EP 7

103 13 24
                                    

"Cuba tengok yang 3 hari lepas tu"

Seorang kawan Doyoung iaitu Taeil terus membuka camera yang 3 hari lepas itu.

"Tengok tempat jalan raya"

Camera di jalan raya pun dibuka.Doyoung melihat dengan teliti jalan raya itu.

Tiba tiba sesusuk manusia menarik perhatiannya.

"Stop stop!"

Camera itu dihentikan.Doyoung mengecilkan matanya.Ya,memang itu susuk yang benar.

"Cuba kau ikut perempuan ni"

Camera itu dimainkan semula.Diikut sahaja susuk yang ingin menuju ke suatu tempat itu.

Tetapi malangnya,tidak boleh diikut lagi kerana camera hanya berhenti di kedai cafe sahaja.

Doyoung menggigit bibirnya.

Tiba tiba Taeil bersuara.

"Err tuan.Bukan ni tempat menuju ke arah supermarket yang dah lama tu ke?"

Doyoung berhenti meraup wajahnya.Dia melihat Taeil.Anggukan kecil ditayangkan.

"Bermaksud...Hijin lalu kat sana"

Taeil mengangguk.

"Baiklah,kumpul budak budak kita,kita pergi tempat sana"

"Baik tuan!"

-

Hanmin melihat Ryujin dan Yangjun silih berganti.Senyuman sinis diukir.

"Ryujin,aku sebenarnya tak nak bunuh kau.Sebab kau tak dekat dekat dengan dia.Jadi bererti..."

Perlahan lahan Hanmin menghampiri Yangjun.Gadis itu mendongak.Dia membulatkan matanya di saat dia melihat pemotong wayar ditangan Hanmin.

"Aku hanya akan bunuh orang yang dekat dengan dia~"

Yangjun menjerit kecil di saat rahangnya digenggam kuat oleh Hanmin.Tape berwarna hitam itu dibuka kasar.

Yangjun meringis kesakitan.Hanmin ketawa sinis.

"Buka mulut"

Yangjun meronta ronta ingin dilepaskan.

"Lepas!Lepaskan aku!"

Hanmin mendengus kasar.Dia cuba untuk membuka mulut Yangjun.Tetapi,tetap juga gadis itu menutup dengan rapat.

Hanmin sudah menyerah kalah.Dia menolak rahang gadis itu secara kasar.Dia berdiri.Sempat juga kepala Yangjun ditendang kuat.

Akhirnya Yangjun mengalirkan air mata.Hanmin mula memajukan diri ke Ryujin.

Dia duduk bercangkung.Rambut Ryujin digenggam kuat.

"Di sebabkan si miang tu tak nak dengar cakap aku,aku bunuh kau je lah dulu"

Ryujin sudah membulatkan matanya.Dia menendang perut Hanmin membuatkan Hanmin terduduk.

"Kau jangan sesekali dekat dengan aku!Aku tak bersalah!Aku akan laporkan benda ni dekat polis!Aku tau,Hijin mati disebabkan kau!Kau nak tau macam mana aku tau?Masa tu aku aku baru nak balik dari kedai 7E lepastu aku terserempak seseorang gadis sedang pegang kepala seseorang.Dan kepala tu aku tau siapa dan orang yang membawanya aku tau juga!Orang itu ialah kau!Kau tunggu lah Hanmin!Akan aku laporkan kepada pihak polis!"

PSYCHO - NISHIMURA RIKIWhere stories live. Discover now