Bab 9

344 54 7
                                    

"This is your car?" Aku memegang hud depan kereta itu.

Clarence mengangguk dengan senyuman di wajahnya.

"I thought your gaji..."

"If you think I can pay this with my duit gaji, siaolah wei! Nolah, this is my graduation gift, actually."

"Graduation and your family gave you a car?"

Dia mengangguk seraya membuka pintu kereta Hondanya itu dan mempelawaku masuk. Aku masuk dengan serba salah dan nervousnya ke dalam keretanya itu.

"Jom makan. My treat." Dia mempelawaku mesra.

"Oh, boleh. Tak kisah pun."

"Nak makan apa?"

"Anything also fine."

"I feel like eating Char Kuey Teow. Know any good place?"

"Tak sure sangatlah."

"Then we just stop whereverlah."

Semasa dia sedang memandu itu, I can't stop from watching him. Dengan humming kecil lagu Mandarin yang keluar dari mulutnya, dia nampak less intimidating dari masa kat outlet.

And yes, lepas dia tukar uniform ke t-shirt biasa, dia nampak lagi handsome. Or maybe since dia memang dah handsome, bogel pun handsome.

Sampai di kedai makan tepi jalan, kami turun dan memesan makanan masing-masing. Sementara menunggu makanan masing-masing tiba, kami berbual sesama sendiri.

"Why you tak sambung study?" Dia bertanya.

"Actually memang nak tapi after I finish my diploma dulu, my family ada financial crisis so I have to work and now rasa macam dah malas nak sambung balik."

"I see."

"And you? You ada degree kan?"

Dia mengangguk.

"What course?"

"Psychology. Can saylah I minat that field."

"I see. Kenapa tak ambik medic?"

"I saw the damage in my eldest brother, 10/10 not recommended."

"May I ask your parents kerja apa?"

Dia menyuap char kuey teow ke dalam mulutnya lagi. "My dad was an aviation engineer. My mom pulak, I believe your mom would know my mom. Celeste Beauséjour, Singapore's Most Beauty 1987."

"Oh so she was a modellah?"

"Short-lived. Then dia pursue law, jadi lawyer. But both of them retire alreadylah." Kemudian dia memandang aku. "And you?"

"Ayah askar pencen, mak guru besar dulu."

Dia mengangguk sahaja.

"Sedap tak char kuey teow dia?" Aku bertanya kepada dia. Aku tak tahu kenapa aku order nasi goreng malam hari macam tu.

"Nak rasa?"

"Boleh jugak kalau nak bagi."

Dia mengambil a small portion of dia punya makanan dan meletakkan ke dalam pinggan aku. Kemudian satu senyuman dihadiahkan kepadaku. Anjink handsome bodo!

Aku merasa sedikit char kuey teownya itu dan ya, aku menyesal order benda ni.

"Wanna swap?" Dia bertanya kepadaku.

"Eh, no needlah. You look hungry kut."

"But you look like you like my char kuey teow."

"It's your food kan?"

30,000 FeetWhere stories live. Discover now