"Dia cakap dia terpisah ngan Zharil. Lepas tu kitorang terserempak."

"Ouh... tapi, tadi waktu Dr. Zharil datang sini muka dia selamba gila. Langsung tak nampak macam lupa sesuatu. Aku rasa, dia sengaja tinggalkan miss lah."

Aish hanya menghadam kata-kata Zahra. 'Mungkin juga.' Desis hatinya.

"Baiklah, semua boleh makan malam sekarang. Kemudian boleh pergi bersihkan diri dan rehat." Kata Sir Firdaus.

"Kau tunggu sini je lah. Biar aku ambilkan kau makanan." Cadang Zahra.

"Hm. Thank you Ra sayang!"

Kini Aish tinggal sendirian di dalam khemah. Sedang menonton sepahtu reunion, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada Zharil.

"Dr nak apa?"

"Kau dah makan ke?"

"Belum."

"Kau datang chalet aku sekarang."

"Tak nak saya. Nanti orang nampak macam mana?"

"Biarlah orang nampak. Kenapa? Kau tak suka dekat dengan aku ke?"

"Yes."

"Kau jangan nak buat hal. Come here now or aku sendiri yang angkat kau datang sini." Zharil terus mematikan panggilan itu.

Aish yang risau jika Zharil betul-betul maksudkan katanya tadi terus memberi pesanan kepada Zahra sebelum bergerak ke chalet Zharil.

~~~~~~~~~~

Tok! Tok! Tok!

Pintu dibuka daripada dalam. Aish terus meluru masuk takut ada pelajar dan pensyarah lain nampak. Dia lihat banyak makanan yang dihidang di atas meja. Dia mendekati makanan itu tetapi ditahan Zharil.

"Where are you going?" Zharil memeluk tubuh dan memandang Aish dengan kening sebelah diangkat sekali.

Aish memusingkan badannya dan tersenyum. "Saya lapar."

"Mandi dulu baru makan."

Aish sudah bergerak mendekati pintu.

"Eh! Nak pergi mana lagi?"

"Nak mandi lah." Aish yang sudah memegang tombol pintu terhenti.

Zharil menunduk dan menggelengkan kepalanya. Semakin pening kepalanya dengan kelakuan Aish yang tidak sepadan dengan umur.

"Kau mandi kat sini je, tak payah kat luar." Arah Zharil.

"Tapi baju saya semua kat khemah." Balasnya.

"Aku dah suruh staff aku hantarkan baju kau. Kejap lagi dia sampai. Kau pergi mandi dulu nanti aku bagi." Aish hanya mengangguk.

~~~~~~~~~~~~

"Meh. Aku nak ubat kaki kau." Zharil menyuruh Aish duduk di atas katilnya selepas membersihkan diri.

Aish hanya menurut perintah Zharil. Aish menarik kakinya semula apabila Zharil memegang tempat yang terseliuh.

"Boleh diam tak? Aku nak ubat kaki kau ni." Zharil berkata tegas terus menarik semula kaki Aish.

"Pelan-pelan lah!" Balas Aish kesakitan.

~~~~~~~~~

"Hmmm, sedapnya!" Zharil hanya melihat Aish melantak semua makanan dengan senyuman nipis tanpa disedari Aish.

"Lapar lagi tak?" Soalnya.

"Dah kenyang." Dia cepat-cepat membuat muka seriusnya apabila Aish memandangnya.

Zharil DarrizWhere stories live. Discover now