chapter 04

301 53 11
                                    

" Ara, terima kasih sebab teman aku

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

" Ara, terima kasih sebab teman aku. Kita jumpa balik di dalam kelas nanti okay? "

" Baik! Jangan sesat pula nanti. Hehehehe ." balas Ara diakhiri dengan ketawa kecil.

" Ish, tak adalah sampai sesat. Aku masuk dahulu. Bye! " Dayeong melambai kepada Ara berserta senyuman kecil.

Dengan jantung yang berdegup kencang, Dayeong melangkah masuk ke dalam bilik guru. Dia pun pening kenapa dia risau sangat sampai jantung dia berdegup laju.

Matanya melilau memandang sekeliling untuk mencari keberadaan Saem Jisoo.

Dia bukannya tidak mahu bertanya kepada guru lain, cuma dia malu.

Ya, Dayeong sebenarnya seorang yang lemah lembut dan pemalu. Tapi dia akan jadi ceria dan banyak cakap bila dengan orang dia selesa. Cuma entahlah mengapa dengan Yedam dia tiba - tiba lain. Dia sendiri juga bingung. Tapi dia malas fikir lebih.

" Mana ya meja Saem Jisoo ni? "

" Mahu tidak mahu aku kena bertanya jugalah. "

Dayeong mengorak langkah menghampiri seorang guru yang tengah mengemas sesuatu.

" Saem? " soalnya perlahan. Mahu panggil sekali dengan nama, dia tidak mengetahui nama guru tu.

Apabila guru itu memandang Dayeong, Dayeong menundukkan badannya sedikit.

" Annyeonghaseyo! " ucapnya ceria.

" Ya, kenapa kamu panggil saya? Ada apa - apa yang boleh saya bantu? " Guru itu membalas dengan senyuman.

" Minta maaf kalau saya menganggu saem, tapi saya ingin bertanya dimanakah meja Saem Jisoo? "

Apahal ayat aku macam pelik je.. Tak apalah, hiraukan.

" Kamu nampak tu kan ada lorong di situ? Haa kamu lalu di situ lepastu ambil lorong ke kiri dan jalan sahaja lurus ke hadapan. Meja Saem Jisoo ada dekat hujung sekali. " terang guru itu sambil menunjukkan gaya menggunakan jari telunjuknya.

" Ahhh.. Faham faham! Terima kasih banyak - banyak saem! "

" Sama - sama. "

Baru sahaja Dayeong ingin pergi, guru itu memanggilnya.

" Comel! Sekejap! "

Walaupun Dayeong tidak comel, tapi dia tahu guru itu panggil dia. Sebab hampir semua guru suka panggil anak murid macam tu.

Kalau boleh, satu sekolah guru - guru nak puji comel!

" Ermm maaf kalau saem tanya. Kamu ni anak Kim Daejung dengan Bae Hayoon ya? Muka kamu, seiras dengan mereka. "

Dayeong tersenyum tipis mendengar soalan itu. Tidak disangka pula soalan itu yang dia dapat. Soalan paling dia tidak suka!

Mahu tidak mahu, dia perlu jawab jugalah.

" Maafkan saya saem, saem salah orang mungkin? "

Balasan Dayeong membuatkan guru itu sedikit bingung.

" Bukan ya? "

" Bukan.. " Dayeong memberikan senyuman kecil. Mohonlah percaya. Nanti kan Saem Jisoo marah pula kalau dia lama - lama di sini.

" Mintak maaf saem, Dayeong terpaksa menipu. "

" Ah saya salah orang mungkin. Eh tapi muka kamu pun saya nampak macam Kim Doy- "

" Kim Dayeong? " Suara seseorang membuatkan percakapan guru tadi dipotong. Dalam hati, Dayeong bersyukur sangat ada orang panggil nama dia.

Dia pun pandanglah ke arah suara yang memanggil namanya.

" Eoh? Saem Jisoo? "

" Iya. Dah lama saya tunggu kamu tau! Jom ikut saya. Nanti guru yang mengajar awak sekarang marah pula kalau awak masuk lambat. "

Kedengaran seperti Saem Jisoo marah, tapi tidak! Dia kata tu lembut sahaja tau! Sudahlah cantikㅡ Hmm

" Baiklah saem. "

Dayeong memberikan tunduk hormat kepada guru di hadapannya itu terlebih dahulu sebelum berjalan menghampiri Saem Jisoo.

Okay kita skip.

" Wey Dayeong! Kenapa kau kena panggil tadi? " Ara menyoal sambil menghisap sebatang lolipop berperisa strawberi.

" Pasal maklumat peribadi aku je. "

Ara mengangguk banyak kali tanda faham.

" Dayeong, tadi kan.. Yedam tadi kan nampak risau sebab kau masuk kelas lewat. Aku tak tahulah orang lain perasan atau tidak. Tapi aku nampak. "

" Yedam? Si mamat dingin tu? " soal Dayeong perlahan dengan dahi dikerutkan.

Ara memandang sisi wajah Dayeong yang sedikit rendah daripada dia,
" Siapa lagi? "

" Kau salah nampak kut. Tak mungkinlah. "

" Mungkin? Tapi aku nampak jelas tadi tau. "

" Hmm mungkin dia risau pasal benda lain. " nafi Dayeong. Dia menggeleng kepalanya laju. Mengarutlah Ara ni!

" Tapi, tadi dia asyik pandang pintu kelas dengan tempat duduk kau. " balas Ara selamba.

" Hmm.. Biar dialah nak risau ke apa. " balas Dayeong dengan nada biasa lalu membaiki beg sekolah yang disandangnya. Masih lagi marah apabila teringat kejadian di rooftop tadi.

Suasana di antara mereka pun hening buat seketika. Mereka sekarang tengah berjalan pulang.

" Dayeong? Kau balik jalan kaki atau ada sesiapa yang ambil? "

" Aku balik jalan kaki. Kenapa? "

" Aku pun balik jalan kaki. Apa kata kita balik sama - sama? Kau ada kata tadi rumah kau di Taman Permata kan? Haa jalan nak pergi ke Taman Permata tu sama jalan dengan rumah aku. Cuma kau punya kawasan perumahan atas sikit. Jadi bolelah kita balik sama - sama. " ujar Ara panjang.

Dayeong yang mendengar pun terkejut mendengar Ara berkata! Bukan sebab jalan balik ke rumah mereka sama, tapi dia terkejut sebab dia ingat Ara ni jenis tak suka bercakap macam seorang lelaki ni, namanya Asahi.

" Ara. Aku minta maaf tau! Tapi kita tak boleh balik sama - sama. Aku kena pergi suatu tempat ni dahulu. " balas Dayeong dengan nada sebersalah.

Sudahlah tadi Ara bercakap dengan nada gembira. Memang dia rasa sebersalah teruklah jadinya!

" Tak apa. Aku faham kau ada hal. Aku pun tidak mahu kacau. Kalau macamtu kita kena berpisah. "

Mereka berdua berhenti berjalan di hadapan pagar utama sekolah. Ya, mereka berdua baru sahaja keluar daripada sekolah itu.

Kerana mereka akan berpisah, Dayeong melambai kepada Ara berserta senyuman manisnya. Ara pula hanya angguk sahaja tanpa melambai.

tbc.

first love : bang yedam ✔︎Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora