Semalam dia sudah membaiki laptop milik Rai . Dan harini dia berharap Rai tidak akan memarahinya.

"Moon kau pergi mana semalam? Call tak angkat"kata Rai

"Haah.puas kitorang cari"kata Wawa

"Kenapa? Korang risau ehhh"ujar Moon dalam nada gurau.

"Lambat lagi. Aku cari laptop aku, ada banyak benda penting dalam tu tahu tak. Mana laptop aku?"soal Rai

Moon hanya memaparkan senyuman, walhal di dalam hatinyaa sudah sedikit terasa.

"Erm semalam aku terjatuhkan laptop kau- Tapiii ! Aku dah baiki dah semalam , itu yang aku balik lewat semalam"kata Moon lalu menghulurkan laptop rai

"Rosak?! Weh kau ni selalu cuai. Aku suruh jaga laptop pun tak boleh"kata Rai

"Sorry Rai, aku tak sengaja"kata Moon

"Banyak lah kau tak sengaja. Bukan aku tak tahu perangai cuai kau tu Moon. Dah muak aku"kata Rai lagi

"Sabar Rai"pujuk Reen

"Macam mana boleh jatuh moon?"soal Kay

"Ye ke jatuh, bukan semalam aku nampak kau lempar laptop ke Moon?"suara hanna masuk campur dalam percakapan mereka .

Moon mengerutkan dahi. Perempuan ni sibuk nak jadi batu api kenapa?

"Betulke Moon?"soal Rai

Hancur hatinya mendengar butir kata itu. Seolah olah Rai percaya dengan tuduhan hanna.

Hanna sudah tersenyum sinis .

"Tak"balas Moon

"Tipu"ujar hanna

Seisi kelas kini senyap mendengar pergaduhan itu.

"Tak! Kau tak payah masuk campurla"ujar Moon kepada Hanna

"Kenapa kau nak marah marah? Kalau tak tak buat"kata hanna lagi. Cuba membarakan lagi pergaduhan ahli the rose.

"Kau percaya ke Rai?"soal Moon . Matanya memandang Rai .

Tak

Tolong cakap tak.

No.

"Ya"kata Rai

Bum. Hancur hatinya.

"Kau ingat tak dulu kau pernah pecahkan iphone aku? . Jadi mungkin laptop aku pun sama kan"kata Rai

Moon senyap.

Suanasana di dalam kelas itu turut senyap. Hanya bunyi aircond yang berbunyi.

"Eh My lovely girl, wah laptop semalam dah repair. Sorry sangat sangat sebab langgar semalam. Nanti ziyyad ganti balik duit Moon okay"kata ziyyad

Kini semua mata berarah kepada ziyyad yang baru sahaja tiba.

"Kau langgar Moon?"soal Rai kepada Ziyyad

"Haah semalam . Tak sengaja , laptop tu laptop kau ke? Sorry la salah aku. Nanti aku bayar"kata ziyyad . Suaranya mendatar .

"Ye ke . Kau bukan budak The Boy ke? Baru kena buang dari Sekolah kan . Huh balak Moon ke?"sinis indra berkata .

"Ala kantoi pula . Sebenarnya Aku pilih sekolah ni sebab nak jumpa girl aku"Ziyyad menarik bahu Moon dekat dengannya.

Seisi kelas terkejut melihat kejadian itu.

Qiff menggenggam tangannya .

The psycho hanya memandang. Mereka lebih memilih untuk tidak masuk campur.

Ziyyad berjalan menghampiri Moon.

"Pinjam my girl sekejap okay"kata ziyyad lalu dia menarik tangan Moon keluar dari kelas itu.

Moon hanya menurut .

Setibanya di rooftop. Ziyyad menghalau semua pelajar yang sedang melepak di situ.

Hanya tinggal dia dan Moon sahaja.

.

.

.

"Eh aku taktahu pula Moon ada boyfriend. Hensem pulak tu"kata Wawa

"Sampai hati dia tak bagitahu kita"kata Wawa lagi.

Kay mengeluh lalu dia bangun keluar kelas .

Tanpa dia sedari . Langkahnya diikuti seseorang.

Tiba dia blok kosong. Kay mengeluarkan Telefonnya. Nombor seseorang didail.

"Kau dengan Moon ke?"soal Kay kepada si dia yang berada di talian.

"Ouh bawalah dia balik"kata Kay lagi lalu talian diputuskan.

"Hmm kau tukar minyak wangi ke sayang?"soal seseorang di belakang nya .

Rambut Kay di tarik ke hidungnya.Di hidu rambut Kay .

Hampir luluh jantungnya mendengar terguran itu.

"Kau nak kena sepak ke? "Soal Kay geram

"Kalau kau yang sepak of course la aku nak hmm"balas Ethan. Ahli The boy , rakan Ziyyad. Atau lebih lagi ex boyfriend Kay.

Kay menjeling menyampah.

"Wangi la rambut kau. Hmm selalu buat aku ketagih"kata Ethan dengan senyuman sinis .

"Ish tepi la ethan"kata kay geram. Tapi Ethan tetaplah si Ethan . Memang tidak makan saman.

"Kau tak rindu aku ke dear?"soal Ethan dengan senyuman sinisnya.

"Tak"balas Kay






Tbc

Hmm author dah tentukan siapa hero . Harap semua dapat menerima😭😭😭

The Rose GirlsWhere stories live. Discover now