Daripada kau yang tengah baca ni. Berkurun lama status single. Bila nak tukar?

"Jom kita main satu game!" ajak Emara. Terus bangun dari posisi duduk. Mengibas kain seluar yang melekat sisa kotoran.

"Game? Buat apa?"

Emara senyum senget. "Kejar-kejar. Saya cabar awak kejar hati saya. Asyik saya je kejar awak punya."

Emara pecut laju menuju ke pintu masuk akademi. Belum sempat Nawwar bangun dah kena tinggal. Bertuah punya Iris. Sekurangnya bukan kena tinggal sebab lelaki lain.

"Cepatlah... Lambat awak ni!" seru Emara dari jauh. Melambai-lambai tangan panggil Nawwar terhegeh-hegeh kejar dia.

"Yelah. Lari dulu sebelum saya dapat awak!" Dalam sesaat Nawwar pecut ke arahnya. Emara terlalu jauh ke hadapan. Nawwar mula rasa lelah.

"Emara..." sedaya upaya Nawwar serunya walaupun suara tidak kuat mana.

Dia tumpas. Nawwar bersandar di dinding. Terduduk layan nafas terengah-engah. Lupa pula baru keluar malam semalam. Jantungnya masih belum diadaptasi semula.

Nawwar mengatur nafasnya berat. Tercungap-cungap mencari nafasnya yang hilang.

"Nawwar? Awak okey ke?" Jejaka itu dihampiri Emara. Melutut terus depannya. Gelisah. Nawwar hanya mengangguk.

"Maafkan saya. Saya lupa awak baru nak sembuh. Hm." Kesal Emara dibuatnya. Tak jadi main kejar cinta hati.

"Gotcha..." Bahu kecil gadis itu ditunjal Nawwar. Emara blur.

"Saya dah dapat hati awak..."

Serentak mereka dua tergelak. Menyempat gurau waktu nyawa separuh hilang. Mahu tak Emara mengacah tampar dia, ada je akal nak mengusik orang.

"Nak pergi tak bilik anugerah tokoh terbaik?" soal Nawwar.

"Buat apa?"

Nawwar senyum senget. Dia bangun, Emara turut bangun. Bilik anugerah itu menyimpan sejarah lama di akademi ini. Termasuk pejuang yang pernah memberikan sumbangan sebelum ini.

"Follow me, lovely Iris."

Dua pasangan itu berlalu pergi menuju ke bilik sana. Tingkat dua bersebelahan perpustakaan. Dalam diam, mereka diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

"Nawwar Inas... I'm waiting for you..." bisik seseorang yang tidak dikenali identiti itu.



BILIK anugerah tokoh terbaik. Tersimpan banyak penghargaan kepada mereka yang sanggup mengorbankan nyawa demi maruah akademi. Ada juga persara akademi sini seperti Encik Azman.

Terpesona. Warna perak gabungan putih menampakkan bilik ini lebih luas. Terpapar semua biodata ahli lama di akademi ini. Emara tekun membaca satu per satu biodata mereka.

Tubuh gadis itu berpusing ke belakang. Mencari kelibat Nawwar senyap sedari tadi. Jejaka itu memeluk tubuhnya. Asyik termenung pada satu tokoh yang menarik tumpuannya.

"Puan... Mawwar?" gumam Emara. Kedua-dua tangannya jatuh, berpaut antara satu sama lain.

Manis ayu wajah arwah Puan Mawwar. Mistress Frost. Kehandalan dalam menggunakan lembing seperti Nawwar. Berupaya mengawal elemen mengikut gaya lawannya. Banyak anugerah telah dia terima selama dia hidup.

"Best Mistress Of The Year. Best Collector Of The Year. Best Student In Frost. Best Valedictorian Woman. Best Performance Per Semester. Wow..." Anugerah arwah Puan Mawwar bukan calang-calang. Mulut Emara ternganga sedikit.

"Hebatnya ibu awak. Mesti awak nak jadi macam dia." Wajah jejaka tiada perasaan itu dipandang.

"I do. But I can't," keluh Nawwar kesal. Menunduk sayu memandang lantai.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now