Tak tentu pasal drama air mata terus kering.

"Nanti pihak akademi adakan majlis makan malam minggu depan. Pakai smart sikit. Yang perempuan, kasi nampak gorgeous!" Zhan meletakkan telefon pintarnya tepi paha. Ulang lima kali rank match masih kalah.

"Oh ya..." Aryan menepuk dahinya. Ayah sendiri atur majlis, dia sendiri lupa nak sampaikan pesanan.

"Xièxiè, Zhan. Aduh, boleh lupa pula. Haih."

"Jom semua tema hitam, nak?" Hadeena melipat segi kertas yang terakhir. Tada! Origami bunga ros terbentuk sempurna.

"Cun. Nampak mahal dan elegant. Kau Nawwar?" Zhan mengalihkan pandangan kepada jejaka bersandar tenang di kepala katil.

"Okey." Sepatah dijawab Nawwar.

Ketukan di pintu masuk mendiamkan semua penghuni dalam wad. Tuan Zachary kembali. Wajahnya ketat. Dia duduk semula di kerusi pelawat sebelah kanan Nawwar memandangkan Emara di sebelah kirinya.

"Kamu kena pergi ke dimensi Azazel minggu depan." Renungan maut Tuan Zachary sekaligus membuatkan nafas Nawwar berombak laju.

Apa ni? Taknak, taknak...

"Apa motif?" Suara Nawwar datar sahaja.

"Sebenarnya... Tuan Asnawi tak menceritakan semua kebenaran 100% dalam surat yang dia bagi. Only half of them. Azazel knows all the truth."

"Bukan minggu depan ada majlis makan malam ke?" Berkerut dahi Aryan. Takkan nak pergi waktu malam? Kena pergi hari yang sama ke?

"Lepas majlis boleh pergi. Waktu pagi. Saya tak sarankan pergi sebelum majlis itu."

"Pergi hari lain tak boleh ke?" Terkebil-kebil Nawwar pandang Tuan Zachary, minta simpati.

"Hm... Yelah. Tapi, pastikan kamu pergi dimensi dia. Banyak rahsia kamu belum korek lagi,"

Diam. Nawwar dapat merasakan sesuatu buruk bakal terjadi padanya. Tolonglah jangan sesuatu yang menyeksakan dirinya. Benci duduk dalam wad lama macam tengah tunggu sakaratul maut datang jemput.

Rahsia apa? Tuan Zachary ada hubungan dengan Azazel ke? Ingatkan ayahnya saja simpan rahsia demi satu perjanjian.

Serabut otak fikir. Kena dera fizikal Tuan Amirul. Kena dera dalaman sebab Azazel. Tahu-tahu jantung jadi lemah. Perit betul hidup kena sumpahan. Ada benda tak kena dalam hidup.

Kelopak matanya terkatup rapat. Nawwar mahu mengosongkan fikirannya.



Beberapa minit yang lalu...

"Aku nak budak kau masuk dimensi aku!" Azazel memeluk tubuhnya. Nawwar harus jejak masuk dimensi dia selepas lapan tahun tidak bersua muka.

"Kau nak buat apa dekat Nawwar?" soal Tuan Zachary. Curiga. Pasti ada niat tak baik nak dibuat.

"Seksa dia. Apa salahnya?"

Tch... seringkas itu responnya. Tuan Zachary dah muak dengan perangai tak berperikemanusiaan Azazel. Revenge konon. Padahal niat seksa orang tak bersalah.

"Aku nak bangkitkan semula curse dia. Itu saja,"

"Azazel!" Tuan Zachary menayangkan wajah bengis kepadanya.

Sekiranya curse itu dibangkit semula dalam tubuh Nawwar, dia akan koma selama dua minggu atau kurang. Tempoh tidak lama. Tetapi setiap kali Nawwar sedar dari koma, kesihatan dia juga ikut merosot.

Berisiko untuk meninggal dunia pada usia yang masih muda.




ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤ



ㅤㅤ


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now