Bab : 1

9.1K 211 2
                                    

     Cahaya yang memancar ke arah mata itu agak menganggu lenanya dengan pantas selimut berwarna hitam di tarik sehingga menutup seluruh tubuhnya agar cahaya matahari tidak lagi  menganggu lenannya....

TOK TOK TOK

   Sempat dia mendecis perlahan. "Siapa?" Soalnya dengan nada yang agak kuat supaya orang di luar sana mendengar laungannya...

  "This is naura, can you open your door because I have something to tell you and it's very important"

  kedengaran suara merdu milik sang adik yang bongsu dengan perasaan malas itu dia cuba untuk bangun dari pembaringannya dan membuka langkah ke arah pintu...

"Ada apa kau nak?" Soalnya , Naura tidak menjawab malah dia menolak tubuh sang abang ke tepi dan dengan perasaan bersahaja dia duduk di atas katil abangnya yang empuk itu. 

 Melihat itu, Dia hanya mampu menahan sabar dan melepaskan keluhan berat dengan perangai adiknya ini kalau bukan disebabkan adik dah lama naura makan peluru padu miliknya.

  Naura menyilangkan kaki dan jari telunjuk di ketuk atas dagu nya sambil mata meliar ke setiap sudut bilik abangnya. Arghh dia tak suka bilik ini kerana semuanya berwarna hitam dan semuanya kelihatan menakutkan. 

  "Apa yang kau nak cakap ? Hal apa yang penting sangat sampai kau ganggu tidur aku ?"  Ujarnya sambil punggung di laburkan atas sofa yang sudah sedia ada di biliknya itu...

  "Along dia pergi paris kan hujung minggu ni ?"  Si dia mengangguk lemah. Ish dia dah la letih dengan hal semalam hari ini terpaksa layan soalan yang tidak begitu bijak dari sang adik.

  "Abang ngah boleh tak pujuk along ? Pujuk dia supaya bawak adik sekali ke sana ?" Matanya di kedip beberapa kali agar lelaki itu jatuh kesian dengan nya.

  Si dia hanya berdiam , kedua belah keningnya yang cantik itu bertaut elok. "Kau nak ikut along kesana buat apa ? Buat semak je la kalau kau ikut" kata-kata itu membuatkan naura mencebik...

"Tengku Luth Naufal can you ? Please" rayu naura dan dengan pantas dia duduk di sebelah angahnya. Lengan sasa milik Luth Naufal itu di pegang dan di usap lembut , perangai naura sememangnya manja mungkin kerana dia merupakan anak bongsu dan semua kehendakknya perlu dituruti.

  "Ish , sana lah semak betul kau ni kan. Ye lah nanti aku try cakap dengan nadim pasal ni tapi ingat kalau dia bawak kau ke sana jangan buat hal. Kau tu bukan betul , nanti ada je perangai kau dekat sana. Muka dah cantik tapi otak senget" bebelnya dan terus menarik lengannya dari pegangan naura...

  "Hey , tengku luth naufal. How dare you talk to me like this ha ?" Marah naura. Alah sebenarnya bukan marah cuma dia nak mengada - ngada sikit je.

  "Otak senget ni la adik kesayang angah dan along tau. Okey bye" terus melangkah keluar dari bilik itu. Tengku luth naufal hanya mampu mengeleng kepalanya , rasa geli hati dengan sikap adiknya itu. Hanya dengan orang terdekat sahaja dia selesa tapi bila dengan orang lain maka keluar la perangai dinginnya itu.

  Matanya memandang tepat ke arah jam sebelum satu keluhan di lepaskan. Dengan perasaan malas dia melangkah ke arah bilik air sempat juga tuala berwarna hitam itu di capai pantas sebelum pintu bilik air dibuka.

TENGKU LUTH NAUFAL : { EDITING }Where stories live. Discover now