Keluhan berat dari bibir Nawwar. "I don’t know. Can you please leave me alone? Now?"

Emara sekadar menurut lalu meninggalkan Nawwar sendiri. Sempat Hadeena menahan dia, namun tidak diendahkan. Bagai membawa hati lukanya pergi bersama. Aryan menjongket bahunya, tidak tahu apa yang berlaku antara mereka.

Derapan tapak kasut tumit tinggi milik Emara beransur hilang. Nawwar menggepal kedua-dua belah tangannya kuat. Dia mendesis perlahan.

'Cepat betul mengalah. Awal lagi. Hm,' bisik hatinya dalam diam.



PANCARAN cahaya matahari menembusi tingkap bilik menyebabkan semua penghuni terjaga dari lena yang indah. Jam dinding menunjukkan pukul sembilan, ini bermakna semua anak akademi yang masih tersadai harus mempersiapkan diri untuk berjalan ke bandar Vallette pula.

Nasi lemak lauk ayam berempah menjadi juadah sarapan pagi bagi menokok tambah tenaga untuk perjalanan yang panjang. Makan sehingga kenyang, pinggan pun licin jua. Selepas ini, ada lemak yang harus dibakar bawah panas terik matahari.

Tiba di bandar Vallette, rambang mata melihat suasana bandar yang serba hijau. Banyak pokok renek ditanam tepi jalan. Rasa sejuk sampai ke sum-sum tulang. Untung penduduk Vallette punya kerajaan yang cakna tentang pemanasan global yang sering dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat.

Tindakan memperbanyakkan tanaman hijau akan menyejukkan suhu yang kian meningkat akibat pembinaan bangunan yang turut bertambah. Peranan pokok dalam menjalankan proses fotosintesis akan membebaskan lagi oksigen ke udara.

"Kita nak buat apa sini?" soal Hadeena memandang tiga sahabatnya serentak.

"Hm… jauh tak Empat Bukit Kembar daripada tempat kita sekarang? Saja melawat," cadang Emara dengan nada lembut.

"Boleh juga. Kau Nawwar? Okey tak kalau pergi situ?" pertanyaan Aryan dibalas dengan anggukan Nawwar tanda setuju.

Rugi tak pergi ke tempat mistik terkenal bandar Vallette.

"Siapa tahu ada antara kita dapat jumpa pintu rahsia yang menjadi khabar angin semua orang. Boleh jenguk ke dalam apa yang istimewa sangat tempat dia," Hadeena mula berangan indah memikirkan keindahan tempat itu.

"Eh, aku dengar ada orang kata kadang-kadang tempat dia boleh buat kita trauma. Jangan tanya aku kenapa, aku cuma dengar khabar angin," kedua-dua tangan Aryan diangkat paras dada, madah mitos yang belum pasti sebelum kena tuduh menipu.

"Trauma? Seram sangat ke tempat dia?" sombong Nawwar menjawab.

"Hei! Mulut awak jangan celupar sangat! Awak dah ada trauma, jangan nak tambah lagi," kata-kata Emara membuatkan Nawwar terkesan. Boleh tahan mulut laser gadis ini.

"Siapa ajar awak berani menjawab saya?"

"Akulah orangnya," terkekeh sinis Hadeena menjawab Nawwar yang memberi reaksi tak senang kepada dua wanita di hadapannya.

"Sabar lah Nawwar, aku selalu juga kena dengan Hadeena. Tapi itulah, aku yang mendiamkan diri sebab tak berani balas balik," Aryan dijeling tajam oleh Hadeena bak harimau ingin makan daging mangsanya.

"So-sorry, darling. I-"

"I’ll kill you with this kunai in my hand. Don't you ever mess up with me!"

Liur diteguk kesat sebelum Aryan menyorok di belakang Nawwar. Tergeleng-geleng melihat gelagat pasangan tunang yang kerap bergaduh siang malam. Ada aje benda tak kena.

"Dah. Nak gaduh, biar lepas kahwin. Kita kena fokus nak pergi Empat Bukit Kembar. Tersesat karang tak balik dah akademi kelak,"

Suruh fokus bukan apa… aku pun nak juga gaduh dengan partner macam dia orang! Tak adil!




ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now