EP 12

186 15 6
                                    

Doyoung melihat gambar gambar yang diberi oleh lelaki di hadapannya sekarang ini.

Gambar itu menunjukkan bahawa seorang perempuan sedang mengheret seseorang yang sudah tidak menyedarkan diri.

Gambar yang lainnya pula menunjukkan bahawa perempuan itu mengkuburkan mayat yang baru sahaja dia bunuh.

Dan gambar yang terakhir,menunjukkan bahawa muka pembunuh tersebut akhirnya terlihat.

Semua polis terkejut melihat wajah pembunuh itu,tapi tidak kepada Doyoung.Dia memang sudah tau.

Memang betul,Hanmin lah orangnya.Semua gambar gambar itu dimasukkan ke dalam sampul surat semula lalu dikembalikan ke lelaki tersebut.

"Jadi memang betul,dialah orangnya"

"Jadi sekarang,macam mana ni tuan?Kita kena tangkap dia"

Doyoung mengetuk ngetuk mejanya perlahan.Lelaki yang belum dia tau siapa diperhati.

"Kejap,awak siapa kepada Hanmin?"

Lelaki itu senyum sinis.

"Saya abang dia,Lee Hangyul"

Doyoung mengerutkan dahi.

"Macam mana awak boleh tau yang,si Hanmin pembunuhnya?"

Lelaki yang bernama Hangyul itu menghembus nafas berat.

"Adalah caranya.Tapi sebenarnya...saya dengan dia memang rapat dulu.Tapi lepas mak dia dah meninggal akibat penyakit jantung,gaya Hanmin berubah.Tapi saya tetap ada dengan dia masa tu.Lepas papa kami dah kahwin dengan perempuan lain,mereka selalu bergaduh.Saya pun dah tak tahan dengan diorang berdua,asyik asyik bergaduh je.Jadi saya memberi keputusan,untuk lari dari rumah tu,kalau saya lari pun dorang takkan kisah.Kat situ jugalah hari terakhir saya berjumpa dengan Hanmin.Tak pula saya tau yang Hanmin dah jadi macam ni..."

Doyoung mengangguk faham.

"Lagi satu tuan.."

Doyoung mengangkat kening kanannya.

"Kita kena tangkap Hanmin sekarang,sebab...dia dah culik dua orang manusia dan akan membunuh mereka malam ni juga"

Semua pegawai polis terkejut.Makin menjadi jadi perangai Hanmin ini.Mereka harua cepat.

"Tapi..saya tak tau alamat rumah di-"

"Takpe,saya tau.Saya kan abang dia"

Doyoung menarik nafas dalam lalu menghembusnya.Dia akhirnya berdiri lalu menghadap semua pekerjanya.

"Bersiap sedia,kita kena tangkap dia sekarang juga.Sebelum dua orang tu dibunuh"

"Baik tuan!"

-

Dahinya berkerut di saat dia merasakan kepalanya sakit akibat di pukul tadi.

Riki akhirnya menyedarkan diri.Dia cuba untuk bangun tetapi malangnya,dia telah diikat.

Lelaki itu melihat sekeliling tempat tersebut.Gelap.

"Aku kat mana ni..."

Tersentak Riki apabila dia mendengarkan seperti ada orang mencucuk cucuk sesuatu.

Tiba tiba,satu kelibat menarik perhatian Riki.Matanya dikecilkan untuk mengenal pasti siapa gerangan tersebut.

Bunyi cucukan itu akhirnya hilang.Lampu akhirnya menyala.Riki menutup matanya kerana silau.

Selepas sahaja dia membuka mata,terus sahaja matanya terbuka luas melihat beberapa mayat yang sudah didudukkan di hadapannya bersama topi hari jadi.Ada juga beberapa mayat yang sudah tidak berkepala.

PSYCHO - NISHIMURA RIKIWhere stories live. Discover now