Bab 20

274 42 6
                                    

"Nak aku belikan apa-apa tak untuk kau makan kejap lagi?"

"Hmm kau lambat lagi ke nak balik tu?"

"Kitorang baru nak masuk movie so dalam 3, 4 jam lagilah jugak."

"Lama gila korang dating."

"Well, enough said we both equally having fun with each other."

Entah kenapa, part of me lega dengar James cakap macam tu. Aku tahu dia memang dah lama sukakan Catherine tu jadinya memang senanglah aku mendengar dia gembira begitu.

Selepas panggilan ditamatkan, aku bingkas bangun dan pergi ke dapur. Aku pergi ke peti ais dan keluarkan ayam dan masukkan ke dalam oven untuk defrost. Selepas itu, aku potong bawang dan beberapa bahan lain. Niat di hati nak masak ayam halia.

Semasa aku sedang menggoreng ayam untuk dihaliakan, aku dengar bunyi pintu dihempas membuatkan aku tersentak a bit.

Aku nampak it was Nicholas. Mukanya nampak intense. Haa sudah bukan baru keluar dating ke dia ni? Like few hours ago?

"Bukan kau pergi dating ke?" Aku menegurnya dari dapur.

"Dating amendenya. Aku on the way sekali dia kata dia keluar dengan abang-abang dia. Wey stres tau tak?! Aku tahu abang dia seorang tu memang tak puas hati dengan aku je."

Mendengarkan itu, aku memilih untuk berdiam sahaja. Sarang tebuan jangan jolok wey.

"Kau masak ke tu?"

"Ha'ah. Ayam halia. Nak?"

"Banyak ke?"

"Banyaklah jugak. Cukup kalau kau nak makan sekali."

"Haa kejap. Aku masakkan nasilah."

"Aku dah siap masak. Pun sama cukup."

"James mana?"

"Dating. Tak balik lagi."

"Babi semua oranglah nak bahagia sekarang!" Dia meletakkan pursenya di atas counter. Wait, I know that bag. "Aku tukar baju jap."

Purse dia tu sama dengan purse yang Abang Wira belikan dulu. Pandai boyfriend Nicholas ni beli. Memang cantik kut purse tu aku sendiri admit.

Selepas dia menukar pakaian, dia menolong aku mencedok nasi sementara aku menyiapkan kuah halia dan juga menggoreng telur dadar. Kami berdua menyantap bersama makanan yang aku masak itu.

"Kau okey tak dengan boyfriend kau?"

Dia yang sedang menyuap itu kemudiannya tersenyum. Senyuman yang menyimpan pelbagai maksud.

"Entahlah, aku rasa macam dia dah tak macam dulu."

"Maksud kau?"

"I don't know to be honest. Dia macam bukan lagi orang yang aku kenal."

"Elaborate, please. Aku masih tak dapat hint."

Nicholas senyum kecil. Tak dinafikan dia ni ada rupa tapi since dia radiates chaotic bottom energy, no.

"Kau tahu kan yang dia break dengan ex dia sebab aku kan?"

Aku angguk. "You told me before."

"So yeah, aku mula rasa yang dia buat benda ni because dia dah mula ada orang lain jugak."

"Tapi takkanlah kut. Dia siap bagi purse tu kat kau lagi kan."

"There's the thing. The day after dia bagi purse ni, he seemed like another person already."

"Seriously?"

"Ya...! I would say apa salah aku tapi ya, he wasn't mine before I took him from someone else. Cuma tulah, if betullah dia ada someone else, aku tak tahu whether nak marah that person ke tak sebab, well, aku dulu well aware je dia tu ada partner tapi still nak try jugak. Tak expect pulak masa tu reciprocate."

"I believe we all make mistake sometimes in our life."

"But what if mistake tu cost someone else's heart?"

"Then yeah, maybe you should have apologised to the person themselveslah."

Dia chuckle ketika aku berkata begitu. Hatiku berfatwa yang dia memang tak sukakan boyfriend dia punya ex.

"She would kill me, I know that."

"Now, kau jangan repeat salah that woman. Fight for him if you think he worth to fight."

"Is he, though?"

"You love him, right?"

Dia mengangguk. Kemudian dia ketawa sinis.

"Maybe betul orang kata, jangan ambik orang punya. It hurts."

"It really is."

Dia senyum getir sekali lagi. Aku faham apa yang dirasakannya itu. Dia tahu dia tak salah but the damage is done.

"I love him, Qasy."

"Aku tahu."

"I mean, kalau betul dia nak ada orang lain pun, aku dah perfect kut. Pergi date pun sampai sekarang kitorang tongtong spend duit pun. He literally has no reason to find someone else."

"Kau tahu yang kau tak boleh paksa anyone to stay in your life kan?"

"Aku tahu. Entahlah, Qasy. Should I tell him what I feel?"

"If kau rasa benda tu boleh fixkan keadaan then go ahead."

Dia anggukkan sahaja.

Midnight itu, semasa aku dah nak terlelap, James buka pintu bilik tergesa-gesa sebelum menggerakkan badan aku.

"Bitch, bangun!"

"Aku tak tidur lagilah, gila! Asal?!"

"Dude, okay you've got to believe me?!"

"Bendanya!" Aku bangun duduk menghadap dia.

"Okay, so you know Catherine has an ex right?"

Aku mengangguk.

"Apparently his ex, kau kenal."

"Huh? Siapa?"

"Favourite FA kau tulah!"

Aku process sejenak sebelum come with, "Abang Wira?"

"Ya and that's not even the craziest part. He left her apparently for...."

"For siapa babi cepatlah aku nak tidur ni?!"

"Nicholas."

Segar terus biji mata aku.

30,000 FeetKde žijí příběhy. Začni objevovat