chapter 28

211 35 5
                                    

warning : ada sebut nama makanan dalam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

warning : ada sebut nama makanan dalam ni.

.

bang yedam pov.

Aku tidak faham dengan diri aku.

Apahal aku manja sangat sampai berkurung dalam bilik dah lebih tiga hari.

Dimanakah Yedam yang dingin dan jarang merajuk oleh hanya disebabkan hal yang kecil?

Eh tapi hal kecil ke pasal empat hari lepas tu? entahlah..

Tapi serious, aku sedih sangat. Asahi dah dapatkan dia dahulu ke? Aku terlambat atau Asahi awal sangat?

Berat betul dugaan hidup.

Aku rasa aku jadi macamni, mungkin sebab Dayeong first love aku. Perempuan pertama aku jatuh cinta. Biasanya kalau aku tersuka kepada seseorang, hanya gelaran suka sahaja yang melekat terhadap orang itu. Tidak lebih.

Mesti ramai tertanya macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia bukan? Macam mana aku boleh sedar yang aku jatuh cinta dia..

Author kedekut sangat bagi screentime dekat aku. Itu sebab kenapa masa aku buat ujian 'Adakah aku jatuh cinta atau sekadar suka?' selama dua minggu author tak ceritakan. Dia malas y'all. Kecam dia.

Tak adalah aku gurau. Author cakap nanti dia nak buat special chapter tentang aku. Jadi anda semua jangan sedih - sedih.

Hmm back to my story, perut aku ni asyik berbunyi je daripada tadi kerana harini aku belum makan lagi. Tiada mood.

Tiga hari lepas pun, aku makan sekali sehari sahaja. Keluar bilik? Sekali sehari sahaja juga. Entahlah kenapa sampai macamtu sekali aku kecewa.

Tapi Yedam.. Bunga bukan sekuntum. Lagipun masih panjang perjalanan hidup kau. Semakin kau menginjak dewasa, akan semakin ramai perempuan kau akan jumpa.

(Amboi kau macam Asahi eh, 'bunga bukan sekuntum' konon)

Tapi...

Sakitnya hati aku ni, rasa seperti pisau tergores di kulit. Namun luka itu, masih belum sembuh ataupun mahu membaik walaupun cuba dirawat berulang kali agar tidak terlalu berasa kecewa yang dapat memudaratkan diri.

Sesekali aku memandang telefonku. Dayeong tak mahu chat apa - apa ke? Tipulah kalau si Jaehyuk tu tak akan bagitahu apa yang terjadi kepada Dayeong. Mulut dia tu, tak boleh kira! Jadi aku pasti Jaehyuk ada ceritakan. Cuma dia buat macam dia tak ambil tahu.

Apabila aku fikirkan balik.. Daripada aku menunggu mesej daripada Dayeong, lebih baik aku belajar. Kan?

Eh tidak tidak! Aku tak mahu belajar dengan keadaan macamni. Nanti hasilnya sia - sia sahaja. Ibaratkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now