"Awak lah order. Kan awak yang nak nasi pataya," jari Nawwar menolak bahu Emara ke depan. Sedar dengan suruhan Nawwar, dia lari ke belakang tubuhnya. Terjungkit sebelah kening jejaka itu.

"Malu. Awak lah tolong order,"

"Awak ingat awak sorang? Saya pun malu. Awak lah pergi," laju Nawwar menggeleng, tidak mahu serah diri dekat kedai situ.

"Tolong lah. Awak lelaki kan,"

"Awak ingat lelaki tak ada perasaan malu?"

Susah betul kalau dua-dua personaliti introvert. Sampai kesudah tak makan jadinya.

"Okey. Apa kata kita main osom? Siapa kalah dia pergi order," cadang Nawwar sebelum tangan menggenggam penumbuk.

"Deal!!"

Kedua-duanya mengangkat tangan tinggi. Dalam kiraan tiga, tangan masing-masing sudah tersedia dengan gayanya. Malangnya, kemenangan berpihak kepada Emara kerana gunting mengatasi kertas. Sah gunting yang menang! Nawwar sudah pasrah awal. Dia yang cadang, dia yang kalah.

"Yeay! Cepat order untuk kita dua,"

Nawwar memutarkan bola matanya ke atas. Makin lama dia dengan Emara, makin stress kepala layan kerenah dia.



LICIN habis bekas makanan yang diisi penuh nasi pataya tadi. Dah masuk dalam kantung perut masing-masing. Sampah sarap dibuang ke dalam tong yang telah disediakan, tempat tinggal ex kau yang tak reti menghargai orang.

Nawwar mengajak Emara untuk lepak di air pancut Yhvetz, mercu tanda bandar tersebut. Keadaan makin sunyi kerana sudah larut malam. Semua orang pasti sudah pulang ke rumah untuk rehat mental dan fizikal.

"Nawwar…" seru Emara lembut.

"Apa dia?"

"Saya nak cerita yang dulu saya pernah kenal sorang lelaki. Nak dengar tak?"

Nawwar menggigit isi pipi. Satu perasaan tidak dapat diungkap hadir dalam diri. Tak mungkin aku cemburu. Santai, Emara bukannya ada hubungan apa-apa dengan kau.

"Lelaki yang saya kenal nama dia Fariz. Fariz Hakimi. Dia selalu layan saya baik macam princess. Bagi hadiah sebab nak appreciate saya jadi girlfriend setia dia. Protective, caring. Lelaki memang macam tu ke bila dah sayang perempuan dia?"

Sabar Nawwar. Jangan tunjuk reaksi tak senang. Dengar dulu.

"Tapi, selama dua tahun saya jadi girlfriend dia, rupa-rupanya dia pergunakan saya sebagai tempat lepas nafsu,"

"I’m sorry, what??" mahu terbeliak biji mata Nawwar dengar.

"Yes. He used me as his slave. Dia suka buat sentuhan fizikal bila dia minta. Banyak kali tau, hurm,"

"Jadi, awak dah putus dengan dia ke?" berasap telinga rasanya.

Emara angguk laju, maksudnya mereka berdua sudah tiada hubungan apa-apa. Lelaki sepertinya patut diberi pengajaran. Kalau jantan itu dapat dekat aku, memang lunyai aku kerjakan. Tahu sedap je kerja.

"Nawwar…" seru Emara lagi.

"Wujud lagi ke lelaki baik dekat dunia ini? Yang mampu jaga saya, bukannya sekadar nafsu semata-mata. Saya nak lelaki yang boleh bimbing saya berlandaskan agama yang betul. Yang boleh menjadi ketua keluarga yang baik. Bukan yang tunggang agama macam dia!"

Nawwar masih tekun mendengar luahan dia.

"Fariz dah tak ada makna dalam hidup saya. Hati saya bukan milik dia lagi,"

"You deserves better, Emara. If only I-"

The trauma is calling you~

Bicaranya dipotong sebaik sahaja bisikan halus menerjah masuk ke dalam telinga Nawwar. Berpaling laju mencari sumber suara itu merata.

The trauma is calling you~

Bisikan itu bersuara lagi. Padan la tengah malam memang banyak setan keluar nak kacau orang. Potong stim betul!

"Awak, kenapa ni?"

"Shh! Awak dengar tak bisikan tu?" Nawwar ingin memastikan bukan dia seorang sahaja yang dengar.

Gadis itu menggeleng. Sah kau tengah berkhayal sekarang!

Entah mengapa firasat Nawwar membuatkan dia berpaling ke arah pancut air Yhvetz sebelah kanan mereka. Terasa diri ini seperti memanggil mereka ke sana. Meremang bulu roma apabila bayangan roh hitam melakukan ‘ritual’ belakang air pancut tersebut.

"Ikut saya," ajak Nawwar tegas. Mereka berdua berlindung di sebalik semak tebal tepi laluan pejalan kaki. Nawwar cuba memantau keadaan sekeliling, termasuk sekumpulan roh di hadapannya.

Dia menekup mulutnya. Tidak percaya dua susuk tubuh manusia sedang dikepung oleh roh-roh itu. Kelihatan sudah pasrah dengan tindakan mereka.

"You boleh ke serang dia orang semua? You ni elemen Aqua. Kena gelak ada lah! Macam simbah air je bagi dia orang,"

"You duduk diam. I ada katana dengan I. Biar I cincang mereka sampai berambus dari sini,"

Ternyata dua susuk tubuh itu ialah Aryan dan Hadeena yang sedang mempertahankan diri daripada serangan roh jahat itu.














ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now