"Saya minta maaf, Nawwar. Andai saya boleh rawat, dah lama saya buat,"

Nawwar angguk perlahan. Sesungguhnya dia redha atas qada’ dan qadar Allah. Pasti ada hikmah mengapa semua ini terjadi, mahupun baik dan buruk. Mungkin keajaiban akan muncul satu hari kelak.



NAWWAR terlihat satu sumber cahaya terang di luar kawasan bandar Quricity. Adakah ini mimpi? Mata berkedip beberapa kali sebelum terlopong dengan apa yang telah dilihat.

Bandar Yhvetz (Yu-Vets). Bandar yang tidak terkesan dengan kehancuran buatan Azazel.

Jalan raya yang mengalami rekahan yang besar dan lubang dalam adalah punca mengapa tiada kehadiran kenderaan di bandar Quricity. Banyak pokok tumbang telah menghalang laluan utama dua bandar ini. Kerosakan bukan sedikit, tapi cukup memakan beribu juta peruntukan subsidi daripada kerajaan.

Kelihatan mustahil untuk pergi ke bandar Yhvetz memandangkan laluan sini agak berbukit dengan pokok tumbang sana sini. Silap-silap tergolek macam kambing golek turun bawah. Kalau terjumpa ular masa redah kelak, arwah terus dekat situ.

"Saya rasa kita kena pakai cara haram," cadang Nawwar dengan lembing sudah tersedia dalam genggaman.

"Cara haram? Cara apa?"

Emara terpegun tatkala pinggang rampingnya dirangkul erat oleh Nawwar. Rasa hangat kian terasa dari tubuh maskulin itu. Tiada lagi ruang antara tubuh mereka, seakan Nawwar enggan melepaskan dia pergi.

"Na-Nawwar… apa-"

"Shh. Keep your mouth shut, lovely," jari telunjuk mendarat tepat pada bibir gadis itu.

"I’m going to teleport both of us down there. They won’t see us,"

Liur ditelan payah. Entah mengapa Emara rasa selesa tatkala dia berada dalam pelukan hangatnya. Rasa selamat. Eh, astaghfirullah! Dosa, dosa. Nawwar buat begini kerana darurat saja. Dia ada kelebihan untuk teleportasi.

Blazer bahagian dada Nawwar digenggam kuat. Kepala Emara dilentokkan pada dadanya. Mata terkatup rapat, membiarkan Nawwar melakukan tugasnya.

Pandangan tajam Nawwar yang serius berjaya membaling lembing jauh ke tempat yang ingin dituju. Dengan menggunakan kudrat elemennya, mereka berdua telah teleportasi belakang salah satu bangunan kedai di bandar Yhvetz. Sebelum kena cop tangkap basah, baik keluar dari situ cepat.

Suasana bandar Yhvetz agak riuh. Patutlah bandar ini dikatakan antara bandar yang paling harmoni di antara tujuh bandar terkenal dalam wilayah Tzuvillida. Quricity menduduki tempat kedua selepas bandar Yhvetz. Kini, Vallette mengambil alih kedudukan bandar Quricity memandangkan bandar itu sudah lenyap buat selamanya.

Cahaya jalan menerangi bangunan klasik yang estetik. Terdapat penglipur lara sedang bermain gitar akustik depan khalayak ramai sebagai sumber hiburan. Alunan melodi menjadi penyedap telinga buat para penonton yang menikmatinya. Para penjual bersaing sesama sendiri sehingga terjerit-jerit demi menarik perhatian pelanggan untuk singgah ke kedai mereka.

Sekarang mereka mahu mencari makanan untuk alas perut. Lama sudah perut berkeroncong menahan lapar.

Kepelbagaian juadah yang menyelerakan menyukarkan mereka untuk membuat pilihan. Sekejap nasi goreng, sekejap nasi campur. Semua nampak sedap bila dah lapar. Haish!

"Nawwar, nak makan nasi pataya tak? Lama tak makan,"

Masa ini lah ada yang pergi buat muka kesian dekat anak Asnawi yang tiada perasaan. Nasib baik Nawwar jenis melantak aje apa yang ada depan mata. Janji kenyang.

"Ha iye lah. Cepat, mana kedainya?"

Jari telunjuk ditunding ke arah kedai yang mempunyai kehadiran pelanggan yang ramai. Meskipun ramai, servis mereka sangat pantas. Tak perlu tunggu lama, makanan sudah terhidang depan mata.

Takdir You're My Healer [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt