EP 4

121 16 18
                                    

Hanmin pergi ke sekolah seperti biasa.Langkahnya terhenti di saat dia terdengar perbualan seseorang di bilik guru.

"Anak saya dari semalam menghilang,saya dah suruh pihak polis cari tapi tetap tak jumpa.Kalau boleh,saya nak tau siapa orang terakhir yang jumpa dia"

"Sabar ya puan tuan,nanti akan saya bagitau kepada semua pelajar pelajar kat sekolah ni.Jangan risau,kami akan bantu kamu"

Kedengaran seorang wanita menangis teresak esak.Sepertinya,Hanmin tahu apa yang terjadi.

Senyuman sinis terukir.Pasangan suami isteri itu akhirnya keluar jua.Sang suami mengusap usap lembut bahu isterinya tanda memberi semangat.

Hanmin hanya mengangkat bahu lalu dia menuju ke kelasnya.

-

"Selamat sejahtera cikgu!"

Semua murid kelas 3-1B duduk di tempat masing masing kerana waktu belajar telah pun bermula.

Cikgu mata pelajaran Sains mereka iaitu cikgu Joo meletakkan beg tangannya bersama buku bukunya di atas meja.

Dia berdiri di hadapan anak muridnya.

"Okay sebelum tu saya nak bagitau satu hal yang penting ya"

Murid murid mula memasang telinga.

"Seorang pelajar kelas 5-1A telah hilang sejak semalam.Nama dia Ong Hijin.Jadi kepada kamu semua yang pernah nampak dia sebelum ni bagitau ya sebab mak dengan ayah dia risau sangat"

Semua murid membulatkan mata.Mereka semua mula berbisik bisik tentang kejadian misterius ini.

Tetapi tidak kepada Hanmin.Gadis itu tidak ingin mengambil tau pun tentang kehilangan Hijin.

Dia hanya melentokkan kepalanya dimeja.Tanpa mereka sedar,Hanmin teersenyum sinis.

Solim yang dari tadi bercerita bersama rakannya menoleh ke arah Hanmin.

Belakang tubuh gadis itu disiku membuatkan Hanmin meringis kesakitan.

"Sakitlah gila"

"Kau tu yang gila.Kau tak rasa panik ke,Hijin dah hilang sejak semalam."

Hanmin menggerakkan bebola matanya.

"Ya aku pun panik ni.Aku tengah berfikir,macam mana dia boleh hilang"

Solim berpeluk tubuh.

"Takde gunanya kau berfikir sendiri kalau tak berbincang dengan kawan.Meh sini bincang ngan kami"

Solim memeluk leher Hanmin dan mereka pun sambung berbincang tentang Hijin.

-

"Riki!"

Sunoo berlari laju ke arah Riki.Lelaki itu menoleh.Kening kanan diangkat.

"Kau kenapa?"

Sunoo memegang kedua dua bahu Riki tetapi segera Riki menepis tangan Sunoo.

PSYCHO - NISHIMURA RIKIDonde viven las historias. Descúbrelo ahora