Bab 21.1

285 32 4
                                    

Aku nampak kasut Warna ada di rumah. Nice! I need him at this time.

Aku masuk ke dalam rumah dan aku nampak ada sebungkus nasi goreng di atas meja di dining hall. Warna memang macam ni. Kalau dia beli makanan bungkus, dia memang akan beli lebih. Kalau tak aku, kalau Putera datang dia yang akan makan.

Rumah besar tapi time-time macam ni, ada aku dengan Warna sajalah. Kalau aku ada layover and Warna shooting luar sampai berhari-hari, tinggal maid sajalah dalam rumah ni. Tak tahulah bila Dato' Safwan dengan Datin Susanna tu nak balik Malaysia.

Aku ambil nasi bungkus itu dan bawa naik ke bilik aku. Sempat aku lalu di depan bilik Warna yang terbuka sedikit.

Aku mengintai dan membuat senyuman annoying memandang dia sampailah dia notice.

"Kau nak apa?" Dia yang sedang menghafal skrip di atas katil membaling aku dengan bantal busuknya.

"Wah! Aku tweet kang selebriti terkenal Warna Asyari membuli adik sendiri."

"Bodoh! Masuklah!"

Aku pun tanpa segan-silunya masuk ke dalam biliknya yang jujurnya, paling kemas berbanding aku dan Putera.

"Lama dah ke kau beli nasi ni?" Aku bertanya kepada dia.

"Lama jugaklah. Tapi sedap jugalah aku makan tadi. Cuma aku makan tadi nasi goreng daging merah. Kau suka nasi goreng kampung kan?"

Aku anggukkan sahaja.

"Tu bila nak shooting tu?"

"Lagi dua hari. Aku dengan pelakon baru. Sharifah Mawar something. Tengok macam kayu je."

"Dia bukan Instafamous ke?"

"Ya sebab tulah. Tak gemarlah aku dorang semua ni."

"Hadap jelah. Eh by the way, how's The Warna Show?" Oh ya, Warna ada TV show sendiri ya. Bukan kaleng-kaleng abang kembar nombor dua aku ni.

"Okay je. Greenlit for third season. Tapi tulah. Producer nak aku bawak Haikal Herman. Kekwat doh mamat tu. Aku tak tahu apa commercial value yang dia ada."

"Dia ada rupa kut. Berlakon iklan pun boleh sampai naik sales barang tu."

"Poyo. Menyampah aku!"

Aku senyum sahaja. Aku pandang kembar aku itu. Dia ada rupa. Ya, rupa aku, dia dan Putera sama tapi he's the best among us. Dan ya, dia ada charisma yang I wish I possess.

"Cate still tak reply kau ke?" Aku bertanya.

Dia menggeleng tanpa memandang aku.

"Sorry wey."

"Nak sorry amendenya? Perempuan bukan seorang."

"Tapi Cate tu seorang je yang kau nak kan?"

Dia chuckle. "Dah dia pun suka kau jugak dulu. Aku bagi jelah. Bukannya dia seorang je yang ada."

"Then kenapa kau single sampai sekarang?"

Dia tak perlu jawab. Aku tahu jawapannya. Dia tak jumpa Catherine lain lagi dalam hidup dia.

"Aku tahu kau nak cakap apa."

Dia senyum kecil. "Lah, aku tak kisah punlah. Dah dia yang pilih kau dulu. I mean, bukannya benda boleh pilih. Cuma this time, kau jagalah budak Nicholas tu. Janganlah buat benda sama kat Catherine dulu. Salah sekali jangan repeat lagi."

Aku anggukkan sahaja.

"Sorry wey."

"Takde hallah. Amoi je pun."

"Actually, I kinda regret."

"What? Leaving her or what?"

"No, not about her. I mean, I grown out of love with her."

"Then?"

"Nicholas."

Dia meletakkan skripnya sebelum memeluk tubuh. "Haa sudah! Asalnya?"

"Well, it went fine at the beginning but, aku rasa macam, dah tak boleh doh dengan dia?"

"Didn't you say the same thing masa dengan Catherine dulu?"

Aku terdiam sejenak. Kemudian aku mengangguk.

"Then that sounds like a 'you' problem, Wira. You need to find the spark back dengan Nicholas. Aku tengok dia sayang gila kat kau."

"Memanglah tapi aku macam dah mula rimas."

"So kau nak wastekan dia yang memang tengah sayangkan kau? Wey, dia tu sanggup terjun kapal terbang aku rasa if it's for you."

"What if I say I found someone else with the same resonance of love? And aku pun rasa macam boleh go dengan dia?"

Dia sigh dengan sangat berat. "Wira, all this is just a recap of apa yang jadi when you were with Catherine. Kenapa dengan kau ni? I mean, apa yang kau nak? Make a decision, Wira."

Aku diam membatu. Nasi goreng berhenti kujamah.

"I decided to let go Catherine to you because I know you both loved each other. Okay, aku accept kau fell out of love but if with everyone kau nak use the same pattern, tak fair pada your lover, Wira."

Aku mengangguk mengiyakan hakikat itu.

"Buat benda yang betul. Bukannya benda yang kau rasa betul." Dia menambah lagi.

"Habis aku kena stay dengan Nicky even aku dah tak rasa the same spark?"

Dia ambil semula kertas skripnya. "You have to think about that one. And please, think with the right head this time, okay."

Again, aku anggukkan sahaja...

30,000 FeetWhere stories live. Discover now