"Okay, Nawwar. If I ask you only one question, please answer me honestly,"

Terkebil-kebil Nawwar memandang Emara. Menunggu soalan yang bakal dituju kepadanya.

"Do you like me or love me? It's two different things. Liking someone is an emotion where you enjoy being happy with someone. You liked their personality, their talent. But love is an unconditional feeling. They will have a special place in someone's heart. You know why? Because the person you loved the most means everything to you. You can't live without them,"

Nawwar angguk kecil seakan mengerti penerangannya.

"So... I'll ask you once again. Do you like me or love me? It's okay, I'm the only one here,"

Bahu lebarnya dijongket perlahan. Kepala Nawwar menggeleng kesal.

"I'm sorry but I can't answer your question. I don't think I have any feelings for you yet,"

Tubuh Emara keras kejung. Tangan Emara mencengkam sisi seluarnya. Betul kata Nawwar sebelum ini, dia sukar jatuh cinta. Atau Nawwar bijak menyorok status hubungan dia bersama wanita lain.

Mustahil tiada siapa jatuh hati pada jejaka ini. Parut itu bukannya merosakkan lagi imej Nawwar, malah menguatkan lagi visual maskulinnya.

"Okey. Saya faham. Saya minta maaf sekiranya saya memaksa awak untuk terima saya. Tapi jujur saya kata, saya kejar awak sebab saya percaya awak boleh jadi lebih baik daripada Fariz. Awak boleh jaga maruah saya, mahkota saya sebagai wanita," lekas Emara bangun dan berpusing ke belakang.

"Again, I'm sorry, Nawwar. You're right. I deserve someone better but not you," Matanya berkaca. Berlari pergi membawa hatinya yang terluka.

Cinta bertepuk sebelah tangan sungguh sakit.

Derapan tapak kasut beransur hilang. Nawwar menjerit sepuasnya bagai hilang anak tekak. Kenapa bodoh sangat tak jawab soalan Emara? Suka atau cinta? Dua perkataan berbeza makna.

Nawwar menumbuk dinding sekuat hati biar lepas rasa geram. Kenapa lemah sangat dengan Fariz? Kena jentik sikit dah koyak. Depan wanita acah kuat, hakikatnya pengecut.

Nawwar masih pengecut. Masih lemah. Itu fakta!

Emara sudah pergi. Suaranya tidak kedengaran lagi. Peluang disia-siakan hanya kerana kehadiran bekas kekasih bertopengkan syaitan.

"Aku cemburu ke sebenarnya?" Nawwar tanya dirinya sendiri. Dia bangun dari posisi duduk. Seluruh tubuh diregangkan. Dia kembali dilema.

"Aku suka dia?"

"Boleh ke aku terima dia seikhlas hati aku?"

"Sekali Fariz kembali pada Emara.... kemungkinan trauma sama akan berulang kembali,"

Tangan terus menggepal penumbuk. Dia tak boleh nampak lemah. Anggap parut ini penghias seri wajahnya. Emara sendiri pernah akui dia minat dengan keunikan pada diri Nawwar.

Tiba masanya giliran Nawwar kejar Emara agar hatinya terbuka untuk mencintai gadis ini.



AWAL pagi lagi bunyi mesej notifikasi masuk. Tuan Zachary mengarahkan Nawwar pergi ke blok Tagar pada pukul sepuluh pagi. Katanya ada sesuatu Tuan Zachary ingin tunjukkan kepada dia.

"Tuan..." Nawwar melangkah masuk ke dalam pejabat Tuan Zachary. Sofa di tengah ruang pejabatnya diduduk.

"Nah, arwah ayah kamu suruh saya bagi dekat kamu,". Lima pucuk sampul surat diserahkan kepada Nawwar.

"Err... surat?". Sampul surat hitam itu dibelek. Isinya terasa tebal. Takkan ayah bagi duit simpanan.

"Buka sampul ini masa kamu sampai dekat bilik. Ha, Tuan Asnawi kata sampul merah ini special sikit," Seluruh sampul itu diraba. Kurang tebal. Perasaan ingin tahu Nawwar semakin membuak.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now