"Let me know if you okay with your father's decision,"

Kepala Nawwar miring ke kanan. What decision?

"Okey. Itu saja dari saya. Tak ada benda serius. Cuma amanah Tuan Asnawi berjaya sampai pada kamu," Tuan Zachary senyum nipis. Kembali menghadap laptop di hadapannya.

"Dah boleh balik ke?" soal Nawwar memastikan tiada apa lagi yang tertinggal.

Tuan Zachary geleng. Nawwar tunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum keluar dari pejabat. Kira-kira lima sampul surat dalam tangan. Apa agaknya isi dalam sampul pemberian arwah Tuan Asnawi.

"Kau!"

Sontak Nawwar angkat kepalanya merespon pada suara pemanggil itu.

"Kau memang melampau!" tamparan padu melekat pada pipi Nawwar. Berdengung kepalanya. Sampul dalam tangan terlepas dari pemiliknya.

"Siapa ajar kau tampar anak orang? Jawab!" jerit Tuan Amirul renung tajam pada Nawwar. Bergema satu blok pejabat diisi suara garaunya.

"Pekak ke!? Siapa ajar kau!?" rambut Nawwar ditarik kuat oleh Tuan Amirul. Terasa akar rambut macam nak tercabut dari pangkal.

"Fariz... Fariz..." dada Nawwar terasa sesak. Sukar bernafas tatkala riak berang Tuan Amirul menyebabkan wajahnya bertukar merah.

"Kau nak tuduh dia ke?"

Sekali lagi Nawwar menerima tamparan daripada Tuan Amirul. Bukan sebelah tapi dua-dua belah.

"Tuan... sudah la tu. Kawal kemarahan tuan," pujuk Nawwar nada perlahan.

"Ingat aku tak mengamuk kau tampar Fariz sesuka hati? Apa dia buat dekat kau?" kedua-dua bahu Nawwar dicengkam kuat. Pasrah melutut depan Tuan Amirul. Tuan Zachary dalam pejabat, pasti sibuk menyiapkan semua kertas kerja pelatih Thunder. Mana dengar perbalahan antara mereka jika sudah terlalu fokus tugasan utamanya.

"Kau menyusahkan!"

Tubuh kekar Nawwar dihempas ke dinding. Terbaring lemah atas lantai. Kesakitan mencengkam masuk ke dalam tulang. Sampul surat kiriman Tuan Asnawi selamba dipijak Tuan Amirul.

"Tuan Amirul!"

"E... mara?" gumam Nawwar lemah dalam pembaringan.

"Kenapa kamu sini? Bukan Fariz bawa kamu pergi kafetaria?" tanya Tuan Amirul melihat Emara melangkah menghampirinya.

"Saya ikut tuan sebab saya tahu tujuan utama tuan pergi ke pejabat Tuan Zachary," balas Emara menjatuhkan pandangannya ke arah sekujur tubuh terbaring layu.

"Nawwar? Apa tuan buat dekat dia?"

"Saya nak ajar dia supaya jangan sesuka hati tampar anak orang. Ikutkan saya mahu beri ceramah pada Tuan Zachary pasal perangai Nawwar melampaui batas. Dah anak buah kesayangan dia muncul depan mata, apa salahnya saya bagi pengajaran terus. Mudah urusan,"

"Tuan dera saya..." sampuk Nawwar berani. Menggunakan segala kudratnya, dia berdiri lalu bersandar lemah pada dinding.

"Apa kau kata? Aku dera kau? Kau memang-"

"Mirul!" plasma petir hampir saja terkena wajah Tuan Amirul. Lekas kepalanya pusing ke kiri. Tuan Zachary meluru ke arah Tuan Amirul. Wajah bengisnya terpancar.

"Eh Zachary, what's up-"

"We need to talk. Now!" bergema suara Tuan Zachary memecahkan keheningan blok ini.

"Emara, bring him to my office. There is an ice pack in my drawer. Put it in the freezer for ten minutes or less,"

Emara angguk laju. Dia berlari mendapatkan Nawwar, membiarkan Tuan Zachary dan Tuan Amirul bersua muka. Hal orang tua tak elok masuk campur.

"Hei, larat jalan tak?" bisik Emara memandang pipi Nawwar penuh kemerahan dek tamparan dari Tuan Amirul.

"Pipi awak... aduh, saya tak bawa cincin saya. Tak boleh nak rawat awak,"

Nawwar diam seperti tunggul. Dia sangka Emara akan melupakannya dan mencari Fariz semula. Tetapi tidak mungkin dia akan kembali kepada orang yang pernah buat dia trauma.

"Nawwar..." seru Emara lagi.

"Tak apa... larat ni..."

Cebik Emara usha Nawwar jalan memeluk tubuhnya. Pintu pejabat Tuan Zachary dibuka Emara. Gadis itu mengarahkan Nawwar duduk atas sofa sementara dia mencari ice pack dalam semua laci. Sebaik sahaja ice pack dijumpai, Emara campak terus masuk dalam freezer.

Dia kembali semula duduk sebelah Nawwar sedari diam tak berkutik.

"I'm sorry, Emara,". Bisikan Nawwar didengari Emara.

"Ha?"

"Saya lukakan hati awak. Saya biar awak beria seorang diri kejar saya. Saya biar awak taruh harapan dekat saya. Saya minta maaf,". Nawwar bersandar pada sofa lalu mengerekot tahan sakit.

Bibir Emara separa terbuka. Ruang antara mereka dirapatkan. Suasana sepi mengisi ruang pejabat konsep vintaj ini.




ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤ



ㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now