chapter 03

366 57 40
                                    

" Dayeong? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Dayeong? "

" Ermm? "

" Aku bukan apa, cuma tertanya lah.. "

" Teruskan. " balasku lalu sambung menghirup air susu coklat yang aku beli di kedai serbaneka tadi. Sebenarnya aku kurang suka dengan perisa coklat, tapi tidak mengapalah.

" Selain aku kan, ada orang lain tak yang tegur kau juga? "

Aku yang pada mulanya sibuk memandang kawasan padang sekolah yang ada beberapa pelajar tengah bermain di sana, mengalihkan pandangan ke arahnya.

Ara pun tengah pandang aku juga.

" Tidak. Tapi tadi adalah seorang lelaki dalam kelas kita tu tegur aku. Itupun sebab dia suruh isi borang. Kenapa? "

" Bang Yedam? " Aku mengerutkan dahi mendengar dia menyebut nama itu perlahan.

" Bang Yedam? Siapa? Tadi yang bagi borang aku tu Yoon Jaehyuk, penolong kelas katanya. " balasku sambil menggaru hidungku. Tiba - tiba terasa gatal.

Siapa Bang Yedam?

" Oh bukan Yedam rupanya. Aku ingat dia yang bagi sebab dia ketua kelas. Biasanya dia yang bagi atau arah bab - bab borang ni. Mungkin tadi dia ada masalah, lepastu dia suruh Jaehyuk tolong bagi. "

Aku angguk tanda faham. Rajin juga rupanya si Ara ni bercakap. Aku ingat dia jenis tidak suka bercakap panjang - panjang.

Oh ya, Yedam tu ketua kelas rupanya. Tapi aku tetap masih belum tau rupanya macam mana.

" Alang - alang aku dah sebut nama Bang Yedam tu. Aku bagitahu sikitlah pasal dia. Tiba - tiba rajin nak bercakap. Kau okay kan? " soalnya dengan senyuman tipis.

Aku mengangguk. Lagipun tidak tahu nak borak pasal apa.

" Yedam tu jenis susah nak bergaul dengan orang. Memang jarang sangat dia bercakap dalam kelas kalau tidak ada hal penting untuk bercakap. "

Aku mengangguk beberapa kali tanda faham. Tapi kenapa dia jadi ketua kelas kalau jenis jarang bercakap?

" Tapi itulah, " Ara tiba - tiba bangun lalu bergerak ke dinding penghadang.

Aku menaikkan sebelah keningku lalu turut berjalan sehingga ke sebelahnya.

Seakan faham dengan kehadiran aku di sebelahnya, dia sambung bercakap,
" Walaupun dia jarang bercakap, saem lantik dia jadi ketua kelas juga. Kau mesti pelik kan? Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin sebab dia bijak.
Also.. Ramai juga orang yang simpan perasaan dekat dia. Ibaratkan dia seorang yang pelik tetapi special. Aku pun tidak faham juga sebenarnya. Tapi tak apalah, janji dia bahagia. " ujar Ara tenang.

" Aku rasa mungkin sebab dia ada rupa. Ataupun sebab lain? " balasku, teka sahaja.

" Entahlah Dayeong. " balasnya lalu menutup mata.

Aku rasa dia nak ambil angin. Yelah kan, atas bangunan. Tinggi! Dapat merasa angin lalu dengan lebih banyak.

Semakin tinggi suatu tempat, maka tekanan udara pada tempat tersebut semakin rendah. Maksud aku, semakin rasa sejuk dan dingin. Jadi rasa tenang juga duduk dekat rooftop ni.

Aku pun turut menutup kedua - dua kelopak mataku mengikuti Ara.

" KIM DAYEONG. "

Kedua - dua kelopak mataku kembali terbuka. Tapi itu bukan suara Ara, suara yang aku tidak pernah dengar.

Aku membalikkan tubuhku ke belakang.

Eoh Yoon Jaehyuk? Siapa pula orang dekat sebelah dia tu? Aku rasa tadi bukan suara Jaehyuk, jadi mungkin suara lelaki di sebelahnya.

Aku melirik memandang Ara. Dia juga turut memandang ke arah tempat Jaehyuk dengan lelaki di sebelahnya berada.

Tanpa berkata apa - apa kepada Ara, Aku berjalan menuju ke Jaehyuk.

Aku menundukkan badanku sedikit. Tidak tahu nak buat apa, maka aku tunduk sahajalah.

" Kenapa kau tunduk? "

Yang soal ni pun bukan suara Jaehyuk juga.

Ah sudah! Apa patut aku jawab ni?

Geleng kepala sahajalah.

" Dah kenapa kau rehat di rooftop ni? Susah tau nak cari kau. Lain kali makan di kantin. Orang dah sediakan tempat makan, nak juga makan di tempat lain. Menyusahkan orang. "

Aku tergamam. Dia bebel dekat aku? Sudahlah kata - kata dia menusuk hati aku.

" Dah Yedam. Jangan kata macamtu dekat dia. Dia baru pindah kan? Cakap dengan dia elok - elok. " suara Jaehyuk berkata tenang membuatkan aku rasa sedikit lega.

Betul tu apa yang Jaehyuk cakap! Apalah Yedam niㅡ eh? Oh maknanya lelaki muka dingin di hadapan aku ni lah Bang Yedam?

" Mian. " ujar Yedam dingin.

Macam tidak ikhlas sahaja aku rasa. Sakit hati hiks.

" Dayeong ah. Saem Jisoo kata dia nak jumpa kau. Sebab itu aku dengan Yedam datang sini. Saem ada dekat bilik guru. " ujar Jaehyuk dengan senyuman manisnya.

Haa macamni kan bagus! Senyum!

Aku pun mengangguk kecil tanda faham. Kemudian, aku membalikkan tubuhku untuk memanggil Ara. Aku masih ingat tau keberadaan Ara.

" Ara-ya! Jom! " laungku.

Aku melihat dia mengangguk kecil lalu mengambil sampah sarap yang ada. Oh lupa pula pasal sampah tu.

Aku pun makan dan minum tadi, jadi aku kena pergi kutip juga ni!

Baru sahaja aku ingin melangkah, suara Yedam memberhentikan aku.

" Buat apa kau ajak dia? Saem panggil kau seorang sahaja. " suaranya kedengaran tegas.

Aku ingat lepas Jaehyuk cakap tadi diorang akan terus pergi daripada sini.

Aku kembali memandang Yedam.

" Wahai Yedam, saya ini murid baharu di sekolah sini. Sekolah ini sudahlah besar! Jadi saya belum mengetahui bilik guru di mana. Oleh itu, saya mengajak si Ara. Faham? " balasku satu persatu.

Dia hanya berdiam diri. Jaehyuk di sebelahnya di pula nampak macam tengah pandang ke arah Ara sambil tersenyum kecil.

Jaehyuk minat Ara ke? Eh apa aku mengarut ni.

" Dayeong, kau ikut aku. Biar aku tunjukkan. " ujar Yedam, masih dengan nada dingin.

" Tapi Ara? " balasku laju.

Yedam memandang Jaehyuk yang tengah menatap lurus ke hadapan. Aku tahu Jaehyuk pandang Ara. Dengan tersengih lagi. Kantoi Jaehyuk minat Ara.

Tapi tidak mengapa, pasal ini aku siasat lain kali.

" Jaehyuk. Kau pergi dekat Ara. Aku nak bawa si menyusahkan ni pergi bilik guru. "

Si menyusahkan dia panggil aku? Aku memaparkan riak wajah marah. Tapi boleh pula dia buat derk je?

Aku memandang Jaehyuk pula.

" Jaehyuk. Tak apa. Kau bawa si dingin ni pergi. Aku pergi dengan Ara je. Tak hinginlah aku nak berjalan dengan si dingin ni! " ujarku geram lalu membalikkan badanku dan berjalan ke arah Ara.

tbc.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now