AK 26

48 9 4
                                    

Jabir membuka pintu rumah Aisya. Berbulan dia pendam rindu. Terserempak dengan Aisya menerbitkan kembali rasa rindu yang menggebu. Oleh itu, dia datang seperti pencuri lagi malam ini.

Tapi sebaik masuk ke dalam rumah Aisya, dia terkejut melihat Amru yang berada didapur. Amru juga turut memandang Jabir. Kemudian, dia kembali melakukan kerjanya.

"Wangi betul rumah malam ni." Komen Jabir.

Amru meletakkan jari dibibir. Menyuruh Jabir diam. Dia menyelesaikan kerjanya dan kemudian menarik Jabir ke luar. Mereka berjalan ke kolam renang dan duduk disitu.

"Kau selalu datang sini ke?" Tanya Amru.

"Kau jangan salah faham. Aku dengan Ecah tak buat apa pun. In fact, Ecah tak tahu pun aku datang." Jawab Jabir.

Amru angguk.

"Kau percaya?" Tanya Jabir.

Amru angguk.

Jabir kerut dahi.

"Pelik?" Tanya Amru.

Jabir angguk.

"Mak abah dah didik kami dengan baik. Lagipun, Ecah tu bekas pelajar sekolah agama. Jadi, dia tahu dosa pahala. Tak payah nak tegur dia. Ingatkan dia. Dia tahu. Dia pun jenis yang akan melenting kalau kita tegur dia benda yang dia tahu." Amru memulakan ceritanya.

"Ecah tu, memang tak boleh ditegur dari dulu lagi. Dia rasa, dia je betul. Dia kata, dia tahu apa dia buat. Jangan risaukan dia. Tapi, takkan aku tak risau kalau dia bawa balik lelaki masuk rumah?" Sambung Amru.

"Tapi, ikutkan saja. Nak marah pun, dia bukan nak dengar. Dia melenting balik nanti. Tu yang aku tidur sini temankan korang dulu walaupun bini aku dah membebel. Merajuk. Tahan sajalah. Janji korang tak buat apa-apa." Kata Amru lagi.

Amru melepaskan nafas berat. Berminggu dia memujuk Zulaikha. Cuba buat isterinya itu faham. Tetapi, isterinya itu tetap tak nak faham. Sampai sekarang, isu ini tetap menjadi tajuk utama bila mereka bergaduh

Jabir menepuk bahu Amru. Berkali-kali.

"Ecah ni bukan nak dengar apa yang kita kata. Tak mudah nak buat dia percaya. Mulut dia kata percaya. Tapi akalnya tak. Bila benda tu dah terbukti dekat diri dia sendiri, baru dia percaya. Baru dia boleh berfikir." Sambung Amru.

"Masalahnya, dia bukan hanya rasa dia betul. Tapi, dia memang selalu betul. Aku pun tak tahu tapi dia punya judgement always look bad but it's right things to do. Macam dia bawa kau balik rumah. Memang buruk lah perangai. Dosa pun. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan didalam sebuah rumah. Tapi, kalau dia tak bawa kau balik rumah ni, entah apa jadi dekat kau. Berapa kali kau collapse." Kata Amru.

"Tapi, adalah juga yang dia tersalah. Macam pergi jumpa Adam sebab dia percaya Adam seorang yang baik dan ikhlas. Tapi pastu, dia kena raba. Buat dia kemurungan. Then, dia jumpa Badri. Itu pun setelah didesak berkali-kali. Dia pergi sebab dia rasa bila Badri nampak dia, Badri tak akan kacau dia lagi. Sebab dia selekeh dan tak seperti yang Badri bayangkan. Tapi, lain pula jadi. Badri makin kejar dia." Cerita Amru.

"Badri kejar dia? Bukan dia kejar Badri?" Tanya Jabir.

Amru memandang Jabir.

"Kau kenal Badri?" Tanya Amru.

"Pernah vc Ecah. Badri ada sekali. Then, Ecah bagi id telegram dia. So, aku contact dia." Jawab Jabir.

Amru angguk. Dia diam. Menikmati suasana malam ditepi kolam itu. Rasa nyaman.

"Ecah tak kerja. Mana dia dapat duit sara hidup dia?" Tanya Jabir.

"Adalah." Amru mengelak dari menjawab.

Dia tak mahu dikatakan bermegah dengan harta yang ditinggalkan ibu bapa mereka. Dia juga tak mahu sesiapa pun tahu. Harta itu kepunyaannya tapi telah diserahkan kepada Aisya untuk diuruskan. Itu permintaan ibunya sendiri. Dan dia sendiri setuju. Kerana dia percaya Aisya boleh uruskan dengan baik. Kerana itu adalah apa yang Ecah buat selama ini.

"Jadi, betullah Ecah layan lelaki untuk dapatkan duit?" Tanya Jabir.

Amru memandang Jabir. Tajam.

"Mana kau tau?" Tanya Amru.

"Betullah ni?" Tanya Jabir sekali lagi.

Amru menghela nafas panjang.

"Badri bagitau kau semua ni?" Tanya Amru.

"Ecah sendiri pernah open price kat aku." Jawab Jabir.

"Patut Ecah tak kisah kau hilang." Kata Amru.

"Maksud kau?"

"Kau sama macam Badri."

"Maksud kau?"

"Tahap kau dihati Ecah."

"Maksud kau apa?"

"Kiranya, kau pun satu lagi kesilapan Ecah. Sebab tu, kau tolak masa aku nak nikahkan korang." Kata Amru.

Berkerut dahi Jabir. Tak faham.

"Ecah yang tak nak. Takkan aku nak paksa. Lagipun, aku tak nak nikah koboi. Aku ada ibu lagi. Biarlah ibu buat kerja dia. Meminang." Balas Jabir.

"Sebab taraf kau dan Badri dimata Ecah sama saja." Kata Amru.

"Maksud kau apa? Cuba terangkan. Bagi aku jelas." Desak Jabir.

Amru bangun.

"Tak apalah. Kau pun dah tak penting dalam hidup Ecah. Ecah pun, dah lupakan kau. Kau ada ke tak, dah tak bagi apa-apa kesan untuk Ecah." Kata Amru.

Dia berjalan meninggalkan Jabir sendirian. Berfikir.

"Amru, cuba explain kat aku. Aku tak fahamlah." Tahan Jabir.

"Nak explain apa lagi? Dah tak ada makna semua tu. Kau pun dah ada hidup kau. Jadi, biarlah Ecah dengan hidup dia. Kau pun, bukan penting dalam hidup Ecah dah. Terima kasih pernah buat Ecah happy. Walaupun seketika. Sekurang-kurangnya, aku nampak senyuman yang dah lama hilang tu muncul semula sejak kau datang dalam hidup dia. Walaupun sekejap. Tetap juga aku berterima kasih." Kata Amru.

"Jangan buat aku makin confused." Rayu Jabir.

"Tak payah confused. Tak payah pun fikir apa-apa. Live your life. Leave Ecah with her life. Jangan datang sini. Jangan cari Ecah. Ecah deserve better man. That's not you." Kata Amru dan terus berlalu meninggalkan Jabir terpinga-pinga.

"Jangan dekat dengan Ecah." Pesan Amru sebelum dia hilang dibalik dinding bangunan.

Amru senyum segaris.

Aisya pernah buat tawaran. Bayaran untuk tidur dengannya. Waktu itu, dia ada dirumah Aisya. Dia dengar apa yang Aisya cakap kepada Badri.

Aisya menangis bila talian dimatikan sambil menyesali berkenalan dengan Badri. Dia ingat lagi apa yang Aisya katakan.

"Salah ke aku nak pertahankan virgin aku for my husband. Aku tak ingin pun kau jadi suami aku. Aku tak nak bersuamikan lelaki yang tak tahu menghormati perempuan. Yang anggap perempuan hanya tempat untuk melempiaskan nafsu."

Dan dia tahu. Aisya tak nak berkahwin. Aisya tak sukakan komitmen. Dan Aisya tak mahu memperjudikan hidupnya untuk orang lain. Aisya juga tak mahu hidupnya tertumpu pada orang lain. Dia mahu habiskan hidupnya untuk dirinya saja.

Kerana Aisya sudah terlalu penat hidup untuk orang lain.

Akukah?Where stories live. Discover now