EP 3

124 17 23
                                    

Dua guni itu dibuangkan ke dalam tanah yang sudah digali.Usai Hanmin meletakkannya,gadis itu terus mengkuburkan guni tersebut.

Hanmin mendiamkan diri seketika.Dia menatap kosong kubur itu.

Senyum sinis diukir.Akhirnya gadis itu pun pulang ke rumahnya kembali.

Sesampainya dia di rumah,Hanmin menuju ke arah dapur.Dapur itu dipenuhi oleh darah sana sini.

Hanmin mendengus kasar lalu dia pergi ke tandas.Baldi yang berisikan air itu dibawa ke dapur.

Hanmin mengambil tuala kecil lalu tuala itu direndamkan ke dalam baldi itu.

Lantai lantai yang ada darah dilap sehingga bersih.Selepas sahaja dibersihkan,Hanmin meletakkan baldi itu di tandas semula.Tuala tadi dibasuh.

Tuala mandi diambil lalu Hanmin menuju ke arah kamar mandinya untuk membersihkan diri.

-

Hanmin yang baru masuk ke dalam kelas itu meletakka begnya di belakang kerusi.

Gadis itu melangkah keluar untuk pergi ke kantin.Dalam perjalanan ingin ke kantin,langkah Hanmin terhenti.

Badan Hanmin kian terkaku di saat dia melihat rakan karibnya iaitu Solim sedang bermesraan bersama Riki.

Sempat lagi mereka bermain pukul memukul dan itu membuatkan Hanmin agak cemburu.Tetapi dia tidak bolehlah salahkan rakannya.Dia kena mengawal diri.

Dia perlu membuang rasa cemburu itu jauh jauh.Hanmin cuba mengukirkan senyuman.Dia melangkah maju ke arah mereka berdua.

"Amboi,borak borak tak ajak aku ekh.Borak apa ni?"

Solim tersentak lalu menoleh ke belakang.Gadis itu tersengih.Manakala Riki hanya mendiamkan diri.

"Eh takde apa apa lah.Ni haaa Riki nak jumpa aku je."

Hanmin mengangguk tanda faham.Dia cuba untuk berkelakuan seperti biasa biarpun hatinya sekarang rasa sakit.

Dalam diam Hanmin mengepal penumbuk.Riki berdehem kecil.

"Err aku..pergi dulu ye."

Solim hanya mengangguk manakala Hanmin terpinga pinga.Dia mengerutkan dahi sedikit.Kenapa bila muncul sahaja Hanmin,lelaki itu terus melarikan diri?

Hanmin ada buat salah kah?

Solim memeluk leher Hanmin.

"Jomlah makan,aku lapar.Kau pun sebenarnya nak pergi kantin kan?"

Hanmin sekali lagi mengangguk.Mereka berdua pun berlalu pergi.

-

Bekas air susu pisang itu dibuang ke dalam tong sampah.Riki menyandarkan belakang tubuhnya di dinding.

Rambut dikuak kebelakang.Keluhan berat dilepaskan.

"Sikit lagi nak tercabut jantung ni."

Semasa Riki sedang sibuk bermain bersama telefonnya,seseorang maju ke arah Riki.

Gadis itu bermain bersama jari jarinya terlebih dahulu.Agak malu ingin menyapa Riki.

PSYCHO - NISHIMURA RIKIWhere stories live. Discover now