chapter 21

222 38 5
                                    

** Oktober, Sunday

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

** Oktober, Sunday

kim dayeong pov.

Seperti biasa. Kalau hari Ahad, aku pasti akan ke kafe pada waktu tengah hari untuk bekerja.

Kadang - kadang aku naik bas, kadang - kadang aku hanya berjalan kaki sahaja walaupun boleh tahan jauh juga sekolah dengan kafe.

Pintu belakang kafe aku buka setelah tiba. Selepas sahaja aku buka, terus dapat melihat Asahi tengah membasuh pinggan yang ada di dalam singki.

Lah, itukan kerja aku. Kenapa dia buat? Haih Asahi ni. Ini bukan kali pertama tau sebenarnya. Dah banyak kali dia buat dan banyak kali juga aku larang dia.

Tapi tetap dia degil. Aduhai..

Kadangkala aku ingin memberi gaji aku kepadanya tanda berterima kasih, tapi dia selalu tolak.

Kalau aku paksa dia ambil dan letak atas meja atau apa, pasti dia tak akan sentuh langsung duit itu.

Aku respect juga dengan perangai Asahi yang ni. Walaupun dia susah betul nak bercakap, tapi sekurang - kurangnya dia baik. Baik sangat bagi aku.

Aku berasa beruntung aku kenal Asahi selepas bibik kesayangan aku kena pecat. Ya, bibik kena pecat tiga bulan lepas atas alasan, selalu manjakan aku dan menjaga aku terlalu baik.

Rindu juga dengan bibik. Sebab dia dah macam eomma aku. Kalau ada apa - apa di sekolah yang perlu dihadiri ibubapa, pasti bibik akan datang kerana tidak ingin mengecewakan aku walaupun ramai orang di sekolah aku mengetahui hubungan aku dan doyoung sebagai kembar.

Mana tidaknya. Nama kami hampir sama, ketinggian juga, tarikh lahir kami pun sama. Muka kami pun hampir seiras dan ramai pelajar dari sekolah rendah turut belajar di sekolah lama aku. Jadi mereka tetap mengetahui hubungan kembar kami jika disorok sekalipun.

Kembali kepada pasal kerja, aku bekerja di kafe ni pun baru tiga bulan. Seminggu selepas bibik dipecat. Tidak adalah lama mana. Tapi aku gembira aku dapat kenal Asahi.. Kangmin dalam masa tiga bulan ni. Dua - dua layan aku dengan baik selain bibik.

" Dayeong? "

Aku kembali kepada dunia asal setelah merasakan seseorang menepuk bahuku.

Orang itu dipandang bingung.

" Oh Asahi.. "

" Ya. Kau mengelamun ke tadi? "

Aku mengangguk kecil, mengiyakan soalan Asahi. Pintu belakang ditutup kembali lalu aku berjalan ke bangku dan duduk di sana.

" Kenapa kau buat kerja aku Asahi? Kan aku dah cakap banyak kali tak payah. " ujarku perlahan sambil memandang wajahnya.

Tanpa memandang aku, dia membalas pendek, " Aku ikhlas. "

Kalau aku soal dia lagi, pasti ada sahaja jawapannya. Jadi aku hanya berterima kasih.

" Terima kasih. Nanti bila - bila masa, aku bagi kau hadiah. "

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now