"Rai . Dah pukul 6 rai. Jangan sampai aku kurung kau dalam tandas"kata Wawa

"Okay fine"balas Rai mengalah apabila The Rose memandang dirinya tajam.

Setelah selesai menyuci tandas terakhir , mereka berlima bergerak pulang.

"Esok cuti boleh tak? Letih la "kata Moon

"Hmm cuti je la . Lantak la kalau cikgu tanya kenapa tak datang "balas Wawa

The Rose yang lain hanya mengangguk setuju .

.

.

.

"Apalah nak jadi dekot korang ni , Ponteng je kerja kan"ujar Hanna

"Orang pemalas memang macam tu . Tak ada masa depan"balas hanny dengan bongkak .

"Amboi kau suka hati je nak cakap kitorang tak ada masa depan. Rezki tu Allah yang tentukan "balas Moon

The Diva menjeling menyampah.

"Yang korang berdua menyemak dalam kelas orang kenapa?"soal Wawa kepada Hanny dan Tia .

"Suka hati kitorang la nak duduk mana pun . Kenapa cemburu tengok kitorang dengan boyfriend?"soal Hanny sambil memegang lengan Que .

Tia pula sudah mengusap rambut Qiff

"Sesuai la tu , sama sama bangang"kata Moon

"Jom lah pergi kantin.Makan ,daripada tengok drama cinta bangla dekat sini ,baik kita isi perut"kata Rai

Kay mengangguk lalu mengikut sahaja langkah rakan rakannya dari belakang .

Que mengetap gigi apabila Kay langsung tidak menunjukkan rasa cemburu .

Tanpa membuang masa , The Psycho dan The Diva turut bergerak ke Kantin .

"Tak sabar nak makan mee kari makcik kantin . Wah bestnya"kata Moon

The Rose yang sudah berdekatan dengan Kantin itu terhenti apabila melihat The Boy yang sedang beratur. Hmm beratur lah sangat.

"Siapa suruh kau lambat sangat. Lain kali jangan beratur . Zaman bila kena beratur ni? "Kata Syah

Ethan hanya membuat tidak entah kepada junior di belakangnya yang sedang beratur.

"Bang mana aci macam ni , kitorang beratur dari tadi . Korang datang lintas macam tu je"kata si junior .

"Kau nampak muka aku ni , ada aku kesah?"kata Ziyyad selamba

"Diorang tu tak reti beratur ke apa?"Kata Rai

Reen dan Kay menghembus nafas berat . Pandangan kay menghala kepada Ethan yang sedang berdiri di hadapan sekali . Menunggu Mak cik kantin .

"Eh eh kau . Sana tepi, suka hati je lintas , kau nak kena penumbuk free ke ?"kasar Syah berkata kepada Junior

"S- sorry bang"kata junior itu

The Rose berjalan masuk ke dalam Kantin . Kini pandangan The Boy menghala ke arah The Rose .

"My cantikkk~"Syah memanggil Reen dari jauh

"Please help me"ujar Rai perlahan kepada The Rose .The Rose hanya tergelak.

Kay dan Moon berjalan ke arah barisan hujung di mana murid sedang beratur untuk membeli makanan.

"Ariq . Kau bukan dekat kem ke?"soal Kay kepada Ariq yang turut beratur .

"Tak jadi kem tu , sebab sekolah lain dah tempah dulu"balas Ariq .

"Ouh rugi la , kenapa tak tempah awal awal ?"soal Kay Lagi

"Biasalah si Indra tu jenis busuk hati . Dia hasut cikgu untuk batalkan kem tu"balas Ariq lagi

Ethan memandang Kay yang sedang berborak di belakang .

"Aku sikit rasa nak pensan dah ni , kebulur aku dari tadi tak lepas lepas nak beli makanan"kata Ariq

"Lah kau ada gastrik kan? Pergi la depan sana"kata Kay

"Uih mau kena terajang aku dengan Ethan"balas Ariq membuatkan Kay ketawa kecil

Ethan di hadapan memandangnya tajam.

Kay mengangkat mukanya ke hadapan apabila berasa dirinya diperhatikan . Dan matanya bertembung dengan Ethan .

Ethan yang sedang menyandar di barisan hadapan itu memeluk tubuh sambil merenung dirinya dari beberapa meter sahaja.

"Aku seram sejuk. Kau ada apa apa ke dengan Ethan tu? Aku rasa macam dah nak ajal je"ujar Ariq .

"Biar la dia " kata Kay






_____________________

Warning ya jangan panggil ethan - Sethan 😭🤣

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now