"Okey. Insya Allah aku akan sayang dia. Dan... dan aku takkan buat gurauan kasar gitu lagi. Dah lepaskan aku Dyana Hadeena!!"

Hadeena melepaskan cuping telinga Nawwar serta merta. Puas melihat jejaka itu giat menggosok telinganya yang pedih kemerahan. Perempuan bila marah memang bahaya. Physical attack terus dia bagi.

"Ganggu betul aku nak bermanja dengan tunang sendiri. Ei!" Hadeena mengacah pukul Nawwar yang mundur sedikit ke belakang. Sakit hati tengok perangai sorang ni.

"Treat her right before you receive my death threat,"

Nawwar meneguk liurnya kesat. Brutal mana pun Nawwar sebagai Cursed Child, bakal isteri Aryan lagi seram.

"Err... Emara... sini. Saya minta maaf. Saya gurau tadi, tak ada niat jadi kejam depan awak,"

Gadis itu menunduk sayu.

"Kau tengok. Disebabkan kau lah dia jadi teringat trauma dulu," marah Hadeena menjelingnya tajam.

"Trauma?"

"Ada mulut dan telinga kan? Kau sendiri tanya dia, kau sendiri dengar daripada dia. By the way, Emara bawah pantauan aku, jadi apa-apa aduan pasal kau, aku mohon kau bersedia!"

Sekali Nawwar buat salah dekat Emara, memang physical attack kaw kaw Hadeena bagi.

Masalahnya, susah betul Nawwar mahu terima Emara jadi pasangan hidup. Mungkin belum tiba masa pintu hati Nawwar terbuka untuknya.



PASAR Tani Vallette penuh sesak oleh para pengunjung berkerumun di gerai-gerai jualan itu. Suasana bingit langsung merimaskan Emara yang tidak bersuara semenjak Hadeena beri ceramah ringkas kepada Nawwar.

"Kenapa awak monyok je ni? Okey ke?" pujuk Nawwar lembut.

"Bisinglah! Ish!" balas Emara menjeling Nawwar sekilas.

Pedih juga kena jelingan maut anak Tuan Ibrahim.

"Iye, salah saya gurau kasar dengan awak. Saya tak maksudkan betul-betul. Saya minta maaf, Emara,"

Dalam beberapa detik, benteng air mata Emara runtuh setitis demi setitis.

"Eh don't cry in front of me. I'm sorry, I swear I didn't mean to say that. Don't take this too far..."

"You remind me of Fariz,"

Asal nama jantan tu juga dipetiknya?

"Fariz... dulu... dia selalu cakap ayat ugutan macam awak sebut. Tapi dia lagi teruk! Tak bertapis langsung..." suara esakan kecilnya ditahan.

Adakah ini trauma dimaksudkan Hadeena?

"Maksud awak... awak takut saya buat benda sama macam Fariz dekat awak?"

Lantas Emara anggukan kepalanya.

"Hm... jadi lepas Fariz ugut awak, terus awak ikut je apa dia nak?"

Jawapannya tetap sama.

"Saya takut dia bagitahu benda bukan-bukan dekat Tuan Amirul. Nanti saya juga kena. Lepas tu kena demerit lagi kalau tak ikut apa yang Fariz suruh. Kadang-kadang Fariz fitnah saya dalang semua itu ini,"

Tuan Amirul. Dikatakan antara master paling bermasalah dan gila kuasa. Jika disiplinnya teruk sampai ke tahap menganiaya orang, mengapa dia masih berada dalam akademi Quricity?

Andai dia memegang jawatan Young Master, pasti nama Tuan Amirul akan disenaraihitamkan olehnya tanpa ragu-ragu.

Meskipun Young Master bawah pangkat Master, Young Master berhak menjatuhkan sebarang hukuman setimpal kepada ahli berjawatan lebih tinggi.

Takdir You're My Healer [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt