Bab 2 : 🥀

6 1 0
                                    

Fillea berdiri tegak di hadapan satu rak tinggi. Mata pula membelek-belek botol ditangan untuk mencari expired date.

Pasti dengan tarikh yang masih panjang, botol sos itu diletakkan ke dalam bakul yang disangkut di pelipat siku.

Fillea berjalan lagi. Mata cekap melihat segala barangan yang ada di dalam kedai runcit itu.

Ada sesiapa nampak tepung gandum tak? Hmm...

Rak paling belakang dihampiri. Ha! Disini rupanya. Dua paket tepung gandum diambil Fillea dan dimasukkan ke dalam bakul juga.

Fillea bergerak ke kaunter. Barangnya dibayar. Kemudian beg plastik dijinjing keluar dari kedai itu sambil-sambil dia membuat pemeriksaan ke dalam plastik itu. Risau juga jika ada barang yang terlepas pandang. Beberapa langkah...

"Aduh!" Fillea mengaduh apabila bahunya dirempuh kuat dari hadapan. Selamat dapat stabilkan diri, kalau tidak pasti Fillea sudah selamat terduduk sekarang.

"Maaf. Cik okay?" Soal manusia yang merempuh Fillea tadi.

Lambat-lambat Fillea mengangkat muka untuk mencari wajah lelaki dihadapannya. Tinggi betul. Ke aku yang pendek?

Fillea menggangguk.

"Sorry, sebab tak nampak awak lalu tadi." Ujar Fillea perlahan.

"It's okay, little flower." Lelaki itu senyum misteri.

Meremang Fillea yang melihat. Baru saja Fillea membuka mulut untuk meminta diri, lelaki itu terlebih dahulu memintas.

"Cik, boleh saya tanya, di mana ya alamat rumah ni?" Sopan lelaki itu bertanya. Tangan pula diangkat untuk menunjukkan kertas yang ada ditangannya kepada Fillea.

Sekejap Fillea membaca alamat yang tertera.

"Oh, ini... Alamt rumah saya." Ujar Fillea dengan wajah polosnya.

"Really? Why don't you show me the way?"

"Tetapi saya datang jalan kaki aje. Encik okay ke?"

Lelaki itu senyap beberapa saat.

"Cik naik kereta saya ajelah. Saya boleh tumpangkan." Pelawa lelaki itu bersama senyuman.

Fillea jadi teragak-agak. Fillea lansung tidak kenal dengan lelaki bermata kelabu ini. Nampak muka pun tahu yang dia bukan orang Malaysia. Tetapi... Dia nak buat apa pergi rumah Fillea?

"Jangan risau. Saya tak culik awak pun. My name is Lukas dan saya majikan encik Malique." Ujar lelaki itu lagi.

Mendengarkan itu, terus membulat mata Fillea. Lah, bos ayah rupanya! Habislah, apa yang encik Lukas cakap tentangnya nanti. Entah-entah lelaki itu ingat yang dia sombong.

"Okaylah. Rumah saya pun depan tu aje."

Kemudian, kedua-dua mereka memboloskan diri ke dalam kereta. Lukas sudah tersenyum lebar di dalam hati. Mungkin dengan menggunakan Fillea Malaika, lelaki tua itu boleh bayar balik duit Lukas. Semua ayah kan sayangkan anaknya. Tak gitu?

Hanya beberapa minit, Fillea dan Lukas tiba di hadapan rumah kayu itu. Rumah yang berkonsepkan tradisional dengan kawasan rumput lapang di halaman luar rumah. Kereta diparkir di halaman berumput tersebut.

Fillea kalut keluar daripada kereta apabila pintu rumahnya seperti terbuka. Jangan kata dia lupa tutup tadi? Tak mungkin lah...

"Ayah? Ayah?" Fillea memanggil-manggil encik Malique dari luar rumah.

Kasut ditanggalkan. Majikan ayahnya juga dihiraukan begitu saja. Entah kenapa rasa ris....

"Ayah!" Terbuntang mata Fillea melihat ke arah dua orang lelaki yang sedang memegang tangan kiri dan kanan encik Malique. Pipi encik Malique juga agak kebiruan. Mungkin baru sahaja dibelasah tadi.

[OG] ENCIK MAFIA & GADIS ODALISQUEWhere stories live. Discover now