"Nakal sayang saya ni." Kata si dia.

Aisya hanya senyum. Membayangkan jika dia benar adalah isteri lelaki itu. Dia membayangkan hari-harinya yang indah. Dilayan dan dimanjakan lelaki itu. Sama seperti apa yang si dia selalu lakukan dengannya.

"Berangan." Kata Aisya.

"Insya Allah. Suatu hari nanti." Balas si dia.

"Awak nak ke kahwin dengan saya?" Tanya Aisya.

"Kebahagiaan tu tak semestinya perkahwinan. Andai ada jodoh, adalah. Saya tak mengharapkan perkahwinan untuk bahagia. Yang penting, kita rasa bahagia. Saya dan Ecah." Balas si dia.

Aisya cuma angguk.

Walaupun agak kecewa tapi Aisya hanya mampu untuk setuju. Dia tahu trauma si dia. Jadi, dia tak mahu mendesak. Lagipun, dia sendiri belum bersedia ke arah sebuah perkahwinan kecuali untuk keperluan biologinya saja.

Sedangkan perkahwinan itu adalah sebuah komitmen seumur hidup. Seluruhnya. Bukan hanya mahu berseronok. Akan ada air mata gembira dan sedih. Terluka dan melukakan. Ada banyak hati juga mahu dijaga untuk setiap pergerakannya.

Mungkin dia terlalu berfikir. Tapi, itu lah yang dia rasakan. Perkahwinan itu disuruh permudahkan tetapi bukan memudahkan dan ianya tak mudah untuk dilaksanakan.

Dengan PCOS nya yang akan mengakibatkan keupayaannya untuk mengandung adalah rendah. Belum lagi masalah kesihatannya akibat PCOS ini. Kencing manis dan depresi.

Orang berkata memang mudah. PCOS boleh dirawat. Ubah gaya hidup. Betul. Ada yang dah berjaya dan perkongsian itu juga dari orang yang berjaya melawan PCOS mereka. Tapi, Aisya bukanlah seorang pejuang. Sudah banyak kali dia menyerah kalah.

Akukah?Where stories live. Discover now